Followers

Wednesday, August 29, 2012

Sehari sebelum Raya 2012.

Rendang Daging Kerisik.
Belum kering lagi ni.

Story sehari sebelum Raya.
Kisah biasa-biasa saje.
Memang macam ni lah tiap-tiap tahun.
Hari terakhir berpuasa.
Rutin mesti bersihkan ayam, mungkin 3 ekor kot or 4 ekor kot.
Lupa hendak tanya emak.
Senanglah sebab ayam itu semua sudah siap di potong di kedai.
Makanya tugas aku ialah bersihkan bulu-bulu yang tinggal tu.
Dan potong kecik mana bahagian yang macam terbesar itu.
Aku memang, kalau buat kerja sedia ulitnya.
Dekat berapa jam ntah aku kejap bersila, kejap lagi berlunjur.
Duduk pula tak nak tepi-tepi.
Mesti tempat orang lalu lalang di dapur, heh heh.
Last-last hubby yang tolong bersihkan sama sudah hujung-hujung itu.
Dia kecian tengok aku, punyalah lama mengadap ayam.
Sebelum itu sempat kupas bawang merah dan bawang putih sekali.
Banyak juga.

Ialah cuma aku dengan emak sahaja di dapur.
Aku tolonglah.
Yang lain itu, lelaki sahaja.
Tapi aku memang tabik dengan emak.
Dengan umur 69 tahun, masih sihat dan kuat memasak itu ini.
Alhamdulilah.

Cerita pasal rendang, picture di atas nun.
Syiok, sebab ada dua rendang sebenarnya.
Kalau perasan lah kuali di sebelah tu sekali.
Satu ialah daging lembu.
Satu lagi ialah daging kerbau.
Sodap.
Bezanya, daging kerbau ini rasanya kesat sikit.
Kalau daging lembu kan macam lembut gitu.
Daging kerbau, abah beli 2kg jea. RM 22 kalau tidak silap aku harganya sekilo.
Daging lembu pula, dalam 4 kg rasanya.

Wajib, mesti ada nasi impit.

Tengah masak.
Periuk yang sama setiap tahun.

Tolong cuci bekas.

Emak yang rajin kumpul kayu api.
Hubby tengah tolong tambah kayu untuk masak nasi impit.
Ganti-ganti jaga api nie.

Monday, August 27, 2012

Qeqeem cucuk setahun.

Baju raya Brasil.

Monday Blues sikit jea.
Alhamdulilah dengan kesihatan yang ALLAH bagi.
Kerja juga aku di pagi Isnin yang boring, semestinyakan.
Hahaha.

Story sebelum raya lepas.
Qeqeem yang comel kan genap setahun pada akhir minggu Ramadhan.
Makanya mesti kena pergi cucuk 1 tahun sekali kan.
Ikut tarikh schedule untuk ke klinik ialah pada 16 August.
Ceritanya hari itu juga aku balik ke kg.
Hendak tukar tarikh lain, erm klinik penuh lah pula.
Akhirnya Qeqeem cucuk di kg sahaja.
Pagi hari Jumaat yang mulia itu, aku, hubby and abah sekali pergi ke klinik.
Alhamdulilah, Qeqeem seorang sahaja yang cucuk pagi itu.
Yang lain cuma ibu-ibu mengandung sahaja.
Tapi punyalah lama menunggu, sebabnya nurse sudah ramai bercuti.
Tak apalah, yang penting Qeqeem dapat cucuk hari itu.
Berat terkini ialah 9.2kg.
Alhamdulilah Qeqeem tidak demam lepas itu.
Syukur.

Friday, August 24, 2012

Raya 2012.

Baju Hari Raya ke 3.

Alhamdulilah.
A'ah, aku baru start kerja hari ini.
Memang pun ambil cuti sampai semalam jea.
Fuh seminggu duduk di kg.
Makan lepas itu tidur.
Bangun makan lagi.
Syukur lah aku tidak naik badan.
Hehe.

Hari ini di office cuma ada 6 orang dari 20 lebih rasanya.
Yang datang kerja rata-rata sudah tidak tahu hendak pergi beraya di mana.
Maklumlah family tidak besar.
Yang tidak syiok nya kantin pun tutup lagi pagi tadi.
Untung Wani tengah breakfast dengan hubby dia di Kopitiam.
So aku calling-calling minta belikan makanan.
Makan nasi lemak lah pagi tadi.

Story Hari Raya tahun ini sama sahaja macam tahun lepas.
Aktiviti makan dan makan lagi.
Beraya di rumah abang abah pada raya kedua di Serting Hilir.
Memang tiap tahun mesti sempat makan tengahari di rumah Mak Teh.
Sodap.
Ada gulai ayam kg, rojak tahu.
Kenyang.
Lepas tu pergi rumah angah di Terusan Seberang.
Ada rumah terbuka.
Makan lagi. Menu Nasi Hujan Panas.
Lauk gulai daging salai campur pucuk ubi, belimbing buluh dan terung kg.
Lagi lauk ayam masak merah, sayur cap coi dan udang masak kari rasanya.
Tambahan ada mee kari.
Fuh, siap ada pasang khemas lagi. Memang family belah mentua angah ramai sungguh.
Stop sini dulu.

Angin sepoi-sepoi di kg.

Buat muka jea kalau tengah ambil gambar.

princess Haifa si rambut kerinting.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya dan Selamat pulang ke kg.

Pagi ini last day aku kerja sebelum bercuti Raya.
Aku 1/2 day hari ini.
Lebat betul hujan pagi tadi tu.
Fikir-fikir mesti syok kan kalau dapat sambung tidur.
Hahaha.

Insyallah petang ini kami akan pulang ke kg aku di Kuala Pilah.
Cadangnya hendak berbuka di kg sekali.
Aku ambil cuti hinggalah Khamis depan.
Hari Jumaat tu dah mula bekerja, insyallah.
Company bagi festive leave pada hari Rabu.
Seronok lagi hari ini dan semalam pengguna PLUS akan dapat rebet 30%.
Juga pada 22,23 dan 31 August nanti.
Tol aku perlu bayar untuk sehala perjalanan ialah RM8.20. After less dapatlah RM5.74
Alhamdulilah.

Serius rasa macam tidak sabar sangat-sangat dan sangat lagi hendak makan masakan emak untuk hari raya nanti.
Teringat-ingat betapa sedapnya makan ketupat dengan kuah lodeh.
Kemudian campur lagi dengan rendang ayam atau rendang daging.
Fuh sungguh maveles...nikmat.
Laginya makan lemang yang memang tiap-tiap tahun di bakar oleh mentua abang aku.
Lembut sahaja lemangnya, tiada kerak.
Makan pula dengan rendang daging kerisik.
Daging pula daging fresh.
Eeee sungguh tidak sabar sangat.
Kuah lodeh ini selalunya emak masak pagi-pagi raya.
Untuk mengekalkan kerangupan campuran sayuran rasanya.
Rempah ratus emak memang sudah siap tumbuk malam sebelumnya.
Ialah walaupun juadah tetap sama setiap hari raya, namun nikmat di hari kebesaran membuat rasanya tetap menjadi idaman.

Selamat Hari Raya pada kawan-kawan semua.
Mohon maaf zahir dan batin.

Wednesday, August 15, 2012

Misi baju raya anak-anak.

Budak baik umur 1 tahun.

Alhamdulilah semalam selesai misi mencari baju raya anak-anak kesayangan aku.
Mula dari Jalan TAR pada malam minggu lepas. Erm hampa.
Dapat penat sahaja.
Mana dengan jemnya.
Plus dengan parking kereta lagi.
Orang ramai.
Benci betul aku hendak pergi situ.
Ramai juga aku tengok balik dengan tangan kosong.
Yang confirm semua orang mesti ada beli kopok lekor dan juga air.
Lapar kan, bila jalan-jalan dengan orang ramai keliling. Panas..
Rata-rata orang jual makananlah yang untung banyak aku tengok.
Dasyat.

Lepas itu hubby terus ke Chow Kit.
Alhamdulilah dapat baju kurung Haifa 2 pasang.
Tup tap masa itu jam sudah masuk 1am.
Penat ampun sangat.

Hari Ahad petang pula keluar lagi carikan t-shirt untuk anak-anak bujang pula.
In the end, Haifa lagi yang dapat baju.
2 helai baju gaun cantik, hubby yang pilihkan. Aku memang failed part cantik-cantik ini.
Lagi-laginya terbeli juga 2 legging untuk Haifa.
Hampa lagi untuk Haziq dan Qeqeem.
Diaorang ok jea.
Aku and hubby yang risau.

Semalam petang, misi berjaya untuk Haziq dan Qeqeem.
Lega sangat hati.

Sebenarnya murah rezeki anak-anak aku tahun ini.
Tempias bonus orang kerajaan dari adik bongsu aku.
Ini pula balik kg nanti pun ada lagi untuk diaorang.
Abah aku sudah berkali-kali call suruh balik raya awal.
Sebabnya abah hendak belikan baju raya cucu comel 3 orang ini.
Alhamdulilah.
Syukur pada ALLAH.




Tuesday, August 14, 2012

birthday boy


Alhamdulilah hari ini genap 1 tahun Qeqeem yang comel, handsome dan sentiasa murah dengan senyuman.
Syukur pada ALLAH.

Inilah anak aku yang tidak mahu keluar dari perut masa Ramadan tahun lepas.
Yang overdue 10 hari.
Itu pun lepas masuk ubat dan dengan paksaan bersalin.
Ingat lagi, aku siap cakap pada hubby masa di labor room yang aku tidak mahu pregnant lagi.
Sebabnya aku tidak sampai hati dengan keadaan aku yang tidak boleh bersalin.
Dengan heartbeat baby terus down bila aku ada contraction.
Ialah ruang untuk baby dalam perut aku sudah terlalu sempit.
Sedih sungguh masa itu.
Aku memang sentiasa pujuk baby dalam perut supaya cepat keluar.

Until hari ini Qeqeem cuma baru boleh bertatih selangkah dua.
Hendak buat macam mana kan, saiz badan Qeqeem memang besar berbanding abang kakak dia.
So tidak mungkinlah seawal 9 bulan sudah boleh berjalan kan.

Walau bagaimana pun, Qeqeem tetap yang pandai berdikari compare kakak abang dia.
Kecik-kecik sudah pandai tidur sendiri.
Memang senanglah kalau babysit dia.

Mama doakan Muhammad Haqeem sentiasa sihat dan happy.
Jadi anak yang soleh dan mendengar kata.
amin amin amin.

Monday, August 13, 2012

Nasi Beriani Sabtu lepas.

Juadah simple hari Sabtu lepas.

Salam minggu akhir Ramadan.

Hari ini kerja macam biasa sahaja.
mood Semangat adalah kategori lemah (malas...hahaha).
Aaaaaaaa rasa hendak balik rumah sahaja.

Jom cuci mata dengan Nasi Beriani yang hubby tersayang masak.
Sabtu lepas kan aku kerja until jam 1pm.
Otw balik rumah itu aku singgah pam minyak Mobil beli dua Soya kotak besar untuk berbuka.
Senang kan.
Aku kalu minum soya kotak, mesti tambah dengan air putih separuh.
Sedap dan nyaman minum soya cair.

Sampai rumah lepas itu aduhai amat penat bagai semuanya.
Aku lepak dulu dengan anak-anak.
Masuk jam 3 petang, aku memang sudah tidak boleh tahan lagi.
Naik atas dan tidur.

Macam biasa aku mesti bangun dalam jam 5 petang.
Tapi bukan tidur nyenyak pun tidur dua jam itu.

Anak-anak yang comel lote duk rajin main.
Buka pintu almari, duduk dalam almari.
Pung pang pung pang.
Kejap kan lari sana-sini.
Kejap lagi Qeqeem sudah sampai tepi aku, maklumlah sudah pandai panjat katil.
Itu belum lagi yang menangisnya, bergaduhnya.
TV sama naik juga, kartun sahaja.
Sabar dan sabar lagi lah kan.
Cukup masa macamana pun, kena buka mata.
Dapur kena asapkan juga.
Makanya dengan longlai, pergi mandi dulu.

Sampai di dapur tengok hubby tengah sibuk.
Erm, nampaknya hubby rajin petang itu.
Aku pun biar kan sahaja hubby di dapur sorang.
Malas hendak kaco.

Serius sampai ke berbuka I dunno menu apa hari itu.
Aku cuma nampak lauk Ayam Masak Merah sepinggan atas meja.
Layan sahaja. Hendak bertanya pun tidak larat.
Aku tidak cerewet.

Dan dan lepas baca doa berbuka.
Baru aku tahu rupanya hubby masak Nasi Beriani.
Maveles.
Guna rempah segera MAGGI, seperti biasa.
berSelera aku.
Begitulah kami, itu juadah berbuka.
Itu juga juadah untuk bersahur.
Senang, semua masak mesti kena banyak.




Thursday, August 9, 2012

Baru masuk kerja.

Alhamdulilah sudah 20 Ramadan.
Cepat sungguh masa berlalu kan.

Hari ini aku baru masuk kerja.
Selasa lepas aku tidak sihat.
So pergi ambil MC.
Boleh lagi HR tak clear kan lagi payment dekat situ.
Yang jadi mangsanya ialah aku lagi.
Makanya aku kena bayar sendiri.
Nanti buat claim di office, tidak suka sungguh keadaan macam nie.
Makanya hari Rabu pula aku email boss bagitahu situation klinik.
Aku ambil cutilah untuk semalam.
Eee, keadaan payment tidak settle ini membuatkan banyak cuti tahunan aku habis.

Story lagi, semalam aku ambil keputusan untuk tidak berpuasa.
Sungguh tidak larat sangat semalam itu.

Seronoknya petang semalam, aku goreng jemput.
Ala, jemput tepung buh kentang sikit.
Dapatlah tiga kali goreng.
Aku seronok makan jemput cicah dengan sambal sardin.
Haziq pula cicah dengan sos tomato.
Haifa dan Qeqeem makan begitu sahaja.

Alhamdulilah since cuti dari Sabtu lepas, aku happy sebab dapat suapkan makan tengahari dan malam pada anak-anak tersayang.
Kalau petang-petang itu, habis sahaja masak.
Aku terus siapkan sup dan nasi.
Then suapkan diaorang. Habis sepinggan tambah lagi sepinggan.
Memang tidak menang tangan di buatnya.
Lepas sorang, sorang lagi dan sorang lagi.
Kalau Qeqeem memang sentiasa berada didepan aku. Tidak hendak bergerak.
Nak buat macam mana kan, saiz badan kan besar sicomel aku itu.
Semestinya makan pun mesti hendak banyak.

Aku hari ini.

Tuesday, August 7, 2012

Happy birthday.

Alhamdulilah.
Dengan puasa 18 Ramadan 1433.
7 August 2012.
Umur aku masuk 36 tahun hari ini.
Semoga ALLAH sentiasa murahkan rezeki aku
dan di beri kesihatan, kegembiraan.
Dan jodoh yang kekal.
amin amin amin

Friday, August 3, 2012

Ramadan ke 14..alhamdulilah

Pagi tadi sempat aku timbang berat.
Erm, turun lagi.
Hari itu turun 5 kg.
Kalau tidak silap memandang, aku turun lagi dalam 2 kg.
Ialah kalau makannya cuma lauk ikan bilis.
Lagilah dengan nasi yang sesenduk dua gitu.
Manalah hendak ada penambahan berat kan.
Kerja aku balik-balik ialah minum air then makan buah...sedap dan nyaman.

Pagi tadi lagi aku sahur makan Nasi Arab Kambing.
Ada satu bungkus sahaja nasi ini beli semalam.
Memandangkan ada makanan lain semasa berbuka, makanya nasi ini simpan dalam peti aislah.
Masa sahur itu aku panaskan sikit sahaja nasi dan sedikit daging kambing. Boleh sahaja aku makan nasi arab dengan lauk ikan bilis.
Minum sekali dengan segelas air teh o panas.
Alhamdulilah sedap sangat.
Last sekali mesti makan kurma sebiji.
Aku dengar di radio, manis kurma dalam mulut hendaklah di biarkan sahaja.
Tidak perlu bilas mulut itu.
Sebab kurma pun ada kebaikan pada gigi dan gusi.

Semalam juga aku cadang pada hubby belikan KFC untuk Haziq dan Haifa.
Kecian diaorang asyik makan nasi sahaja.
Happy sunggun bila dengar KFC.
Alhamdulilah kami drive thru sahaja.
Dengan order perisa ORI sahaja.
Sebabnya kalau hendak SPICY, kena tunggu lagi.
Dan juga kalau beli di kaunter, fuh panjang sepanjangnya beratur.

Wednesday, August 1, 2012

Ramadan ke 11.

Salam Ramadan.
Alhamdulilah sudah masuk hari ke 11 kita semua berpuasa.
Alhamdulilah juga buat aku sebab ALLAH bagi kekuatan untuk terus berpuasa.

Hari itu balik dari kg, banyak lauk emak bekalkan. Sodap.
Ahad itu kami gerak dalam jam 10 malam dan sampai KL jam 12.30 tengah malam.
Tidak perlu storylah kan, dari Kuala Pilah until habis Bukit Putus layan lori yang berderet-deret.
Masuk highway di Senawang pula,kereta penuh serata jalan.
Padahal masa itu rasanya sudah cecah jam 11 malam.
Fuh.

Balik story lauk pauk dari kg.
Emak memang gigih memasak dari tengahari Ahad itu.
Aku tidak dapat menolong sebab tidak sihat.
Kuat sungguh tenaga emak yang sudah masuk umur 67 tahun. Alhamdulilah.
Belum lagi yang abah bawa Haziq dan Haifa di taman permainan dan kemudian ke Pasar ramadan dari jam 3 pm untuk 5 pm.
Abah sudah masuk umur 73 tahun.
Alhamdulilah emak dan abah sihat.

Lauk bekalan emak ialah Kari Daging, Kari Ikan dan Rendang cili padi Ayam Kg.
Fuh.
Memang bagi yang suka ayam kg, semestinya tidak boleh elak untuk makan lauk ini.
Sedapnya lain macam.
Setakat hari ini yang tinggal dalam peti ais di rumah aku ialah lauk rendang itu sahaja.
Yang kari mari sudah selamat di makan oleh hubby seorang.
Semalam hubby masakkan Sambal ikan bilis dan Goreng kacang buncis.
Makanya itu sahaja lauk berbuka dan bersahur kami.
Simple amat.
Air pula aku cuma beli air kotak Soya Jagung.
Plus lagi buah tembikai.

Memang azalinya aku dan hubby tidak berminat sangat ke Pasar ramadan.
Sebab itulah kami makan sahaja apa yang ada.
Seada adanya.
Kalau okies, otw balik rumah aku singgah di pasar ramadan dekat dengan office.
Beli kuih sikit plus air sedap. itupun kalau rajin lah.

Nampak sesangat sekarang ini aku dan hubby letih sangat.
Ialah menguruskan kerenah anak-anak.
Ditambah dengan penat mengurus tugasan harian lagi.
Mana Haifa pula yang sikit-sikit mesti hendak meraung sahaja kalau berebut barang dengan Haziq.
Qeqeem pula, tengah berselera makan. Alhamdulilah.
Tapinya jangan lambatlah kalau membancuh susu, alamat menangis lagi kuatlah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails