Followers

Tuesday, April 23, 2013

Pantang hari ke 41.


Saya dan baby Hafiy yang banyak tidur sahaja dalam kereta.

Pagi semalam saya cooking mee hoo goreng untuk breakfast. Lepas makan mee hoon, terus masak untuk lunch. Alahai masak simple sahaja. Goreng tempe sekeping yang di potong kecik. Panaskan lauk ikan yang emak bawakan dari kg. Lepas itu goreng sayur sawi putih. Done.

Belah petang pula, saya dan semua di rumah, Haziq,Haifa dan Hafiy sama-sama temankan HC ke Bangi. Saya seperti biasa hanya duduk dalam kereta sahaja. Memang biasa time berpantang, mesti HC tetap mengajak saya kemana-mana kalau urusan tidak jauh perjalanannya. Tapinya cuma peneman perjalanan sahaja. Duduk dalam kereta.
Teringat pula zaman masa baru ada Haziq. Masa itu sepanjang berpantang saya duduk di kg. Bayangkan dekat 40 hari. Dengan masa itu kereta letak dikg juga. HC pula ulang alik ke kg hanya naik bas express.
Setiap kali HC balik kg itu, mesti petang-petang di bawa saya sahaja berpusing-pusing naik kereta di pekan atau jauh sikit masa dalam berpantang. HC tahu saya bosan dan penat di rumah kg. HC pun bosan juga, saya tahu sebab HC duduk di KL sorang-sorang.

Antara urusan ialah ke TNB. Mula-mula HC masuk ke kaunter di dalam bangunan untuk membayar bil. Tidak lama lepas itu HC sudah keluar. Saya budget  urusan sudah selesai. Rupanya tidak. Ramai sungguh orang katanya.  Makanya cadangan awal saya sebelum itu telah dipersetujui. Mari membayar di kaunter pandu lalu. Proses adalah lebih cepat di situ. Lagipun car park di TNB Bangi ini selalunya mesti full. Susah hendak dapat parking kosong. So alternative terbaik ialah bayar dari dalam kereta.


Masukkan duit dan bill dalam bekas drive thru TNB Bangi.
Senyum sahaja pekerja ini.

Waktu operasi dan jenis bill.

2 comments:

Ina Hashim said...

wah cepatnya masa ye...dah habis pantang pun....:D

Ms Haslina said...

hehe. belum habis lagi kak. hari khamis baru habis. 44 hari gitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails