Followers

Wednesday, November 2, 2011

Pengalaman bersalinkan baby Haqeem (1)

Punyalah 'malas' hendak story kisah bersalin aku pada August 2011 lepas.
Walaupun di hati memang mahu abadikan pengalaman berharga dalam blog ini.
So mari aku paksa diri dan jari-jari menaip bersama.

Mungkin ada yang belum tahu yang kisah bersalin kali ke 3 ini memang lain dari anak-anak sebelumnya.
Aku overdue dalam 8 hari.
Bersalin normal secara vacuum.
1st time warded awal dan di induce pil juga induce air (Pitosin kalau tidak silap aku namanya).
Supaya otot rahim dapat menolak baby kuat-kuat,lagi supaya jalan cepat buka dan supaya dapat rasa sakit@gesaan bersalin.
Mari kita back to future.
(,")

13 August 2011-13 Ramadan 1423 - Sabtu
Seperti yang Doc suruh, aku admit di Hospital Putrajaya petang itu. Alhamdulilah dapat katil kosong. Bilik berempat. Iaitu bilik paling ramailah.

Aku perlu di pantau Doc untuk hari itu kerana aku memanglah sudah overdue.
Konsepnya aku di beri until Monday 15 August 2011 untuk bersalin seperti biasa. Sekiranya tidak aku perlu di Czer.
Sepanjang hari Sabtu itu aku di monitor selalu oleh Doc dan juga nurse.
Gerakan baby dalam perut sentiasa di pantau secara manual oleh nurse. Makanya sambil diaorang check perut aku, sambil itu layan bual dengan nurse di hospital.
Itulah kaedahnya dari petang Sabtu hingga malamnya aktiviti untuk perut aku.
Pertama kali overnight di hospital sebelum bersalin.
Sebelum ini memang terus ke labor room. Dan beberapa jam begitu aku sudah selamat bersalin.
Malam itu aku banyak bangun dari tidur.
Ialah perasaan aku memang tidak menentu jadinya.
Risau pun iye juga.
Kenapalah aku belum sakit bersalin. Sedangkan aku sudah overdue 8 hari masa itu.
Seriusly memang tiada rasa sakit pun.
Hari itu hubby datang waktu petang sebab visiting hour until 8pm.
Dia berbuka di hospital. Aku pula memang sah-sah sudah tidak berpuasa.

14 August 2011-14 Ramadan 1423 - Ahad
Pagi-pagi dalam jam 7am aku sudah di induce pill dibawah itu.
Ngeri juga, takut pun ia.
Sebab dalam purata 10 story yang aku baca di internet mengenai induce semua cakap sakit amat.
Lebih sakit dari contraction biasa.
Cuma 1 cerita sahaja yang beritahu sakit ala-ala sahaja.
Mahu aku tidak cemas.

Tapi malam sebelumnya aku sudah bual panjang dengan adik emak aku di S'pore.
Panjang hingga dalam 1 jam 30 minit.
Cik Ros aku beritahu yang sakit induce macam biasa sahaja sakitnya.
Insyallah aku mesti bersalin normal nanti.
Cik Ros tenangkan aku.
Sebab aku memang masa itu sudah down sangat.
Rasa sedih.
Kenapa baby tidak mahu keluar.
Pujuk Cik Ros lagi. Sebenarnya baby hendak bagi mama dia berehat. Dia tahu mama dia penat. Sebab jarak kelahiran Haifa pada tahun lepas dengan baby Haqeem adalah rapat.
Itulah sebab kuat baby Haqeem tidak mahu keluar.
Baby memberi harapan supaya mama dia berehat lebih lepas ini.
Memang menitis air mata aku bila Cik Ros cakap macam itu.

Di tambah lagi dengan kaki dan tangan aku yang sudah bengkak gitu.
Padahal aku memang kalau pregnant sebelumnya tidaklah bengkak begitu.

Lepas induce Doc bagi until Zohor untuk checking jalan di bawah.
So berdebar-debar tunggu waktu tengahari.
Semasa di hospital itu memang kerja aku ialah balik-balik sms hubby mohon ampun dan maaf.

Waktu Zohor, keadaan di bawah masih lock.
Sedih.

Tunggu lagi until 5pm.
Dan aku cuma feel sakit sikit-sikit.
Aku bawa diri berjalan dan berjalan keliling wad.
Hubby pun sudah datang bersama Haziq dan Haifa masa waktu melawat petang itu.
Adik bongsu aku pun datang sekali.
Dan dan tetiba menjelang petang seluruh family dari kg datang juga.
Aku masa itu memang sudah sakit-sakit juga.
Tapi masih mampu berjalan dan bercakap dengan family.
Sampai satu masa dekat-dekat jam 5pm itu aku sudah rasa macam sakit banyak sikit.
Terus minta nurse check.
Masa itu sudah terbaring di katil.
Aku ingat lagi masa aku tengah berkerut-kerut di muka itulah abah datang jenguk aku.
Aku tengok abah macam hendak menangis tengok anak dia sakit.
Aku terus cium tangan abah.
Sedih lagi.

Then Doc check di bawah.
Alhamdulilah sudah ada jalan.
Namun hanya dalam 3cm ke 4cm gitu.
Doc minta kebenaran dari aku untuk tolong besarkan jalan lagi.
Sakitnya.
Alhamdulilah terus dapat 5cm.
Masukkan ubat lawas.
Terus pergi toilet.
1st time lagi di masukkan ubat itu.
Punyalah takut hendak ke toilat.
Dengan hubby sekali masuk.
Dan bersiap ke labor room.
Salam semua orang masa on the way ke sana.
Sedih lagi sebab Haifa menangis-nangis.
Sebab hendak ikut mama dan baba.
Lagipun hubby yang ikut aku ke labor room.
Sungguh serba salah masa itu.

Masuk labor room dalam jam 6 petang.
Masuk air dan oksigen.
sambung next post..

5 comments:

oya said...

amik masa juga la..baby selesa dlm perut x mau keluar..

haslina said...

dik oya - gitulah kata makcik juga.
;))

e.l.i.s.s.m.i.e said...

lain2 anak lain2 pengalaman kan :)

haslina said...

a'ah eliss. gitulah nampaknya sebab aku sudah mengalaminya.

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin di SIHAT SELALU - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails