Followers

Thursday, November 14, 2013

Gear kereta.

Assalamualaikum.

Pagi Isnin lepas saya lewat ke office. Dalam jam 10 paginya pula, saya ke Pos Laju. Yang berdekatan kawan kilang. Di kiri dan kanannya ialah pusat servis Proton dan Toyota.

Tempat kejadian.


Poslaju Bandar Baru Bangi

No. 24 &26, Jalan P10/16
Taman Industri Selaman
43650 Bandar Baru Bangi
03-892 55208 / 5226
03-892 55215


Masa driving pergi sana memang seronok dapat mendengar kongsian Ustaz di IKIM FM mengenai kaitan 10 Muharam dengan kisah Nabi-Nabi kita.
Oleh kerana teruja sangat, walaupun sudah matikan enjin kereta semasa parking di depan Pos Laju, radio still on lagi.
Cuaca sudahlah panas waktu itu. Kejap sahaja sambung dengar radio, terus tarik kunci kereta dan menuju ke Pos Laju.
Bila selesai urusan, saya masuk kereta dan cuba hidupkan enjin kereta. Tetiba macam sudah lock, cuma boleh hidupkan lampu di skrin sahaja. Tapi hendak enjin tidak boleh start. Cuba buat lagi, dan tidak boleh. Memang mula sudah sedih, terbayang macam-macam. Ya Allah kenapalah kereta ini. Moga tidak lah yang teruk-teruk berlaku.


Mula-mula call HC. Beritahu situation. Kemudian, cuba whatsapp dengan lecturer yang ajar automotive, Engku Amirul. In the end dia suruh, tanya-tanya pada technician Proton berdekatan.
Kebetulan ada dua orang technician Proton di bengkel belakang. Saya cuma bertanya pada mereka melalui pagar Pos Laju sahaja.
Kalau bateri problem, adalah tidak mungkin. Sebab bateri baru tukar around April 2013. Seorang technician di situ suruh saya cuba main kan gear dulu. Tolak pelan-pelan dari depan ke belakang. Tapi me insist minta technician itu pergi ke kereta saya.
Ok, rupanya saya tidak masukkan habis gear P. Sebab itu jadi macam lock, enjin tidak boleh di hidupkan. Technician itu tolak sikit sahaja gear ke P. Then terus hidup enjin. Memang tidak sempat ucap terima kasih sebab technician itu laju sahaja keluar dari kereta menuju ke bengkel semula. Allah sahaja yang dapat budi mereka.
Lepas itu terus call HC. Rupanya HC pun memang hendak call saya lepas search di internet, mungkin problem ialah gear tidak di letak pada P.
HC story, dulu dia pun pernah mengalami situation itu dengan kereta Wira saya di kg. Adik yang drive malam sebelumnya. Masa parking adik letak gear pada N. Berpeluh HC hendak start kereta paginya.
Sama macam saya yang memang berpeluh juga di tengahari itu.

Moral of the story, kalau teruja sangat mendengar radio pung, masa parking itu silalah buat betul-betul. Agar perkara yang tidak di ingini berlaku.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails