Followers

Friday, June 27, 2014

balik kg menyambut 1st ramadan.


Assalamualaikum,
Selamat berhari Jumaat. In sha Allah hari Ahad nanti kita semua akan menyambut 1st ramadhan dan mula berpuasa.
Semoga puasa kita semua tahun ini di terima ALLAH dan lebih baik dari tahun sebelumnya, ameen.

Malam ini atau esok, kami sekeluarga akan balik ke kg. Di samping menyambut permulaan ramadhan bersama emak dan abah, tujuan kami balik ialah untuk mengambil Haqeem semula.
Atas permintaan emak dan abah, Haqeem memang sudah seminggu tinggal di kg. Walaupun deep inside us, hanya ALLAH yang tahu.
Feeling berpisah dengan anak bukan satu perkara yang menggembirakan.
Saya berdoa supaya Haqeem tenang dan happy selama berada di kg.

Haqeem memang manja orangnya. Maklumlah lahir bulan August macam saya, yang manja juga orangnya. Tapi manja pada family sahaja. wokey.
Sepanjang di kg, kata emak Haqeem ok sahaja. Ada Acik, adik saya yang kadang-kadang bawa Haqeem jalan-jalan naik motor sana sini.
Ada juga, Haqeem ikut emak dan abah pergi Pasar Tani.
The rest, aktiviti Haqeem ialah, follow emak solat, menonton bola dengan penuh minat dan main basikal.

Ok, mahu menyambung kerja semula.

Wasalam
Feeling tired & sleepy
miss Haslina



3 comments:

Unknown said...

selamat berpuasa..

Ms Haslina said...

tq kaori,

selamat berpuasa juga pada kaori sekeluarga. semoga ibadah tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.

eynda said...

Selamat menjalani ibadah puasa :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails