Thumb up by HC
Salam Saturday.
Selamat bercuti pada yang bekerja :D.
Hari saya hari ini adalah sama seperti hari semalam dan semalamnya lagi. Rutin harian yang sama. Susukan baby Hafiy, mandi air panas, ikat bengkung di perut, makan and ulang lagi semuanya.
Dalam tengahari tadi HC with Haifa menghantar emak ke KL specific ke Hotel Flamingo di Ampang. Haziq pula ikut Kaklang balik rumahnya sebab mahu main dengan cousin nya. Saya pula tinggal di rumah dengan baby Hafiy and Qeqeem walaupun berkali HC tanya hendak ikut atau tidak. I said, nope.
Motifnya emak ke KL ialah mahu berjumpa Cik Sara sefamily and Cik Rose with Cik Zain. Last emak jumpa adik-adiknya ialah pada Hari Raya Haji tahun lepas. Diaorang naik dari S'pore pagi semalam. Cik Mat driving dari sana. Makanya emak telah menjoinkan diri di MPV itu dan mengikut rombongan berjalan dan makan dan berjalan lagi. Serius family belah emak memang suka makan sodap kalau ke sini.
Saja hendak tunjuk Nasi Biru ini yang meme menjadi sebutan officemate hok Kelate. Saya meme tidak pernah pergi stall tempat jualannya sebelum ini. Kurang berminat hendak ambil tahu sangat. Sebab memang jenis saya, kalau tempat makan yang orang asyik masyik perkatakan kesedapannya. Saya memang surrender. Semestinya orang ramai di situ. Dan perlu beratur panjang-panjang. Saya memang tidak minat to join the crowd.
Satu hari yang rilex di office saya sahaja mahu berbual dan saya buat pertanyaan pada kawe Kelate saya.
Sedap ke Nasi Kerabu tu. Ialah korang-korang duk ulang-ulang kesana.
Dia jawab. Meme sedap.
Confirm sedaplah agaknya kalau sudah cop baek dari orang senegeri kan. Dia beritahu lagi yang stall jualan adalah berdekatan dengan area rumah saya.
Hah. Den tidak tahu pulok.
Setahu saya, memang selalu dengar and lihat diaorang makan nasi kerabu. Pergi beli Nasi Kerabu hok yang ini. Kisahnya sampai ke jalan rumah saya rupanya. Boleh tahan juga penangan nasi ini kan.
I.m not a fan of Nasi Kerabu pun sangat. Tapi saya suka Nasi Kerabu lauk daging salai.
Nasi Kerabu color biru ini memang bagi saya adalah dalam portion yang besar. Mengah di buatnya kalau makan seorang. Ada telo masin plus keropok sekali.
Maka di hari tidak busy di office, sekali itu saya join juga diaorang pergi memborong nasi dan kuih muih Kelate. Itupun sebab ada ruang kosong dalam kereta. Ikutlah saya.
Serius kuih muih banyak jenis juga di situ. Ada lompat tikam, ada kuih akok, ada laksa, laksam. Nasi Kerabu ialah berlaukkan ayam percik sahaja. Tiada daging salai.
Memang hari-hari stall ini open. Start dari tengahari rasanya.
Location tidak jauh dari Giant Taman Equine. Ada simpang empat di situ. Masuk ke jalan arah ke Lestari Putra and Puncak Jalil. Masa naik bukit itu, ada simpang pertama itu belok kiri. Terus nampak stall ini belah kiri.
No comments:
Post a Comment