Followers

Saturday, March 16, 2013

Pantang hari ke 4

Salam petang Sabtu.
Erm Sabtu ke hari ini.
Lupa hendak mengira hari, maklumlah sudah selamat bersalin, lagilah tengah berpantang dan cuti panjang.
Hal duniawi dilupakan, hahaha.
Yang aku tahu anak sudah 4 orang.
Rasa macam nursery sahaja rumah aku.
Penuh budak kecik.

Tengah tunggu orang datang.
Bukan tetamu pung.
Orang lain sudah berkurun lama layan ASTRO di rumah.
Sudah jadi tidak heran pung kan siap melangkah panjang lagi ke rancangan berbayar lain.
Hubby yang beria hendak pasang ASTRO, makanya hari ini diaorang datang.
Memang bagi aku ASTRO itu bukan keperluan penting.
Alhamdulilah rezeki dari ALLAH, jangan di tolak kan.

Pictures adalah beberapa dalam hp aku.
Belum sempat masukkan dalam pc.
Makanya berceritalah tanpa gambar kan kan.
Story hari bersalin, nenantilah.
Belum ada feel lagi nie.
Berurut pun belum sempat lagi.
Maklumlah orang urut di KL ini semuanya hendak kena booking.
Sabar sahajalah.

Aku alhamdulilah sihat.
Baby bam bam pun sihat sama.
Duduk hospital pun kejap.
Hari Rabu pagi orang tengah jem pergi kerja, aku pergi hospital, bersalin.
Masuk wad lewat petang.
Esoknya orang tengah bagi lunch, sudah boleh balik.
Kisahnya wad bersalin dan labor room Hospital Serdang fully loaded.
Aku lepas bersalin duduk WAD TRANSIT namanya.
Macam naik komuter pula rasanya kan.
Rasa macam bersalin zaman perang pun iye juga.

Aku macam biasa, minum Pati Ikan Haruan Polleyne dengan Gamat.
Sehari minum sebotol.
Laginya minum air rebusan akar kayu segelas gitu sehari.
Setakat hari ini makan macam biasa sahaja, nasi with ikan bilis campur bawang putih dan halia.
Sayur pula sawi goreng.
Malam tadi hubby buat sup ayam.
Malas hendak bubuh lada hitam.
Asyik panas sahaja nanti.

Paling sungguh tidak biasa ialah, aku start pam susu.
Huhu.
Sebab semalam sudah demam dengan susu yang berlebihan.
Aku memang gitu kalau dalam pantang. Sarat sungguh.
Terus wassup dengan member opis.
Minta turun ilmu bengkak susu dan ilmu pam susu.
Insyallah aku pelan-pelan buat semua itu.





4 comments:

Ina Hashim said...

Alhamdulillah Lin....x sabar nk tgk muka baby....baby tak kuat minum ke smp kene pam susu?lagi elok kalo baby yg kosongkan B, lagi senang nak elak bengkak susu

take care ye Lin....!

Ms Haslina said...

Tq dengan tips tu kak.
masa dia tidur yang saya pam.

tapi tu lah tgh pelan-pelan mencuba ni kak.

;))

maidatul said...

Selamat berpantang akak...
;)

Ms Haslina said...

tq akma.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails