Followers
Tuesday, September 23, 2014
Register semester 4, balik kg dan cousin dari Singapore.
Assalamualaikum.
Hari Selasa di minggu baru lagi.
Harapan saya sangat tinggi harapan semoga minggu ini adalah lebih baik dari minggu sebelumnya, ameen.
Kisah bulan september.
Awal bulan ini pada 7/9 - Sunday, as usual semester baru, saya register subjects untuk semester 4 di OUM. Best part sekali ialah, emak dan abah pun ada sama. Kebetulan angah, abah and emak baru sampai pagi itu dari kg untuk tidor di rumah kaklang.
Ini kesempatan saya untuk tunjuk tempat belajar pada kesayangan saya ini. Dulu-dulu saya study Degree and Diploma di UTM JB.
Registration as usual adalah tidak lama, cuma perlu daftar untuk bayar fees dan kemudian terus ambil buku teks.
Buku teks lately ini memang selalu sudah habis, makanya saya dapat buku teks semua pada hari pertama seminar pada 21 Sept baru ini.
Soalan assignment/project pun sudah di upload di myVLE.
Done.
Lupa pula ambil picture emak abah di OUM. Pictures comel ramai-ramai ini aje yang ada. Semua muka tidak suka bergambar, tapi kena paksa oleh HC. Masa itu saya tengah pergi register.
Kisah awal cuti sekolah lepas pada 13 September di kg. Planning asal ialah Haziq, Haifa dan Haqeem hendak tinggal di kg. Memang emak abah minta cucu-cucu comel untuk tinggal di kg masa cuti sekolah.
So semua baju bagai sudah di kemas. Alih-alih, masa hendak balik ke KL, Haifa tidak mahu tinggal, muka sudah berubah macam hendak menangis.
Haziq dan Haqeem happy sebab dapat raket baru.
Masa cuti Malaysia's Day, 16 Sept cousin dari S'pore datang ke KL. Farah dan hubby datang bercuti. Kami dinner malamnya di KL. Lepas habis makan dan chit chat kami sambung lagi ke hotel Swiss Garden. Budak-budak semua happy main lompat-lompat atas katil.
Jumaat lepas, kami balik ke kg untuk ambil Haziq dan Haqeem. Saya request pada HC untuk drive dari KL sampai kg. Serius lama tidak memandu jauh-jauh ini semenjak jadi mama. Feeling seronok.
Pagi sabtu seawal 8.30 pagi, kami sudah bertolak balik ke KL. Takut tersangkut dalam jem, maklumlah cuti sekolah sudah habis kan.
Hari Ahadnya 21/9, saya hadir kelas di OUM bermula 8.30 pagi until 3 pm. Demam jugalah pepagi Isnin itu sebab tidak cukup rehat. Terus telan panadol dekat jam 2.30 pagi rasanya.
Alhamdulilah dapat pergi kerja hari Isninnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
He he he..memang penuh aktiviti sampai demam2...
salam wa,
huhu, itulah. kita nie bukan muda lagi.
Post a Comment