Followers

Monday, April 1, 2013

Lauk dalam my pantang.

Lunch masa tunggu discharge di Hospital Serdang. 
Saya cuma makan nasi with sup and sayur. Takut hendak makan ikan, sebab nampak macam pedas. Terung pula kata HC, jangan makan. Saya ikut cakap suami.ok.
 Paling tidak boleh blah ialah buah tembikai. Weh bukan ke buah berair macam itu tidak boleh di makan kalau lepas bersalin.

Makanan dalam masa berpantang. 
(From my point of view and what I've been eating)

Kalau story pasal makanan. Banyak sangat teori dan pratikal berlainan tentangnya. Lain negeri mesti lain cara berpantangnya. Keturunan, bangsa pun berbeza caranya.
Kisah dari emak saya pula ada versionnya sendiri. Emak semestinya turun petua yang mana terbaik dan sesuai dari arwah nenek dan juga arwah uwan.
Arwah nenek orang Boyan Singapura plus emak pun memang orang sana juga. Apa yang saya tahu, setiap kali saya berpantang, emak mesti cakap dengan saya the same tale which arwah nenek mesti masakkan emak sup makanan laut yang ada seekor ketam, udang, sotong dan mana-mana makanan laut yang ada. Itu memang antara makanan pertama yang emak makan. Reason nya ialah untuk mengelakkan emak terkena bisa makanan laut kalau termakan udang ketam bagai ketika dalam proses berpantang. Cuma supnya sahaja yang emak hirup.
Kalau part arwah uwan berasal ada Ceylon@Sri Lanka dan berhijrah ke Negeri Sembilan, erm saya tidak tahu pula. Rasa macam emak tidak pernah cerita pula. And saya pun memang tidak pernah bertanya. Lagipun saya masih kecil kalau time setiap kali emak berpantang dulu-dulu.

Emak story lagi yang since bersalinkan my youngest brother. Iaitu anak no 6, emak memang tidak boleh makan lada hitam lagi after that. Puncanya orang yang menjaga emak masa itu. Narrow down orang yang masakkan emak makanan masa berpantang itu telah mencampurkan lada hitam yang terlalu banyak dalam setiap hidangan. Masa itu sampai naik ruam merah-merah badan emak. Memang cannot imagine kan, kasihan emak. Sedang sekarang ini, kalau panas sikit, sure duduk dekat dengan kipas. Paling parah sekali sentiasa 24 hours with aircond. Op apakah erti berpantang kah itu.
Akibatnya sekarang ini kalau emak makan masakan yang ada lada hitam walaupun mee goreng bubuh lada hitam, nanti emak akan sakit perut dan panas badan plus pening sekali rasanya.

Antara rencah perlu ada dalam setiap masakan dan dapat memanaskan badan dalam berpantang semestinya halia, bawang putih dan lada hitam. Kan orang berpantang mesti badan selalu panas sahaja. Minum pun kena air panas. Nasi pun panas. All out semua kena panas. Yup I'm still continue sweating until now. Sudahlah dalam pregnancy pung asyik meleleh peluh. Berapa kalori sudah terbakar?. Agaknya ada ke.
Tapi saya tolak habis lada hitam sekarang ini. Entah malas hendak melayan kepanasan melampau. In the end kepala juga yang sakit sebab panas sangat, migrain.
Masa emak belum datang sini hari itu. Emak datang rumah saya hari Sabtu lepas iaitu hari ke 12 saya berpantang. Kiranya sebelum itu memang HC yang hari-hari masakkan saya mesti ada hirisan-hirisan bawang putih dan halia. Saya baru perasaan rasa bawang putih goreng rasa ala-ala macam hirisan jering goreng pula.

Yup memang saya makan jering pung masa zaman sekolah dolu. Belakang rumah di kg ada pokok jering. Bukan sebatang pung, dalam beberapa batang rasanya. So bila masa berbuah itu, macam sayang pula biarkan sahaja monyet, beruk atau tupai sahaja yang makan. Maklumlah duduk kg, apa sahaja binatang yang tiada kan. Makanya saya dan Eboy rajin mengopek kulit jering. Kemudian hiris nipis-nipis isinya. Nanti emak akan goreng bersama ikan bilis. Last result akan di jadikan sambal. Fuh, serius sangat sangat sedap. Makan mesti dengan nasi panas. Heaven. Itu sahaja yang kami duk ulang buat hari-hari sampai muak. Masa zaman sekolah itu sahajalah semua itu saya rasa. Lepas itu seingat saya memang langsung tidak pernah buat gitu lagi. How I miss those days.

Ramadhan - August 2012. 
Since saya berpantangkan Qeqeem (anak nombor 3), saya memang OUT sikit part makan ini. Antara yang pernah saya makan dalam masa berpantang ialah pizza yang penuh dengan taburan cheese. Elok sahaja esoknya, satu hari perut saya sakit. Angin dan angin lagi. Macam mahu menagis di buatnya.Terus sapu minyak pada perut dan makan ubat gastrik sekali. Taubat tidak mahu makan cheese lagi kalau dalam pantang.
Experience juga pada hari kedua berpantang Qeqeem, saya makan nasi berlaukkan rendang ayam kg. Imagine, rendang cili api (tapi tidak pedas sangat pung, memang emak bagi permission untuk makan) dengan kunyit bagai. Alhamdulilah saya ok sahaja masa itu.
Saya juga mencuba makan telor buat pertama kalinya. Sebabnya saya kasihankan pada HC. Dengan bulan puasa masa itu. HC siap demam sebab jaga kami 4 beranak. Pada pemikiran saya, sekurangnya telor adalah yang paling mudah di masak kan.
Lagipun semasa di hospital, nurse beritahu boleh makan telor masa dalam pantang. Reason kukuhnya ialah untuk sumber protein. So saya ambil kata-kata itu.

Alhamdulilah semua baik-baik pada saya. 1st time juga masa itu saya makan buah epal dan limau sunkist. Advantage limau ialah vitamin C, luka bersalin secara vacuum saya masa itu tersangat cepat sembuh. Sebab setiap hari saya makan 2 biji limau. Plus minum Polleney ikan haruan di minum sebotol sehari. Susah hendak percaya kan, tapi less than 2 weeks masa itu I feel so great di bahagian luka bersalin. Takat duduk di kerusi kayu pun rasa secure sahaja.

Kata orang tua-tua, baik mencuba sesuatu makan itu supaya perut dan badan jadi serasi semasa dalam pantang. Tapi kalau tidak pernah mencuba dan memang jenis yang strict dieting on confinement, baik teruskan macam biasa.
Namun, saya tetap terbabas part makan-makan masa itu. Maklumlah nafsu makan kadang-kadang sukar di kawal, hehehe.
Dan I'm so regret sangat-sangat. Saya alami sembelit teruk sampai berdarah sikit. Puncanya masa 1st Hari Raya itu, emak bagi permission pada saya untuk makan semua makanan. Tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja tau.
Makanya saya pun happylah, makan dan makan lagi. Suka-suka tekak dan perut sahaja. Akhirnya jadi sembelit. Lepas itu barulah tersedar dari lamunan ketupat rendang.

Now on, masa berpantang anak ke empat ini, Hafiy. Saya perasaan yang emak langsung tidak memasakkan untuk saya lauk berpantang masa bersalin kan Haziq anak pertama dulu. Memang berbeza. Semuanya macam ketat gitu. Namun saya kena pandai-pandai sendirilah nampaknya.
Emak ada gorengkan tauhu dan ikan. Emak juga tetap masak sup sayur yang saya boleh makan setiap hari. Semalam emak gorengkan peria pahit yang di goreng bersama bawang dan ikan bilis.. Fuh memang sedap. Kari ikan pun ada juga kadang-kadang yang emak masakkan untuk HC. Pun ikannya saya boleh makan. Dalam peti ais pula ada rendang itik. Emak masakkan juga tapi tidak pedas, supaya saya boleh makan nanti.
Saya cuma ambil kuah kari ikan dalam sesudu dua sahaja untuk di letak pada nasi. Lainnya saya ambil sayur banyak-banyak dan tauhu goreng plus ikan goreng.

I know my mom, mesti masak lauk pauk yang semestinya saya boleh makan walaupun ia bukan lauk 'sebenar' orang dalam pantang. Lagipun bukan saya sahaja hendak di layan dalam rumah ini. Saya baik sahaja walaupun begitu.

13 comments:

Ina Hashim said...

Lin,

istilah berpantang ni adat kita org Melayu je...klu tanya gynae/doc, memang dia x kasi berpantang2 nih...makan semua makanan berkhasiat....cam gynae akak wktu bersalin firas aritu, bila akak tanya macam mana berpantang czer nanti...dia senyum je...jgn berpantang sangat....yg penting, makan makanan berkhasiat, baru luka cepat sembuh....dia cakap dia xde berpantang2 bagai....dan badan dia mmg cantik walau umo dah 50an...dan still nmpk mudaaaaaaa

tapi as Lin cakap memula tu lah...semua ada pegangan masing2...tepuk dada tanya selera kan.....

Ms Haslina said...

Kak Ina - mmg betul tu kak. tanya diri kita sendiri mana yg terbaek. setiap orang itu berbeza.

wah umur 50 masih maintain. mesti ada rahsia tu kan kak.

semoga ALLAH memberi kesihatan yang baek pada kita semua. amin.

maidatul said...

Kalau di hospital memang gitu...xde pantang2 nyer...mula2 dulu memang Akma x makan tapi anak ke3 semua Akma makan hehehe tp berpada-pada...

Bila anak da ramai memang xkuat sgt nak berpantang makan semua. Cuma part air memang jaga. Air panas slaluh...

Apa yg penting kita tahu keserasian kita masa bpantang kan...

Selamat berpantang & bercuti panjang...
;)

Ms Haslina said...

a'ah betul tu akma. di hospital tembikai pun di bagi makan. ish ish.
bila anak da ramai, tangan pun dah x cukup. masak seadanya je. namun asas bpantang tetap di jaga gitu kan.

mmg part air tu, NO AIR SEJUK!!! kan.

betul sesangat, keserasian itulah yg penting.

Cik Matahariku said...

tahniah! dah selamat deliver baby...saya pulak tgh tguu hari nak deliver bby, seronok baca maknn sdri time berpantang...anyway,salam perkenalan...:)-

Ms Haslina said...

terima kasih dear.
salam perkenalan kembali pada cik matahari.

Anonymous said...

saya rasa faktor pemakanan ada kaitan dgn proses kesembuhan jd cpt atau lmbt.. saya kategori lmbt..sbb pntng btol2 jgk la...rasa nk try n error tp x kuat nk hadapi kalu ade kesan...setakat lmbt baik ok lg...tunggu die sembuh gradually tp jenuh....

Blossommommy said...

Terima kasih atas menu berpantang, saya juga ada syer menu berpantang untuk caeserian dalam blog saya.

afzan ismail said...

Berpantang itu ada batasnya kot, tak strict mcm org dulu2 ;) yg angin2, sejuk2, gatal2 tu kita elak, inshaAllah

Anonymous said...

Best kan bila berpantang tak strict...saya hari ke 3 dah makan ayam... jamu semua makan ikot time jamu serbuk...

Ms Haslina said...

ms anony - saya setuju. makanan membentuk dari segi dalaman kita. inshaALLAH klu tambah2 dengan vitamin yang dapat membantu sembuh seperti biasa.

blossom - sama dear. bagus berkongsi, khasiat dapat di nikmati oleh orang lain, hasil dr pengalaman sendiri.

afzan - mmg betul. yg baik, ikut nasihat emak. inshaALLAH.

ms anony - hikhik, sebenarnya mmg atas diri masing2 pasal nak makan apa.tp asas berpantang tetap perlu di ikut...wajib.

Anonymous said...

Saya hari ke 27 berpantang ... nak tnye ok kan..kalau dah amel telur memandangkan saya tiada jahitan...

Ms Haslina said...

Puan Anony - tahniah atas kelahiran baby comel. Part telor ini sebenarnya kita kena cuba jaya dulu. Cuba makan sikit sahaja. Then tgk ada apa2 effect tak pada diri sendiri. Kalau semua ok, boleh teruskan. Kalau ada gatal2 mana2, baik elakkan makan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails