Pecal by me
Alhamdulilah...puas hati !!!!
Itu ayat untuk pecal pecalan yang aku makan semalam. Lunch kami dirumah semalam ialah pecal. Kuahnya ialah kuah beli sate hari Selasanya. Sambil menyelam minum air..kan.
Sebenarnya hubby yang sebut sebut hendak makan pecal. Aku ikut sahaja.
Walaupun sebenarnya aku tidak boleh makan sayur angin angin ni sangat.
Syukur alhamdulilah, perut aku okies sahaja hari ni. Risau juga kan.
Barang-barang itu kami beli lepas beli sate.
Ada kangkung, tempe, telur rebus, tahu, kacang panjang dan tauge. Semuanya fress gitu, beli di Carefour bukit jalil. Siap dengan ketupat itu, beli masa beli sate sekali.
Manakala rendang ayam dan daging sepinggan itu adalah last punya dari kg hari itu.
Hatta bekas letak pecalan aku itu tidak pernah di pakai. Itu adalah hadiah kawin aku dulu. Maka pertama kali digunakan gitu.
So macam nampak buat rumah terbuka sahajakan. Tapinya makan kami anak beranak sahaja.
Lovely.
Pecal siap dimakan
Rendang ayam dan daging
Sate
Nasi impit
Hari ini aku masak daging masak merah dan PAJERI TERUNG.
Peh sodap amek...
Tapi aku guna terung bulat sebabnya terung panjang sudah sold out di tesco masa itu. Ok lah juga, tetap sedap.
Hatta aku memang peminat pajeri nenas. Tapi aku cuma suka kuahnya sahaja. Sudah bertahun-tahun gitu aku memang suka kuah pajeri tapi nenasnya aku tidak makan.
Ceritanya masa raya kedua lepas. Aku turut membantu orang memasak di rumah mentua angah aku untuk rumah terbuka.
Kebetulan diaorang masak pajeri terung.
Then barulah aku tahu yang nenas dan terung menggunakan resepi yang sama sahaja.
Makanya dari situ baru aku tahu macam mana masak pajeri. Rupanya guna rempah kari udang.
Asalnya, manalah aku tahu hendak masak pajeri.
Itu yang tidak sabar-sabar masak pajeri juga aku hari ini.
Basicly aku cuma guna,
3 biji terung bulat
bawang putih n merah
ikan bilis
halia
kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
3 sudu serbuk kari undang
2 sudu cili boh
santan
Untung chef chef yang masak hari itu semuanya ringan mulut kalau tanya pasal resepi.
Sebab itu kalau pergi kenduri family, janganlah berat tulang...kan. Banyak rahsia masakan boleh belajar dari orang-orang lama ini.
Gambar ehsan internet sahaja
Aku copy ini dari azzuhry-efry.fotopages - thank you
KHASIAT BUAH TERUNG
1 Menjaga kesihatan jantung
2 Menurunkan paras kolestrol dan kaya dengan zat kalium dan boleh memulihkan paras natrium dan jika dikisar dan di minum airnya boleh melawaskan kencing
3 Mempunyai serat yang tinggi dan menghindarkan kesan kesan hormon yang mengakibatkan kesan barah boleh pulihe
4 Wanita mengandung pula amat bagus untuk janin kerana membekalkan folat sejenis vitamin
5 Amat bagus untuk memelihara kejernihan kulit muka dan bagi mereka yang mukanya berjeragat kisar buah terung ini disapu pada jeragat insyaallah boleh hilang
6 Bagi penganut hindu mereka memakan terung sebagai kesihatan tenaga batin
3 comments:
aliaa pon feveret pajeri nenas..
Pecal tu faberate en suami eina..tp eina tak suka! anginlah!..tp buat je bila en suami mintak..huhu..^_^
selamat hari raya!
miss julie - itulah..sedap..kan
mama - sama lah kita..demi suami...kan
salam lebaran juga....
Post a Comment