MENCARI KEKUATAN DIRI
Sebenarnya banyak tekanan yang akan kita lalui selagi kita bergelar manusia. Banyak ranjau yang perlu kita redah dan banyak masalah yang kita perlu selesaikan. Sebagai insan dimuka bumi ini kita tidak boleh lari dari semua itu. Masa yang kita ada memang tidak mencukupi.
Menangani setiap masalah menuntut kemahiran, ketelitian dan kesabaran. Justeru disaat kita merasa amat tertekan dengan setiap masalah yang dihadapi kita perlu melihat kekuatan diri.
Kita perlu kuat untuk meneruskan hidup. Kita perlu kekuatan bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi kekuatan jiwa. Mental dan rohani perlu kukuh untuk menagani anasir anasir yang boleh memesongkan kita landasan hidup.
Mungkin suatu masa kita merasakan orang disekeliling kita tidak memahami masalah kita. Kita seolah olah dipersalahkan. Kita terasa disisihkan dan kita terasa lemah.
Sesungguhnya perjalanan ini sebenarnya penuh dengan keindahan yang mengajar erti kedewasaan dan kematangan. Mungkin disebalik itu juga ia mengajar erti kesetiaan dan kasih sayang.
Semoga ketenangan hakiki itu dikurniakan pada kita semua dalam menempuhi hari hari yang mendatang. Kita percaya bahawa sang suria yang indah tetap menemani perjalanan hidup kita ini yang hanya sementara ini.
2 comments:
Insyaallah segala dugaan/cabaran dan ujian yang diberikan oleh Allah swt kepada hambanya terselit 1001 hikmah.
saya sokong,betul ain.
Post a Comment