Followers

Monday, April 30, 2012

My story minggu lepas.

Hidung aku masih berair lagi.
Alhamdulilah tidak seteruk masa 1st day pada Selasa lepas.
Kisahnya hari Selasa itu pula aku pergi klinik lagi berdekatan rumah. Bawa Qeqeem sekali. Kami pergi berdua sahaja.
1st time hari itu Qeqeem di masukkan ubat montot. Erm, rasanya tidaklah panas pun aku rasa badan Qeqeem.
Tapi lepas Doc cek suhu, terus dia suruh nurse ambil ubat.
Aku lepas itu terus minta MC pada Doc. Ialah memang aku perlu rehat. Laginya sungguh tidak sampai hati tinggalkan Qeqeem di rumah.
Dirumah ada kaklang with baby and emak sahaja. Haifa ada dengan hubby.

Emak pun tengah tidak sihat dan demam.
Hubby ada hal masa itu
Menjelanng hari Rabunya, alhamdulilah aku sudah sedikit sihat. Tapi aku mohon EL pada boss, aku hendak sambung jaga Qeqeem.

Pada permulaan hari Isnin sebelumnya tekak aku memang rasa sedikit perit. There semestinya, hari Selasanya aku sudah mula batuk. Biasanya memang begitukan.

Perit di tekak, kemudian mesti selsema kemudiannya di tambah juga dengan batuk sekali.
Aku perasaan lagi kalau mula minum ubat batuk. Kahak mesti appear selepas itu ketika batuk.
Aku cepat-cepat makan ubat kerongkong yang Doc bagi. Plus makan ubat batuk sekali.
Hatta ubat selsema aku cuma makan sebiji sahaja walaupun di tulis pada sarung plastic ubat perlu makan dua biji.
Ah aku memang begitu semenjak jadi mama. Aku suka hati kurangkan ubat dari sukatan sebenar.

Point nya mudah sahaja.
Aku tidak suka terlalu banyak UBAT dalam badan aku.
Di samping itu, aku juga cuba minum air asam jawa segelas. Aku bancuh sesudu teh asam jawa tanpa biji ADABI bersama dengan satu cawan air suam.
Kiranya satu hari aku minum satu cawan.
Mudah, murah dan berkesan. Laginya semestinya tanpa gula tambahan.
Alhamdulilah ia membantu.

Sekarang ini kalau aku rasa sakit kepala sangat, barulah makan sebiji ubat muscle yang Doc bagi hari itu. Masa itu aku pergi klinik sebab terasa ngilu di area bahu kanan kalau kena air shower. Kemudian sebab penat sangat. Dan sudah tidak tahan lagi, sakit sudah naik ke telinga dan terus ke kepala.
Itu yang Doc bagi aku ubat bengkak, ubat sapu dan ubat muscle.
Dan, aku cuma makan ubat mucle.
Doc cakap aku stress.

Serius, aku juga hubby memang penat berlebihan lalety ini.
Di rumah disamping dengan Qeqeem yang masih ada sedikit batuk berkahak dan selsema. Kemudian demam campak. Sudah baik dan masih batuk berkahak dan selsema.
Seperti biasa, aku tidak suka bagi anak-anak juga makan ubat sangat.
Sorry lah.

Almost 3 weeks rasanya tidur kami tidak sedap selena berulit mimpi gitu.
Semestinya Qeqeem cranky kerana tidak selesa dengan keadaan batuknya.
Haifa pula, kalau terlalu banyak bermain dan makan coklat berlebihan. Ada masanya Haifa akan muntah, menangis sekali.
Makanya sekejap kami lena, Qeqeem nangis hendak susu. Makanya bancuh susu yang sudah siap-siap letak dalam bilik.
Baru lena lagi, Haifa pula terbangun dan menangis siap muntah. Haifa memang takut kalau dia muntah.
Perlu tukarkan baju, lap muntah di lantai.
Pujuk-pujuk supaya tidur semula. Tup tap sudah 1 jam miss waktu tidur.
Lena tidak lena, Qeqeem menangis lagi, mahu susu lagi.
Tukarkan pamper sekali.
Nangis lagi, kenalah tepuk-tepuk supaya tidur.
Resultnya, kepala aku and hubby jadi weng weng.
Alhamdulilah Haziq tidur lena since masuk sekolah sekarang ini.

Aku meredhai kaklang and baby ada di rumah sekarang ini. Plus dengan emak yang tidak sihat.
Aku dan hubby cuba mana yang mampu untuk semua itu.
Di samping menjaga 5 anak-anak comel yang bermacaman kerenah.

Di tambah lagi dengan side business kami yang alhamdulilah.
Serius bisnes membakar aku semuanya tengah stop sekarang ini. Ada beberapa order memang terpaksa di tolak dan di tangguhkan.
Alhamdulilah anak kaklang, kaklang yang dalam pantang, baby dan hubby tidak di jangkitan virus demam selsema dan batuk setakat ini.
Haziq ada sedikit batuk dan selsema.
Haifa ada batuk sikit.

Aku berdoa supaya emak dan Qeqeem cepat sembuh.
Dan semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik pada aku dan hubby.
amin amin amin.





Friday, April 27, 2012

Qeqeem 8 bulan + 1 minggu.

Salam Jumaat.
Alhamdulilah.

Daun semambu. 
Qeqeem kena demam campak Jumaat lepas. 
Alhamdulilah selepas 4 hari gitu sudah sihat.

Monday, April 23, 2012

Orange di hari Isnin.

Salam Isnin.
Alhamdulilah.
Monday orange de Blues.

                                                                     my beg Orange.

Sakit sedikit kepala aku tengahari ini. Maklumlah sudahlah panas di luar. Then masuk office sejuk pula aircond.
Makanya aku menyempatkan diri ku ke klinik jam 11 pagi tadi. Tambah lagi dengan sakit tekak. So sebaiknya aku serah diri di klinik. Cikgu kalau sakit tekak, macamana hendak bercakap dalam kelas kan.
Tadi tu Doc cakap tekak aku memang sudah merah.
Apa tidaknya semalam aku sedikit stress@penat banyak. Memandangkan kaklang order pizza untuk anak-anak 'nursery' di rumah malam tadi. Siap dengan aiscream sekali. Tetiba aku yang lelebih makan aiskrim.
Laginya makan pizza, layan pula dengan air sejuk.

Hatta itu adalah dua perkara yang sentiasa aku elakkan. Aku perasaan since jadi mama ini, tekak aku memang kureng sikit. So aku elakkan berais dan minuman sejuk.
Berbalik pada Doc tadi. Hehe, memang dia hendak bagi aku MC untuk hari ini. Fuh.
Namunnya sebab aku ada kelas.
So dengan berbekalkan muka yang comel sedikit ini, aku menolak pelawaan Doc dengan baik.
Aku kena kekalkan status pekerja mithali aku itu. HAHA.

Makluman, aku memang berpeluh-peluh malam tadi itu.
Aku gagahkan diri lipat kain dekat 3 bakul. Itu pun ada lagi yang belum berlipat.
Biasalah ramai orang dirumah. Mesti ada punya kerja tergendala berhari gitu. Habis susun kain dalam laci semua aku sambung gosok baju pula.
Peluh naik turun tangga angkat kain yang telah di lipat belum habis, tambah pula dengan peluh panas menggosok.
Fuh memang dapat sauna free. Agak-agak berapa kg turun berat aku kan.
Seperti biasa, semua kerja yang di buat mesti on kejap off kejap di sebabkan sampingan layan anak-anak.

Alhamdulilah kasut baru.
so Comel kan.
price RM59 sahaja.

Semalam petang di kala kekalutan dan kesibukan hari Ahad, sempat aku dan hubby berdua ke JJ berdekatan.
Point untuk membeli kasut.
Juga pesan kaklang untuk membeli sehelai dua baju baby yang bersaiz newborn. Sebab baju baru sedia ada adalah besar buat si comel Arriq.

Punyalah makan masa berminggu-minggu untuk aku beli kasut comel ini. Sampai melecet kaki aku minggu lepas dengan kasut lama aku itu. Oleh itu, aku bagitau hubby.
Mesti beli kasut hari ini juga.
Itu memang masalah aku. Kalau suka satu kasut itu, aku akan pakai sampai hancus.

Alhamdulilah sebab emak dan juga kaklang yang ada di rumah, aku minta tolong tengokkan 5 orang kanakkanak comel yang semuanya tengah tidur petang masa itu.

Saturday, April 21, 2012

Salam Sabtu...me kerja hari ini.

Salam Sabtu.
Alhamdulilah.

Me with coat makmal

Alhamdulilah sekali lagi. Sebabnya aku manage juga datang kerja hari ini walaupun dalam kekalutan dan kepenatan.
(Hari-hari kalut dan penat)
Fuh.
Minggu ini penuh dengan aktiviti berbentuk kekeluargaan, full dengan kerja di office dan juga aktiviti servis kereta.

Makluman sudah di beritahu hari itu kan.
Kaklang sudah selamat bersalin.
Makanya kaklang discharge pada Jumaat tengahari semalam.
La nie kaklang and baby Arriq telah selamat berada di rumah aku mungkin until hari Ahad esok atau lebih. Tiada kepastian dan paksaan di situ. Aku dan hubby ok sahaja.
Hahaha, penuhlah my rumah dengan 3 orang kanak-kanak riang gembira tak geti penat sayik main sahaja dan juga dengan 2 baby kecik juga besar yang comel lote.

Aku dan hubby selamat menghantar abah balik kg pada malam Jumaatnya.
Then dengan izin abah aku bawa pula emak datang KL, hatta rumah aku. Macam emak orang lain, emak memang hendak menjaga kaklang dalam pantang. Berapa lama, aku tidak pasti.
Mungkin sampai abah cakap 'cuti' sudah due.
;))

Masa aku di Lab. tadi, sempat aku menelek satu seive ini. Normally aku biasa guna@nampak seive bersaiz besar. Tetiba di Lab. pavement itu tadi lain pula saiznya.
Terus tanya pada TA bertugas.
Oooo rupanya seive ini untuk ayakan EMULSI.
Material emulsi ini adalah dalam bentuk cecair. So ayakan di buat untuk membuang bahan asing yang terdapat dalam emulsi tersebut.

Comelkan saiz seive ini.
1st tengok kat Lab. tadi.

Wednesday, April 18, 2012

Qeqeem dan Kek Mentega Oren untuk kaklang.

Salam hari Rabu.
Alhamdulilah.

Fuh sudah dua hari mata macam sleepy gitu.
My Qeqeem kurang sihat sikit sebab tumbuh gigi.
Alhamdulilah Qeqeem tidak merengek pun cuma badan panas sikit. So aku dan hubby kerap bangun untuk basahkan tuala kecil letak di kepala dan belakang badan Qeqeem.
UPDATE
Jam 2 pm lebih tadi aku balik rumah sekejap. Hantar Qeqeem pergi klinik with hubby. Alhamdulilah, rupanya Qeqeem demam di sebabkan tekak ada jangkitan. Bukannya demam sebab tumbuh gigi baru. Itulah, aku memang perasaan. Sebelum ini Haziq dan Haifa memang tiada demam pun kalau tumbuh gigi. Maka sedikit kehairanan timbul di hati bila Qeqeem demam.
Syukur pada ALLAH sebab beri kelebihan anak-anak aku tidak cranky bila tumbuh gigi. Alhamdulilah.

Alhamdulilah Rabu lepas sempat aku bakar kek oren untuk kaklang.
Kebetulan birthday kaklang jatuh pada hari Khamisnya. Buat kek biasa sahaja.
1st time guna aluminium foil untuk pembakaran. Aduh sungguh comel sekali. Satu adunan kek yang biasa untuk saiz loyang 8 inci. Aku dapat 8 biji kek comel.
Tahniah juga untuk kaklang sebab mendapat baby boy pada 16 April Isnin lepas melalui pembedahan Czer.
Dan babynya sangatlah comel. Kedua mummy dan baby dalam keadaan sihat.
Masa ini kaklang masih di Hospital. Insyallah hari Jumat rasanya baru discharge.

Semalam aku sempat melawat kaklang bersama abah yang baru sampai dari kg. Pergi sekali hubby dan anak-anak.
Sempat juga kami lunch di JJ Balakong@Cheras bersebelahan Hospital.

1st time guna tepung gandum buat kek ini.

Tuesday, April 17, 2012

Apam polkadot step by step - order.

Salam Selasa.
Alhamdulilah.

Fuh kalau orang berniaga seperti aku. Rasanya sama sahaja senarionya seperti orang lain juga.
Siang bekerja, balik rumah sudah lewat sikit malam barulah dapat memegang mixer dan tepung bagai.
Mestinya lagi biasa dapat tidor setelah lewat pagi.
Esok lepas itu kena juga bangun pagi untuk pergi bekerja makan gaji.
Fuh lagi.
Cekal sungguh hati kan. Kalau sudah tertulis begitu jalan rezekinya.
Syukur pada Allah. 

Yang ini 30 biji.

Malam tadi aku siap sepenuhnya dalam jam 2.30 pagi. Memang sudah mula awal-awal juga prepare itu ini.
Tapi biasalah ada anak kecik. Sungguhlah perlu berenti-henti ketika membuat kerja.
Semalam itu aku menyiapkan order sepatutnya sebanyak 130 biji. Sudah bukan rezeki aku, satu piping bag yang telah siap di isi adunan telah pecah. Aku short dalam berbelas biji apam. Sedih kejap.
Hatta terpaksa order telah menjadi 40 biji pada Fatein dan 70 biji pada Faizah.
Hendak buat adunan baru, erm aku sudah letih.
Jom lihat sedikit gambar susur galur bagaimana keadaan dalam adunan apam.
Dengan resepi sekali. Terlupa pula dari mana aku copy resepi ini.
Semoga ALLAH sahaja dapat membalas jasa baik pemilik resepi ini kerana bermurah hati berkongsi sama. amin.

Bahan-bahan
220g gula halus (aku guna 170g sahaja)3 biji telor gred A
275g tepung gandum
150ml susu segar (aku guna full cream)
3 sudu teh baking powder (aku guna baking spoon)
1/2 sudu teh ovalette
filling - coklat, strawberry dan mana-mana yang di sukai.
pewarna

Cara-cara
Masukkan gula halus, telor dan ovalette kedalam mixer(paling laju)dan pukul hingga kembang dan putih.



Slowkan speed mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Mixer cukup until semua bahan sebati.
Kemudian kacau adunan dengan senduk untuk sebatikan adunan dan nampak berkilat.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
Kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan kacau hingga color sebati dengan adunan. Pastikan adunan dalam keadaan berkilat (dengan cara mengacau adunan) dan masukkan adunan berwarna kedalam piping bag. Ikat piping bag dengan getah. (Piping bag boleh beli yang pakai buang sahaja.)
Potong sedikit(dalam sebesar lidi gitu)sahaja hujung piping bag dan picitkan kedalam paper cup 1/2 sahaja.
Letak filling, kemudian penuhkan lagi adunan kedalam paper cup.
Dot-dotkan dengan warna pilihan.
Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.
(Apam ini memang nampak lembut, tapi rasanya tidak lembut. Dan ia mempunyai isi yang padat.)

Letak filling.

Penuhkan cup dengan adunan.

Dot dots.

Dots lagi.

Monday, April 16, 2012

Qeqeem 8 bulan.

Salam petang Isnin de Monday blues.
Alhamdulilah.
Layan kelas dari jam 1pm until 5 pm.

Muka duplicated habis Haziq.
Siap ex baby sitter kaklang panggil Qeqeem, Haziq Junior.

14 April / Sabtu lepas my Qeqeem genap 8 bulan. Alhamdulilah.
Comel tembam ini sudah pandai panjat tangga rumah.
Sudah masuk tangga ke dua. Fuh.
Nampaknya pemasangan pagar sudah boleh di teruskan.
Gigi Qeqeem mungkin akan bertambah lagi dua.
Sebab memang dapat rasa 2 biji sudah hendak keluar dari gusi depan.

Lulus naik tangga.

Cuba turun sendiri. Tapi failed. Dan nangis.
Abang Haziq tolong beri bantuan.

Friday, April 13, 2012

Choc. Moist Cake and salam Jumaat.

Salam sudah petang Jumaat.
Alhamdulilah.
Hari ini mood baju kurung warna kuning berbunga maroon.

Sadis sahaja malam tadi. 1st time aku menangguhkan order customer.
Asalan memang hendak membuatnya. Tapi, bila sampai rumah mood  sudah tranform jadi lain. Mungkin aku fenat gitu. Ialah kerja sudah banyak juga di office. Tambahan lagi dengan bekerja dihari Sabtu.
Insyallah hari Ahad malam nanti aku kukus apam polkadot.

Cuci mata dengan pictures kek bersama edible image. 1st time aku dapat order begini. 1st time juga aku guna design hiasan begini. Guna taburan coklat rice.
Alhamdulilah customer berpuas hati dengan hasil kerja kerastangan aku ini.
Resepi kek ini tetap sama dengan kek sebelum ini. Boleh cek pada tag cake di belah kanan blog aku ini untuk dapatkan resepi.
Adunan resepi itu adalah untuk loyang 9 inci.

Ini untuk anak-anak kesayangan.

Ada sapuan buttercream.
Amaran, rasa amatlah kecoklatan. 
Kalau di makan fresh from peti ais...aduhai sedap sungguh.

Mari lihat Choc. Moist Cake yang selamat di bakar minggu minggu lalu.
Dua biji order dari orang yang sama MISS NIZA sempena birthday anak kesayangannya.
TQSM dear.

Permintaan mahu edible image Angry Bird.

Satu lagi kek edible image Dora.

Thursday, April 12, 2012

update sikit & gigi Qeqeem.

Salam Khamis. Alhamdulilah.
Busy rasanya aku ini. Ialah blog tidak ber update banyak hari.

Hubby masak Nasi Kari Selasa malam.
Nasi yang di masak menggunakan kuah kari ayam.
("-)

Flash back.
Hari Isnin hari itu aku cuti EL. Asyik cuti sahaja kan. Halnya ialah menjaga anak-anak di rumah.
Pagi lagi Hubby sudah keluar rumah. Dia hantarkan Haziq sekali.
Yang aku pula memandangkan anak-anak tidur lagi, aku pun sambung tidur semula. Heaven.
Sebelum princess dan Qeqeem bangun lepas itu, aku mandi dulu.
Then bawa dua-dua turun bawah letak depan TV. Mesti rutin hubby dan aku ialah masak air. Maklumlah kami lebih suka masak air atas dapur gas.
Refill termos. Then siapkan susu Qeqeem again and again. Bancuhkan juga susu untuk princess sekali. Selesai.
Mandikan Haifa dulu, pakaikan baju. Then princess minum susu sambil baring sambil tengok tv.
Turn Qeqeem pula. Proses yang sama berulang.
Memandangkan semalam hari Ahadnya aku kebetulan masak mee hoon goreng satu bungkus. Ada lebih aku simpan dalam peti ais. Makanya breakfast pagi itu ialah mee hoon goreng yang di panaskan semula.
Tengaharinya pula pergi ambil Haziq balik dari tadika. Driving rilex rilex masa OTW ambil Haziq. Letak Qeqeem dalam baby seat. Haifa pula di tempat duduk belakang sorang-sorang.
1st time aku masuk dalam keadaan begini. Fuh. Jadi FTHW.
Hari Selasa sudah kembali bekerja.

Qeqeem yang begitulah kegemarannya.

Alhamdulilah semalam Qeqeem sudah tumbuh gigi pertama di bahagian bawah. Dekat umur masuk 8 bulan gitu.
Selalunya begitulah anak-anak aku. Tumbuh gigi tapi senyap-senyap sahaja. Tiada tanda apa-apa. Hatta itu selalunya aku dan hubby tidak perasan.
Sekarang ini, Qeqeem sudah boleh makan banyak makanan. Ok sahaja aku suapkan minum goreng, sebanya memang aku masak tidak pedas. Itupun sikit sahaja.
Laginya memang sedang amat lasak sangat.
Hobi terbaru ialah, diam-diam sudah berada di tangga pertama. Lepas itu menangis sebab hendak teruskan naik tidak lepas. Hendak turun, sudah stuck. So menangis sebab minta orang lain tolong.
Sama seperti princess, Qeqeem juga mempunyai suara yang nyaring dan lantang. Kalau dua-dua menangis, aduhai.......

Saturday, April 7, 2012

Kerja on Saturday.

Salam Sabtu, alhamdulilah.
Aku bekerja hari ini. Yup bermula minggu ini until 6 minggu kedepan. Setiap Sabtu aku akan berada di Lab.
Allah bagi rezeki lebih. syukur.
Aku mengajar pelajar Diploma part time.

Project Khamis 2 minggu lepas, 100 biji apam polkadot.

Sayu kejap aku malam tadi, bila Haziq tidak bagi aku pergi kerja hari ini.
Dia hendak mama dia ini ada di rumah sama-sama masa cuti ini.
Hendak buat macamanakan. Ada tanggungjawab lain perlu di selesaikan.











Thursday, April 5, 2012

Seluar Giordano.

Salam Khamis.
Alhamdulilah.
Baru mula bekerja. Aku berEL pada Isnin dan Selasa lepas.
Kemudian hari Rabu semalam aku dapat MC.
Makanya semester telah bermula. Aku kembali mengajar seperti biasa.

Setelah berkali-kali bertangguh hendak membeli seluar.
Hatta Selasa minggu lepas, aku akhirnya mendapat@membeli 2 helai seluar sekali.
Rezeki ALLAH.
Pusing-pusing satu IOI Mall dekat 4 jam. Last kesitu juga aku. Giordano.
Sehelai Khakis price RM109. Dan sehelai Jeans price RM98.

Promotion.
2 Jeans price RM149.
1 Jeans and 1 Khakis price RM159.
Aku selamat membeli promotion dua itu.

Dua helai seluar baru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails