Followers

Friday, August 22, 2014

Selamat pulang 'perwira negara' MH17.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat pada semua rakan taulan.

Hari ini 22 August - Hari Berkabung Malaysia untuk menyambut ketibaan jenazah dari pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 July 2014 bersamaan 19 Ramadan  

Terasa sangat sebak sepanjang perjalanan untuk pergi kerja hari ini. Melalui jalan raya dengan semua papan tanda elektronik memaparkan Hari Berkabung Negara - MH17
Bertambah sebak mendengar surah alfatihah dan bacaan yassin berterusan di sedekahkan pada arwah penumpang MH17. Alunan zikir juga di selang seli di perdengarkan di IKIM Radio.

Semoga Allah permudahkan semua urusan jenazah pada hari ini dan semoga ALLAH kurniakan ketabahan dan kesabaran pada keluarga mereka dalam menerima UJIAN dariNYA, ameen.

Wasalam 

Dalam kenangan MH 17 di astro AWANI Antara wajah-wajah penumpang dan anak kapal MH17 credit to astro Awani

KREW MH 17



2 comments:

Eliss said...

berat mata memandang berat bahu memikul..semoga keluarga mangsa terus tabah..

Ms Haslina said...

ameen,kepulangan mereka di sambut laksana perwira negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails