Followers

Wednesday, September 5, 2012

Qeqeem sudah mula berjalan.

Alhamdulilah.
Sudah masuk hari Rabu.
Genap seminggu bergembira dan bz sekali.
'Gembira' dengan kerja di office dan family di rumah.

Muka gelap dan berlengas sebab main dan main sahaja kerjanya.

Hari Jumaat lepas sempat balik kg sempena cuti Merdeka.
Itupun sudah lewat petang baru balik.
Sebab paginya Haziq ada sambutan Merdeka di tadika.
Sebenarnya abah yang suruh kami balik kg. So menurut perintah sahajalah.

Muka kesayangan aku yang seronok bangat sebab boleh main tanah.

Aku asyik terlepas sahaja hendak update progress Qeqeem.
Story pasal keletah dengan kakinya yang sudah laju berjalan.
Gigih nampaknya berlatih sekarang ini.
Masuk umur setahun seminggu hari itu, barulah Qeqeem mahu angkat kaki bertatih berjalan.
Sebelum itu sudah puas kami pujuk Qeqeem. Erm buat tak tahu jea.
Punyalah abang kakak excited duk cakap 'ta tih ta tih'.
Bagi sokongan padu tidak berbelah bagi lagi.
Adiknya gitu jea.

Menjelang hendak masuk setahun sebulan inilah baru jauh lagi langkahnya.
Alhamdulilah.
Walaupun Qeqeem lewat tunjuk skill berbanding abang dan kakaknya yang berjalan seawal umur 9 bulan.
Anyway aku tetap bersyukur sebab memanglah berbanding saiz badan, memang Qeqeem lebih besar dari diaorang.
Conpemlah mesti letih hendak imbangkan badan kan.

4 comments:

Eliss said...

cepat jer masa berlalu yer. dah boleh jalan. lepas ni asyik mengejar dia jer la kan :)

Ms Haslina said...

eliss - sesungguhnya benar belaka kata-kata mu itu.

aliaaroslan said...

confirm seronok diorang dapat main lari2 kat kampung

Ms Haslina said...

betul tu alia. klu boleh malam pun hendak main kat luar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails