Followers

Tuesday, November 26, 2013

Teething and cuti rehat

Assalamualaikum.

Hari ini saya ambil EL. Sebab rasanya saya amat perlu untuk berehat. Tersangatlah penat. Semalam pun memang lemah sahaja di office. Muka sleepy sahaja the whole day. Mula-mula fikir lepas habis kelas jam 2 petang, memang hendak terus balik. Tapi, fikir-fikir, saya perlu gagahlan diri juga. Lihat semua officemate lain pun muka memang nampak penat.

Ialah, kami bukan robot pun yang boleh bekerja tanpa cuti kan. Sampai dari PD pun hari Ahadnya dekat jam 3 pm di rumah. Langsung tidak berehat pun, terus continue siapkan assignment master. Direct until 12 malam. Anak-anak pula sampai dari kg pada jam 9pm. Malam itu saya tidak dinner pun. Cukup sekadar minum vico secawan, then terus tidur. Sakit sangat badan rasanya.

Oleh itu saya ambil EL hari ini. Cadangan hendak buat kerja dari rumah. Namun cadangan tinggal cadangan sahaja. Lepas brunch nasi ayam Petron, terus mata macam layu sahaja. Dan saya terus tidur dan tidur lagi sampai ke petang. Bila bangun, barulah rasa sedap sikit. Kalau di fikirkan lagi memang tidak berehat-rehat langsung dari minggu lepasnya. Kan hari Sabtunya saya berkerja, hari Ahad pula ada kelas di master. Dan masuk hari Isninnya bekerja dan bekerja until hari Ahad baru-baru ini di PD.
Minggu ini pula sambung lagi bekerja macam biasa until hari Sabtu dan hari Ahad pula ada kelas master.
Ini adalah kehidupan yang saya pilih dengan restu dari HC sayang. Semoga ALLAH sentiasa bersama saya di perjalanan saya untuk menambah ilmu dan mencari rezeki untuk kami sekeluarga. amin amin amin.

Story mengenai baby Hafiy ialah semestinya gigi yang tidak tumbuh-tumbuh lagi. Langsung tidak ada tanda pun di gusinya. Alhamdulilah demam selama dekat 2 minggu lebih rasanya sudah tiada. Saya search di Baby center mengenai milestones baby umur 8 bulan.


Serius, walau anak sudah empat orang, saya memang tidak ingat pasal itu. Blog cinta merah adalah references saya. Kemudian barulah ingat semula. Kalau tengok info di BC, baby akan tumbuh gigi pada umur seawal 4 bulan hingga 7 bulan. Tapi Hafiy sudah masuk umur 8 bulan ++. Saya baca lagi, rupanya paling lewat baby akan tumbuh gigi ialah pada umur 1 tahun. Fuh, barulah saya rasa lega. Risau memang semestinya lah. Setiap anak itu adalah berbeza, kan.


Ini pula ada tanda-tanda the process of teething. Kalau hendak ikutkan anak-anak yang lain, memang minor symptoms. Sedar-sedar gigi sudah tumbuh. Deman pun tidak seperti baby Hafiy.

Drooling - memang sentiasa pun meleleh air liur, lebih dari keadaan biasa.
Gum swelling - erm, tiada tanda bengkak pun ada gusi.
Irrability of fussiness - yup ,ada. tapi bukan ke memang baby begitu kan.
Biting behavior - ada tapi tidak keterlaluan.
Refusing food - oh tidak, Hafiy sentiasa berselera, alhamdulilah.
Sleep problems - memang Hafiy akan bangun 2 ke 3 kali waktu tidur malam. tapinya ia adalah kerana lapar susu. so sebenarnya tiadalah masalah tidur pun.

Tidak mengapalah sayang mama, lambat tumbuh gigi, lambat gigi tanggal nanti.

5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Aduuuh penatnya awaaak... apapun, moga lama2 nanti akan lebih stabil jadual hariannya ye :-)
Tcare..

Ina Hashim said...

siannya Lin...keje hari Sabtu x dpt ke cuti gantian Lin?

Ms Haslina said...

eina - a'ah mmg penat.

kak ina - hari Sabtu tu, saya mengajar student part time. so cuma dapat claim sahaja.

Unknown said...

takpe...lambat tumbuh lambat tanggal orang kata..hihi..

Ms Haslina said...

koari - yup, saya pegang kata orang tua-tua gitu kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails