Followers

Friday, August 29, 2014

Sekolah Haziq.

Assalamulaikum,
Hari ini pakai baju kurung color KUNING. 
Opismate cakap, anak raja turun dari kayangan..huhu.

Pagi ini, Haziq tidak pergi SRA. Lately ini HC penat sangat. Makanya aktiviti menghantar Haziq ke SRA sebelum jam 7.45am, kemudian balik semula ke rumah dan ambil baby Hafiy, Haqeem dan Haifa pula tidak berlangsung pada hari ini. Saya pula pada masa itu sama-sama bergerak ke tempat kerja juga. Tup tup masa itu sudah dekat jam 9am masa kami melangkah keluar dari rumah. Saya punch in di office dalam jam 9.10am gitu. Semenjak pindah ke Bukit Serdang ini, alhamdulilah jarak dari rumah ke office memang dekat sebab saya ikut highway PLUS. Toll RM1.80 pergi sebab saya exit guna Exit Kajang. Kalau balik saya guna Exit Serdang, toll ialah RM1.60.

Haziq memang tiada masalah kalau suruh pergi sekolah. Mungkin kalau letih sangat, itu yang pagi-pagi buat perangai itu ini.
Huhu, syukur sangat-sangat dengan Haziq sebab kalau ikut saya ini, alahai paling payah hendak pergi sekolah masa darjah satu erm boleh campur juga masa darjah dua juga lah.
Kerjanya menangis masa itu kalau suruh pergi sekolah.
Sudah-sudah emak memang malas hendak melayan karenah cengeng saya itu. Ialah saya faham keadaan emak masa itu, kami berempat masih kecil, angah dan along memang sudah sekolah tapi diaorang lelaki. Masa itu juga abah baru-baru juga bermula menjadi kontraktor.
So kepenatan emak menggalas tanggungjawab di rumah sudah cukup banyak.
Oleh itu saya ini akhirnya masa darjah satu, lebih banyak bermain dirumah dari pergi sekolah. Seronok kan, orang sekolah rendah 6 tahun lamanya. Saya sekolah rendah 5 tahun lamanya kot.

Berbalik pada Haziq tadi. Haziq masih bersekolah di tempat lama. Kiranya jauh sikitlah dari dulu kalau pagi-pagi HC hendak hantar Haziq. Rasa macam sudah selesa sekolahkan Haziq di situ. Cikgu pun ok, ceh ceh pada hal Haziq baru darjah 1.

Pagi Haziq sekolah di SRA dan belah petang pula ke Sekolah Kebangsaan.

Jam 7pm lebih, selalunya baru kami dapat berjumpa semula. Kalau saya sampai dulu, memang tunggu di area parking di luar kondo. Maklumlah hanya satu kereta sahaja yang boleh parking di dalam. Kereta satu lagi kena parking di luar.
Sampai sahaja kereta HC, maka sesi pindah kereta bermula. Angkat anak-anak yang tengah tidur kepenatan, angkat barang-barang lain, done.

Saya sentiasa berdoa pada ALLAH supaya kami sentiasa di beri kesihatan yang baik supaya dapat menjaga dan membesarkan anak-anak comel semua.
Alhamdulilah family sentiasa membantu sekiranya ada kesulitan.Syukur sangat dengan rahmat dari ALLAH pada kami sekeluarga.

Hari ini, HC menghantar borang prasekolah untuk Haifa. Tarikh tutup hantar borang ialah pada 31 August.
Semoga di permudahkan urusan untuk Haifa dapat bersekolah di sekolah yang sama dengan abang Haziq. Tahun depan umur princess masuk 5 tahun. Kami mohon prasekolah untuk Haifa.
Hanya 50 orang sahaja yang akan di pilih nanti.

Semoga urusan ketibaan jenazah dari MH17 yang sepatutnya hari Sabtu telah di tunda ke hari Selasa 2 Sept 2014, di permudahkan ALLAH, ameen.

Merdeka Merdeka Merdeka

Selamat menonton ASTRO free all channels pada jam 6 petang ini hingga ke 12 pagi 1 September nanti.

Selamat bercuti.

Wasalam
Me in YELLOW.






Mini Merdeka Giveaway


Assalamualaikum, jom join gateaway ini, hadiah best. Baca info di blog mialiana
Kalau ada rezeki boleh menang pineng powerbank, monopop dan topup.















Thursday, August 28, 2014

Kibaran Jalur Gemilang


Assalamualaikum.

Khamis datang lagi. I love THURSDAY but I love FRIDAY more.

Hari Khamis, kelas saya hanya dua sahaja di mana duration ialah 2 jam dan 2 jam. Satu ialah kelas tutorial dan satu lagi ialah practical di makmal.
Selain dari itu, hari-hari lain kelas saya ialah 3 subjects for each day. Two of them are new subjects. Meaning I'm are running to classes, my brain also spinning rapidly with extra time to study and understanding.

so FRIDAY is my Independent day.

Talking about our becoming independence day, rasanya semua orang feeling sama macam saya juga rasanya. Else mungkin ada yang tidak perasaan kot, payah sangat untuk melihat mana-mana kenderaan 'menggantung' Jalur Gemilang kali ini.
Fikiran positive saya, mungkin kita ini masih berkabung dengan tragedi MH370 dan MH17. Ok.

Saya melihat dalam berpuluh kereta semasa memandu di lebuhraya setiap hari pergi dan balik kerja. Saya tercari juga kereta yang meletakkan bendera.
Yup, cuma satu sahaja kereta yang ada kibaran bendera. Walaupun bendera saiz kecil, namun ada semangat yang hidup dalam jiwanya. Syabas.
Ada juga sekali itu saya terserempak dengan sebuah lori menggantung hampir penuh bendera di kepala lorinya. Meriah sangat.

Adakah kali ini sebab tiada kempen bendera percuma dari pihak kerajaan seperti tahun-tahun sebelumnya? Sekurang-kurangnya bendera percuma mungkin juga dapat semarakkan semangat merdeka kan.

Wasalam





Friday, August 22, 2014

Selamat pulang 'perwira negara' MH17.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat pada semua rakan taulan.

Hari ini 22 August - Hari Berkabung Malaysia untuk menyambut ketibaan jenazah dari pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 July 2014 bersamaan 19 Ramadan  

Terasa sangat sebak sepanjang perjalanan untuk pergi kerja hari ini. Melalui jalan raya dengan semua papan tanda elektronik memaparkan Hari Berkabung Negara - MH17
Bertambah sebak mendengar surah alfatihah dan bacaan yassin berterusan di sedekahkan pada arwah penumpang MH17. Alunan zikir juga di selang seli di perdengarkan di IKIM Radio.

Semoga Allah permudahkan semua urusan jenazah pada hari ini dan semoga ALLAH kurniakan ketabahan dan kesabaran pada keluarga mereka dalam menerima UJIAN dariNYA, ameen.

Wasalam 

Dalam kenangan MH 17 di astro AWANI Antara wajah-wajah penumpang dan anak kapal MH17 credit to astro Awani

KREW MH 17



Thursday, August 14, 2014

Wish me luck on my final examination


Assalamualaikum.

Ya Allah permudahkan kami (september 2013 intake) untuk mengulangkaji pelajaran dan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti.
Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik pada kami.
Ameen.

To all friends please Wish me luck for my becoming final examination on 16 & 17 August 2014 - Saturday & Sunday.
Terima Kasih atas doa ikhlas dari semua.

Feeling extremely anxious right now. Ya Allah, aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas. amen amen amen.
Sebabnye belum habis study. And because both are theory subjects which means there will be many thing to understand and remember as well.

YA RAHMAN YA RAHIM

Wasalam

Thursday, August 7, 2014

Happy 38th birthday to me, alhamdulilah

Assalamualaikum,



Selamat Hari Raya di 12 Syawal ini pada semua kawan-kawan bloggers. Semoga sihat dan happy walau di mana juga berada.



Alhamdulilah, hari ini umur saya genap 38 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan kebahagian yang di beri oleh Allah pada saya selama hidup ini. Dengan anak-anak yang comel dan suami yang TERBAEK. Keluarga yang tercinta, adik beradik yang ku sayangi.

Pada 7 - 8 - 76 saya dilahirkan oleh Puan Saleha Ashik yang masa itu masih memegang warganegara Singapore. Saya di lahirkan di Hospital Besar Melaka. Kalau ikut adik beradik yang lain, saya seorang sahaja yang IC nombor 04. Along dan angah, tidak pasti nombor tengahnya berapa, sebab bro saya dua orang itu lahir di Singapore. Dan kaklang, eboy dan adik pegang IC nombor 05 di tengahnya, iaitu lahir di Negeri Sembilan.
Sebabnya saya lahir di Melaka ialah kerana pada masa itu, abah bekerja di Melaka. Tapi saya totally di besarkan di kg abah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Cerita emak, pada hari itu, emak abah dan semua orang sedang dinner di bandar. Emak cakap, masa itu mak makan kew tiow goreng dan sate. Memang mak cakap, selera sungguh mak makan. Walaupun kejap-kejap mak berenti makan sebab menahan sakit contraction yang sudah datang walaupun tidak kerap sangat.
Dekat-dekat jam 10 malam itu juga saya dilahirkan.
Huhu, itu ialah penyedap cerita dan bukti kukuh kenapa saya ini amatlah kuat makan. Semua makanan saya berselera.
Ialahkan, dari dalam perut lagi sudah syiok dan di latih makan sate, nyum nyum gitu.

Mungkin juga sebab sifat semulajadi saya yang sentiasa happy. Kalau ada masalah pun, saya tetap berselera hendak makan. Bagi saya semua perkara dan masalah dalam dunia ini, ada penyelesaiannya. So kenapa kita mesti hendak makan hati sangat, stress itu dan begini.

Contohnya kalau orang lain ada kereta baru, kenapa kita yang drive kereta yang sudah umur 7 tahun hendak rasa sedih. At list kita sudah dekat habis, or sudah habis bayar hutang bank. Orang itu baru 'bahagia' tambah hutang baru di bank.
See, hikmah sentiasa ada.

Sentiasa percaya dan tanam dalam hati, setiap ujian ALLAH sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.


Wasalam.

Ikhlas dari Birthday Mama,
Haslina

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails