Followers

Monday, January 14, 2008

my only grandmother - nenek


Semalam dpt email dr Diana, my cousin kat s'pore.Kirenyer replying email lah.Lepas baca email tu,terus call emak kat n9.Ialah nak bg tau keadaan nenek yg da kurang sihat tu.Klu x silap lah umur nenek in between 85 - 90 years old.X pasti lah baper sebenarnyer.Ari tu masa balik s'pore pun nenek mmg da x larat nak dukung cicit dia.My Haziq...in the picture tu.Nenek cuma leh main2 ngan Haziq gitu2 je.

Alhamdulilah, nenek mmg x de penyakit.Sampai personal Doc nenek pernah wat MRI scanning utk confirmkan kesihatan nenek.Doc tu terkejut gak tgk nenek x de sakit MAJOR aper2.Sekarang ni nenek cuma da tua, tua sgt.Badan nenek da lemah.Makan pun x de selera.Tapi kurnian ALLAH, pendengaran, ingatan dan penglihatan nenek masik tajam lagi...alhamdulilah.Kata makcik, kekadang nenek tertidor masa tgk tv.Lagipun nenek da x boleh jalan2 jauh.Maknanyer nenek da x akan dtg umah kami kat n9 lagi.Kami yg sepatutnyer selalu balik sana.Cian nenek...miss her so much.Ingat lagi nenek cakap klu tgh salam2 nak balik M'sia "Bila nak dtg sini lagi?..aduh payah tul nak jawab soalan tu."Klu ada rezeki..insyallah nek".

Back to calling emak td, - emak ckp "klu emak larat nak gak emak balik s'pore naik bas tgk nenek selagi nenek ada, tp tu lah, emak pun x leh da nak jalan2 jauh sorang".Nak harap kan kitaorang balik s'pore.Aduh hai...semua org kerja...abah pun kerja...abah lagi bz dr kami adik beradik yg keja makan gaji nie.Cian kat emak.Mesti emak rindu kat emak dia -nenek-.

Insyallah klu di murah kan rezeki ALLAH..kami pasti balik sana lagi utk jumpa nenek.Lagipun nenek sorang tu je yg kami ada.Uwan dan atul belah abah da lama meninggal,datuk kat s'pore pun da lama x de.

Kami kat n9 mmg selalu merindui semua di s'pore.Cuma internet dan telefon buat pengganti diri klu wendu amat.

From: "diana manap" <eroqperra@hotmail.com>
To: "reenynor" <
reenynor3423@yahoo.com>, eroqperra@hotmail.com
Subject: RE: kaktehDate: Sun, 13 Jan 2008 00:09:15 +0000

Assalamualaikum Kak Teh,
Diharapkan KakTeh & semua sihat di sana. Diana sihat alhamdulillah . Cuma sekarang ni dah rasa penat-penat. Maklumlah dah nak dekat ... due date kata doktor 11hb Februari.Hari Isnin ni , Diana dah genap 9 bulan. Diana dapat rasa baby dah makin turun dan makin berat. Cuma Diana rasa baby ni akan lambat keluar . Kata orang ini nasib masing-masing, kalau anak pertama ada yang keluar cepat macam kakteh, ada yang keluar lambat juga. Diana rasa takut pun ada lah. maklumlah takde pengalaman.Diana hanya harap baby keluar dengan selamat dan sihat.. Itulah harapan diana bila dah jaga baby 9 bulan lamanya dalam perut.

Diana masih kerja lagi. Tapi mungkin akan ambil cuti pada bulan Februari untuk buat persiapan mental. Di sini kalau cuti bersalin, boleh ambil sampai 3 bulan lamanya. hah sekarang ni tengah sibuk buat kerja dan 'clear' mana-mana kerja yang diperlukan supaya senang bila dah ambil cuti. Tiap -tiap hari Diana tidur kul 12 malam dan bangun 5 pagi. Penat !!!!

Dilla dan Iskandar sihat alhamdulillah. Diana tengok dorang ok tinggal dengan parents.kalau lelaki tinggal rumah mak perempuan senang sikit. Kalau perempuan tinggal dengan mak mertua itu susah sikit.... u know wat i mean right.

Nenek pun sihat alhamdulillah ...cuma nenek dah lemah kadang-kadang. Hari tu, ada nenek pengsan kat rumah... nasib baik ada Hamim. jadi semua orang terkelam kabut pergi rumah nenek. baru-baru ni nenek demam pulak.... melengkung aje dalam rumah tapi agaknya dah baiklah tu. Bila diana fikir-fikir nenek memang dah makin tua.

Pak Long pun berapa kali dimasukkan ke hospital . Tapi diana tak pergi melawat pasal terkenangkan keadaan diana ni . Yalah orang kata orang pregnant jangan dekat dengan orang sakit.... maklumlah immunity level low .

Kak Teh jaga diri lah baik-baik terutama si comel haziq tu... kirim salam kat abang ray daripada diana dan Fendi. Doakan lah diana akan ok .. diana akan update news asap kalau dah tiba waktunya.

salam sayang mardiana dan effandi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails