Picture my sayang Hafiy in labor room.
Weh berapa hari sudah berlalu. Saya ada sahaja di rumah KL ini. Niat tinggi untuk update blog tapi kemalasan untuk mengadap pc adalah mengatasi segalanya.
Saya berpantang kurang biasa macam zaman Haziq dulu. Yang ketat metat. Sekarang ini masih membuat perkara asas dalam berpantang berbengkung 24 hours plus berurut.
Tetiba teringin kongsi story officemate yang memang slim mlim orangnya. Saya pernah interview dia semata- mata untuk tahu kisah bagaimana dia berpantang. Tetapi tidak banyalah yang sempat kami bualkan masa itu.
Bukan apa pun, saya admired untuk tahu apa rahsia dia. Kisahnya dia memang berpanas gitu. Maksudnya tidaklah berkipas NO 5 riang bagai macam aku ini. Emak dia hendak dia berpeluh. Air minum pun di sukat. Sama sungguh macam kisah pantang orang dolu. Seram weh.
Seronok juga bila tahu dia pun minum air rebusan akar aku macam saya. Tapi dia dapat bekalan dari bidan istana. huhu. Dasyatlah gitu.
Dari dia baru saya tahu yang akar kayu juga ada macam-macam brand.
Ada yang untuk merapat ketat bahagian tut itu. Ada yang untuk menjarakkan untuk mendapatkan anak. Banyak lagi lah.
Bagi saya ialah seriusnya air rebusan yang saya minum memang 'ubat' untuk mudahkan membuang air besar. Memang 3 orang anak sebelum ini sudah terbukti semua itu masa berpantang. Stressnya berpantang kali ini saya sudah ada story 2 kali sembelit until past three days. Sebabnya akar kayu saya bukannya sama macam yang dolu. Kali ini saya darurat. Guna dan minum sahaja apa yang ada. Kebetulan kakak bagi akar kayu dia yang gunanya untuk 'merapat'. Itu kata kakak ipar yang jadi dealer akar kayu ini. Bukan kegunaan khas untuk berpantang aku agaklah. Namun still boleh minumlah. So dari pemikiran aku ini, sebab itu aku boleh kena sembelit. Juga atas sebab lain ialah, katanya lagi dari hasil google, banyak kali bersalin, sembelit itu lagi mudah terjadi.
Nanti story lain pasal sembelit ini.
Untuk part tidur adalah tidak boleh mengiring. Ini memang sama macam my mom cakap. Saya pun memang until today tidur masih terlentang.
Saya tanya dia kenapa mesti tidur terlentang yea. Apa hikmahnya?.
Yang saya ingatlah katanya..erm.
Akibat dari tidur mengiring masa berpantang ialah angin akan mudah keluar dari kemaluan. Juga dari mulut.
Dan lagi katanya dia pernah dengar seorang perempuan yang tidak di kenali semasa dalam lif telah tidak sengaja keluar angin dari tut itu.
Itu yang saya ingatlah cerita dia.
Back to berpantang.
Saya tetap pakai stokin kan. Walaupun cuaca ya ALLAH panasnya sekarang ini. Lagilah dengan HC yang duk siapkan AIS BATU AIR OREN satu jag atas meja makan untuk minum anak beranak.
Syukran iman saya kuat lagi huhu.
Adat berpantang mesti mandi air panas. Kegigihan HC masak air untuk saya. Secerek air sahaja cukup untuk mandi dalam baldi sederhana besar.
Hari-hari saya bangun pagi yang sudah tidak berapa pagi rutinnya, saya ke toilet dulu. Kemudian selepas itu selalunya mesti susukan Hafiy.
Bila sudah selesai, bawa Hafiy turun bawah. Kalau sudah puas minum susu, Hafiy sambung tidur semula. Kalau tidak puas, susukan lagi atau sambungkan sikit dengan susu formula.
Saya pula terus mandi.
Sekarang ini memang macam kurang@malas hendak sapu minyak gamat di tangan, badan, semua tempat lagi. Memang tidak tahan panas.
Op Hafiy sudah bangun. Mahu susukan. Continue later.
130313. Lovely numbers kan.
Saya after deliver. Still in labor room.
Muka penat...tidak juga.
Muka penat...tidak juga.
7 comments:
tahniah.. selamat berpantang dan jaga baby yg comel itu.. :)
salam lin,
selamat berpantang ye
akak pun berpantang lbh kurang lin jugak cuma akak x minum air akar kayu,akak setia dgn jamu NR...
sian tgk muka Lin lps bersalin tu....nmpk letih ya amat...take care ye dear
Jassnani - tima kasih kembali dear.
Kak Ina - salam kak, mmg yg serasi sahaja di minum dan jadi amalan kan kak.
hehe, tidak juga letih sgt kak.
tima kasih kak.
bestnya ada baby
akak doakan Oya pun murah rezeki jadi mummy juga nanti ye dear.
amin.
Selamat mnjalani hari2 berpantang yang sungguh la membosankan, kalau iman tak kuat n tegar, mls sungguh nak buat amalan2 semasa bpantang tu..huu.. almaklum semuanya kena buat sendiri... kalut dgn anak lg kan.. apapun, hope awak ok je ye, dah pengalaman ke 4 kan,, :-)
sesungguhnya betul tu Eina. alhamdulilah saya masih dapat membuat asas2 dalam berpantang macam pantang yg dulu.
tq Eina.
Post a Comment