Followers

Friday, April 4, 2014

Catuan air bermula pertama kalinya.


Assalamualaikum.

Akhirnya rumah saya termasuk dalam list catuan air. Just wondering kritikal sangatkah paras air di empangan sekarang ini?.

Since email dari SPAN di war war kan, kaklanglah orang pertama yang terus menerus forward email itu pada saya. Yup, my sister ini di samping menjaga keluarga dia, family saya pun masuk dalam list yang perlu di beri perhatian dan peringatan.
Luv you always my only sister.

Makanya baru semalam HC cuci box tempat mainan dan box baju baby Haify menjadi 'korban' untuk takungan air. Itu pun adalah idea dari kaklang.
Ada 3 bekas semuanya. Saya pula isi air pada mana-mana botol mineral yang saiz besar yang sedia ada dalam stor. Akhirnya petang semalam berjaya juga saya pujuk HC beli bekas air. Hehe, alahai bekas hitam bertutup, kata Haziq " ini sama macam bekas tong sampah jea".
Memang pun. Ok lah harga cuma RM10. Bekas itu letak di bilik air atas.

Haifa tengah pujuk Hafiy supaya berdiri elok-elok sebab hendak ambil gambar.
Kasihan kakak, masih belum sihat sepenuhnya. 
Muntah sudah elok, cuma perut masih beringin lagi.
Kurus sungguh anak mama.

Rumah saya termasuk dalam Zon 4 - Peringkat 4.

Nampaknya rumah saya selisih satu hari dengan jadual catuan air di  rumah kakak di Bandar Kinrara. Op, lupa pula hendak beli pinggan dan gelas kertas. Idea datang masa makan di rumah kaklang, memang guna pinggan kertas, senang kan terus bunag sahaja.

Untuk pusingan pertama ini kalau mengikut jadual catuan, rumah saya akan tiada air bermula 9 pagi hari ini dan mendapat bekalan semula pada 4 petang pada hari Ahad.
Ya Allah semoga di permudahkan urusan kami ini, amin ya rabbal alamin.

Mohon doakan juga, semoga di permudahkan kenduri berdekatan rumah saya pada esok hari. Moga kenduri kawin jiran saya berjalan dengan baik walaupun dengan catuan air ini. amin ya rabbal alamin.


1 comment:

Ms Haslina said...

TQ visit blog saya. In sha ALLAH will follow back.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails