Followers

Wednesday, February 24, 2010

28 Days.

Haziq with 28 days old Haifa.

Alhamdulilah hari ini hari ke 28 aku berpantang. Dan masuk hari ke 7 aku berpantang di rumah sendiri. Baru tadi aku selesai membuat appraisal secara online. Makan masa 2 ke 3 hari juga aku hendak fahamkan perkara ini. Terima kasih juga pada boss aku sebab rajin sms dan email mengajar aku cara-cara mengisi borang online. Pening kepala aku dibuatnya, sebab ini pertama kali dibuat secara online. So kebetulan duduk depan komputer....kerja pun sudah selesai..apa salahnya aku update blog cinta merah aku ini.

Separuh dari kerja-kerja menanda aku telah selamat siap dan ada lagi separuh reports laboratory students yang perlu aku semak nanti. Setakat ini aku belum sentuh lagi reports semua itu. Aku hendak berehat dulu. Bagus juga semua reports itu dalam bentuk nombor dan calculation. Mudah juga aku hendak menyemak dan memberi markah. Kalau kena baca...aduhai pening kepala aku rasanya.

Kesayangan aku Haifa sekarang ini sedang nyenyak tidur. Alhamdulilah dia pun sihat dan semestinya amat kuat menyusu. Biasalah baby dalam pantang, kuat menyusu, tidur diwaktu siang dan berjaga diwaktu malam.

Setakat hari ini berpantang, aku langsung tidak keluar rumah.
Macam jadi puteri pula...hehehe. Di kampung pun begitu dan di KL pun begitu, aku malas hendak keluar rumah. Hari-hari memerap sahaja. Lagipun banyak perkara yang boleh dibuat dalam rumah....betul tidak?

5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

masih berpantang memang seeloknya jgn kuar rumah! kalau org dl2 lagi la kan, siap tak boleh bgn berjln sesuka hati...skrg ni..hehe..siap boleh buat keje opis lagi! ^_^ cayalah!

alala bestnyer tgk haziq berbaring sblh haifa tu..sweet..:)

Ina Hashim said...

lin,

alahai..si haifa kuat tido siang & berjaga malam ke?huhu...sabor jela ye mommy

maidatul said...

biasalah akak baby memang kuat menyusu dan berjaga malam...lama-lama nanti berubahlah waktu jaganya...apapun happykan akak...

Sharinginfoz said...

baguslah... semoga hari2 mendatang lagi mudah..

RM952 sekarang or RM1,000 tahun depan????

Apasal suka marah??

Ms Haslina said...

mamalieyna ~ itulah klu ikut org tua2 mcm2 x boleh buat, saya masih seperti org bpantang. pakai stokin,pakai bengkung,minum air rebusan akar kayu dan sebagainya.

abang haziq mmg sayang sangat dekat adik haifa dia
;)

kak ina ~ hehe mmg pun kak..alhamdulilah masa kt kg emak yg bantu klu haifa bjaga malam..diKL pula baba haifa yg tolong...

akma ~ a'ah..tp ok lah juga haifa ni klu compare dgn masa haziq dulu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails