Followers

Friday, April 11, 2014

Minum air yang sama.




Assalamualaikum.

Seronok habis sebab sudah hari Jumaat. Agenda tersirat ialah, esok tidak perlu datang kerja. Best kan. Makanya bolehlah bergembira berlebih-lebihan bersama anak-anak dan suami.

Kisah hari ini biasa-biasa sahaja.
Story pasal saya. Kisah mug dan air kopi.
Selalunya kalau saya bancuh air panas di office, mesti saya guna mug besar. Air kegemaran ever ialah kopi O. Cap Hang Tuah, plastic color hijau.
Lupa pula sebab kenapa saya tidak pilih plastic color biru atau kuning.

Kata officemate saya, dia tidak pernah jumpa kawan-kawan yang boleh minum air panas yang sama di simpan dari pagi sampailah ke petang. Kecuali saya orangnya.
Huhu.
Memang sudah menjadi habit saya. Sebab air kopi tu panas. Saya minum sikit. Buat air panas, tapi tidak berani minum air ketika panas.
Then tutup cawan itu. Sambung kerja semula. Saya sambung minum lagi lepas itu.
Kelakar lagi, kalau saya balik kelas rupa memang tersabar-sabar. Nampak sahaja meja, terus capai cawan dan minum air kopi. Sebab air duduk dalam aircord, air kopi saya sudah jadi kopi sejuk ala ala dalam peti ais. Kadang-kadang, saya pergi tambah lagi air panas sikit supaya kopi tidak sejuk sangat. Sebab saya bukan fan minum air sejuk.
Memang kopi akan tawar sebab duk tambah air sahaja kan. Tapinya I'm ok. Tawar sudah sinonim dengan saya.
Sampai satu tahap anak-anak tidak suka saya bancuhkan air buat mereka. Sebab kalau saya buat, mesti semua komplain, sebab kurang manis.
Sekali itu, saya bancuh air oren satu jug. Habis semua complain, sebab rasa macam minum air putih sejuk sahaja. Harapkan color air sahaja oren. HC, ambil jug dan dia pergi tambah oren lagi.
Huhu.

Kalau pergi lunch tengahari panas terik dekat office ini pung, saya tetap order air suam. Kadang-kadang sampai satu masa saya tidak order air langsung, sebab saya jenis orang yang tidak boleh habiskan secawan / segelas air dalam masa pendek disamping dengan baru perut full dengan makanan.

Kisah habit saya ini yang simpan air pagi sampai ke petang. Sebenarnya arwah nenek saya pun begitu, peminum tegar air kopi. Arwah pun begitu, simpan air, then bila nak minum semula tambah air panas sikit.
Di mana kalau tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails