Mee Hoon Sup by HC.
Orang yang sentiasa berselera pasal makan, agaknya macamana keadaannya masa berpantang?. Saya soal soalan ini pada saya juga, hehe. Azalinya memang saya kuat makan. HC pun tahu. Family saya sendiri pun tahu.
Tengoklah saiz badan kan. Asyik teringin itu dan ini.
Namun ALLAH itu maha ADIL. Masa pregnant memang masa saya turun berat badan. Semuanya kurang. Selera saya jadi macam line Streamyx, kejap laju lamanya tidak laju. In the end selalunya berat akhir saya dekat hendak bersalin ialah sama dengan berat saya ketika tidak hamil. Amazing weh.
Gumuknya den ni kan.
Bayangkan kalau saya starting berat pregnant dengan berat sebenarnya. Wow, mahu sudahnya saya mesti tidak boleh berjalan sebab terlampau gumuk.
Berbalik pada kisah picture lauk di atas. Boleh masa saya overnight di hospital dengan tidak langsung dapat melelapkan mata. Sebab Hafiy tidak mahu tidur, asyik mahu menyusu dan menyusu lagi. Anak-anak saya begitulah kalau di hospital, malamnya tidak akan tidur. Saya sudah faham rentak anak.
Masa gitulah saya boleh terfikir, sedapnya kalau boleh makan mee hoon sup. mesti nyaman. So sudah fikir-fikir, nanti minta HC masakkan. Kuasa ALLAH lagi pada hambanya yang hina ini, breakfast pagi itu ialah kew tiow sup. Senyum mama ini melihat mangkuk itu. Alhamdulilah.
Saya tidaklah dapat makan banyak sangat sebab Hafiy langsung tidak mahu di letak. Menangis sahaja. So mama ini dengan sebelah tangan dukung Hafiy dan sebelah lagi sudu kew tiow+sup kosong+sawi+ayam. Sedap Ooo sarapan pagi itu.
Dan mee hoon sup saya pula HC masakkan pada hari Ahadnya. Iaitu hari ke 5 berpantang. Mama ini ingat, cuma ambil kuah sikit sahaja. Asal mee hoon basah-basah.
Boleh sahajakan, sudah bersalin pung masih TERINGIN.
My 1st cup of air rebusan akar kayu.
2 comments:
selamat berpantang kak lin :-)
tima kasih mamaaliya.
:D
Post a Comment