Followers

Tuesday, September 7, 2010

Salam Eid Fitri 1431

Ceritanya, pertama kalinya aku terpaksa membeli baju raya siap gitu. Sepasang sahaja gitu. Warna purple, beli di Ampang Point je.Asalnya selama-lama ini tidak pernah pun membeli begitu. Memang-memangnya aku tidak mempunyai masa untuk membeli kain pun. Maka semua dirumah membeli yang siap sahaja.
Sedih sahaja kan.

Setakat ini Haifa comel itu telah mempunyai 3 pasang baju kurung yang memang saiz dia. Sungguh comel gitu.
Haziq pula hanya dapat satu pasang baju melayu, sebabnya takat disitu sahaja sempat kami shopping. Minta color lain untuk saiz yang sama, sudah tiada pula.

Alhamdulilah dalam usia 7 bulan 10 hari Sandra aku ini sudah boleh merangkak. Smooth je aku tengok dia merangkak. Kalau berdiri dan berjalan selangkah dua di pinggir katil, sofa dan kerusi memang dekat umur 7 bulan hari tu Sandra da boleh pelan-pelan buat sendiri.
Biasa anak mama ini memang rajin practice.
Sekarang ini Haifa memang sudah makan nestum...yang instant tu. Dan memang selera kalau makan anak dara satu ni.

Baru perasaan, aku tidak ada buat entry untuk Sandra masa umur 7 bulan. Sebabnya tiada jab untuk 7 months...itulah jadi terlupa gitu.

my queen Haifa Cassandra - masa dikg hari tu - cuti nuzul alquran

Tapi tetap anak-anak berdua itu mempunyai baju bajuan yang lebih bilangannya dari kami berdua. Setakat ini, hubby yang belum dapat lagi baju raya. Aduhai..payah sungguh. Walaupun sudah ke Jalan TAR sekali gitu. Hatta bagaimana hendak memilih masa di Jalan TAR, orang terlalu kesardinan. Penuh sana sini. Masa aku pergi tu sudah jam 11 pm, malam selasa lepas. Memang semua ada di situ. Patut-patut orang giloz shopping raya disitu. Murah dan banyak pilihan.
Yang tidak seronoknya, parking dekat Jalan TAR tu suka-suka hati sahaja naikkan harga. Siap satu tu, RM8 per entry. Gila apa. Aku ambil parking dalam building sahaja. Yang harga telah naik dari seperti biasa-biasa juga. RM 5 lepas jam 9pm.
Kenapa tiada pihak berwajib yang pantau hal ini. Bagi aku melampau lampau diaorang tu. Mengaut keuntungan atas angin sungguh.

Insyallah esok kami akan balik kekg di Pilah.
Aku cuti dari esok until 16 Sept.

Cadangnya memang hendak balik Tawau raya kali ini. Disebabkan kelewatan membeli tiket..maka terpaksa cancel lah untuk beraya kesana.
Faham-fahamlah kan, kalau beli tiket lewat sangat..maka harga tiket surenya tinggi. Kami ini sudah berempat lagi gitu.
Insyallah we always looking forward untuk berjumpa family di Tawau.

Tapinya lagi tetap balik awal ke KL. Sebabnya kerja aku tertimbun riang menari nari untuk diselesaikan.

Aku sudahi entry hari ini dengan picture masjid besi putrajaya - ehsan internet picture ini.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

7 comments:

Eliss said...

selamat hari raya ..maaf zahir batin

mamaarifakeemaisy said...

comel cassandra! ^_^

Selamat Menyambut Aidilfitri juge..maaf zahir dan batin! moga gembira/ceria di aidilfitri ok! ^_^

Ms Haslina said...

eliss - sama kita...selamat hari raya...
maaf zahir batin...
tq so much dengan keychain cantik tu....
muah

mama - mmg geram klu tgk sandra tu...comel jea...
sama kita...selamat menyambut adifitri..maaf zahir batin...

maidatul said...

Akak Selamat Menyambut Aidilfitri maaf zahir dan batin... moga gembira di aidilfitri ^_^

Ms Haslina said...

akma - akak pun sama..selamat menyambut hari lebaran..maaf zahir dan batin...

ciek niena said...

selamat hari raya yea kak..
:)
maaf kan salah n silap saya sepanjang kita berkenalan yea kak :)

Ms Haslina said...

samalah kt dik.semoga ceria gembira dhari lebaran ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails