Followers

Thursday, July 17, 2014

Assignment sudah submit, lega sangat.


Assalamualaikum.

Apa khabar kawan-kawan semua?. Semoga happy dengan urusan harian dan selamat berpuasa.

Alhamdulilah, assignment saya sudah selamat di upload / email pada lecturers. Yang part hardcopy pula, Contract hantar sendiri pada office lecturer di Wangsa Maju dan Safety pula di pos ke Unimap. 

Alhamdulilah syukur pada ALLAH. Terima kasih tidak terhingga pada HC dan anak-anak juga. Walaupun anak-anak comel tetap sama-sama 'bantu' mama siapkan assignment. Mama redha.

Azalinya saya memang tidak mampu untuk berfikir semua perkara dalam satu masa. Saya mengajar dua subjects baru semester ini. Benda baru maksudnya perlu ada masa lebih untuk study semula. Di tambah lagi dengan diriku yang memang jenis lembik, aduhai. Sudah-sudah minggu-minggu lalu, dua-dua betis sakit sangat sebab lama berdiri dalam kelas masa lecture. Semalam pula siap tidur nyenyak habis in between kelas break 3pm to 4 pm.

Makanya harian di office sangatlah padat. Mana hendak selit waktu fikir pasal assignment.
Tapinya salah sendiri juga lah kan. Siapa suruh buat last minutes, diri sendiri juga yang weng weng. Huhu.

Sebab itu saya selalu tanam dalam diri sendiri. Apa tujuan saya sambung study?. Kenapa perlu saya ambil extra subjects di office?.
Semuanya ada sebabnya, kerana itu kenapa saya perlu stress. Saya tidak anggap semua itu sebagai bebanan pada hidup saya. Itu tanggungjawab saya.
Allah sentiasa berada dengan orang-orang yang tabah dengan ujian atas urusan di dunia ini.


Saya tidak suka stress. Semua perkara hendak buat satu masa. Sebab itu saya suka buat kerja yang mana penting dahulu. 
But bottom of the line, saya macam terfikir yang saya ini jenis orang yang suka buat kerja last minutes. Walaupun kerja sudah di beri tahu awal-awal lagi. Adushh. Memang perlu ubah perangai negative begitu.

Seminar akhir untuk semester May 2014 ini ialah pada 20 July - Ahad. 
Examination untuk semester 3 ini ialah pada 16 dan 17 August 2014.
Maknanya lepas itu semester ini akan berakhir. 3 more semester to go. Seronok bangat bila fikir-fikir ke depan, pada waktu yang sama pada tahun 2015, in sha ALLAH akan menjadi semester akhir saya study di OUM. 
Ada planning ke hendak terus sambung Phd lepas itu.....huhuhu.

Wasalam.






3 comments:

Unknown said...

Sy cukup kagum ngan ibu2 yg sambung blaja ni...tahniah kak!!

Ms Haslina said...

aduhai,tq dear.
satu hari nanti kaori pun di permudahkan ALLAH juga hendaknya, ameen.

Ms Haslina said...

fadhil eda, terima kasih singgah sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails