Followers

Thursday, November 3, 2011

Pengalaman bersalinkan baby Haqeem (2).

Cerita lawak sedikit.
Until jam 8 malam aku masih tiada rasa contraction kuat langsung.
Penat sudah aku berbaring begitu sahaja.
Dengan hubby masih disisi.
Kecian dia berbuka puasa dengan air sekotak sahaja.

Doc masa itu memang tidak puas hati sebab aku langsung tiada contraction kuat.
Dalam masa itu degupan jantung baby banyak kali jatuh dari paras normal sewaktu berlakunya contraction.
Sebabnya setiap kali perut aku mengeras, hidung baby tersekat perut aku akibat tekanan dan ruang dalam perut yang sudah sempit.

Akibat dari itu Doc tukar cara checking jantung baby dari mesin CTG ke satu wayar yang di masukkan di bawah terus di lekapkan kekepala baby.
Dari situ barulah degupan jantung baby ok.
1st time aku tahu mengenai hal itu.

Dan kerana keadaan aku itu, sudah dua Doc ambil data aku untuk perancangan Czer.
Hah.
Aku tidak mahu di bedah.
Masa itu memang induce air sudah di masukkan dengan drip yang laju sekali.
Namun aku tetap tidak mendapat contraction yang kuat.
Sempat aku cakap pada hubby masa itu. Yang inilah anak kita yang last.
Rasa macam tidak mahu mengandung lagi.
Bukan kerana aku takut bersalin.
Aku risaukan keadaan baby dalam perut.
Sedih sangat.

Akibatnya ada nurse dan Doc yang kerap bantu membuat jalan di bawah.
Sebab aku tiada contraction, maka terpaksa buat jalan secara manual.
Diselang seli dengan keluarkan air kencing dari pundi kencing aku. Untuk elakkan pundi kencing yg penuh menyekat jalan untuk baby keluar.
Guna satu tiub yang di masukkan di bawah.
Memang masa itu aku sudah rasa sangat stress sebab banyak sangat 'adegan' untuk di bawah.
Nurse ada suruh aku guna Entonox, gas bius untuk buatkan kite rasa khayal. Tapi aku memang tidak suka.

Dalam keadaan macam kelam kabut sikit itu.
Doc minta hubby keluar sekejap.

Dalam jam 8 malam gitu.
Doc sudah mulakan operasi.
Walaupun aku tiada contraction kuat.
Ibarat membawa kereta dengan mata tertutup.
Begitulah aku.
Kalau Doc suruh teran, aku teran.
Amat memenatkan keadaan begitu.
Doc dan nurse tetap bantu aku 'besarkan' jalan di bawah.
Itulah banyak sangat aku sebut aku paling takut contraction.
Makanya bulan puasa, Allah makbulkan doa aku.
Aku tidak merasa contraction kuat yang aku takut itu.

Tapi boleh lagi ada Doc yang hendak Czer aku.
In the end ada seorang Doc baru sampai dan ada nurse yang experience bantu aku.
Doc inilah yang memberi semangat dan membantu untuk aku bersalin normal.
Seriusly memang ramai orang dalam labor aku ini.
Sebab itu in the end aku memang tidak bagi Doc panggil hubby.
Ramai sangat orang. Aku tengok sudah macam kelam kabut.

Bila sudah nampak rambut baby Haqeem.
Masa itu aku sudah flat amat-amat.
Tidak mampu meneran lagi.
Terus Doc ambil keputusan untuk vacuum.
Aku memang nampak vacuum itu.
Kecik amat saiznya.
Dan aku tidak rasa apa-apa pun masa di vacuum.
Alhamdulilah aku sudah selamat bersalin.
Masa itu jam menunjukkan 9.12 pm.
Maknanya proses bersalin aku cuma memakan masa 1 jam sahaja.

Kisah aku bersalin baby Haqeem sama dengan masa bersalinkan Haziq.
Perut aku di bantu tolakkan baby dari sebelah kiri dan kanan.

Lepas itu nurse cucuk Synto, untuk bagi rahim tolak uri keluar.
1st time lagi, nurse suruh aku berdehem untuk keluarkan uri.
Memang terasa uri keluar masa itu.

Sesi menjahit amatlah lama.
Ialah bersalin vacuum.
1st time lagi aku rasa bagaimana di jahit.
Alhamdullah cuma terasa macam ngilu sahaja tapi tidak sakit.
Banyak sungguh perkara baru aku rasa walaupun pernah bersalin dua kali sebelum ini.

Di sebabkan lama sangat aku duduk dalam labor room selepas bersalin.
Aku memang dapat menyusukan baby Haqeem sampai kenyang rasanya.
Masa itu memang terasa darah nifas keluar dengan begitu banyak sekali.
Dibenarkan naik ke wad pada jam 1am.
Sebab tiada Doc hendak checking aku selepas semua selesai.

15 August 2011 - Isnin
Alhamdulilah baby Haqeem tidak mengganggu tidur-tidur ayam aku masa di wad.
Sebab perut sudah kenyang.
Happy.
Habis lunch tengahari itu aku sudah discharge.
Bill kalau tidak silap aku ialah RM460 untuk 3 hari 2 malam.
Alhamdulilh bagi kami yang tanggung sendiri perbelanjaan bersalin.

5 comments:

maidatul said...

Takut juga dengar citer akak nie...
Makin byk perkara baru utk dilalui bg setiap anak yg dilahirkan...
Apapun alhamdulillah saat itu sudah selesai...akak dan baby pun alhamdulillah sihat ;))

haslina said...

akak pula takut sebab dengan keadaan baby dalam perut.
bagaimana baby masa itu.

sungguh2 bersalin kali ke3 inilah totally lain.

syukur pada Allah semua sudah selesai.
tq Akma.
akak doakan Akma juga dipermudahkan nanti.
amin amin amin.

mamalieyna said...

huu,,suspen n bertambah berdebar plak, bila baca pengalaman org bersalin..eina dl c-ser tak sempat merasa part teran2 tu..huu~

hope semua berjln lancar..Amin..

haslina said...

itulah, semoga di permudahkan untuk eina nanti.
mana tahu kali ini ALLAH bagi eina rasa bersalin seperti orang lain.
;))

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin di SIHAT SELALU - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails