Sampai rumah terus buka kotak - Hafiy teruja tengok kotak susu banyak-banyak.
Alhamdulilah.
Syukur pada ALLAH atas rezeki yang di limpahkan pada kami sekeluarga baru-baru ini.
Dalam pertengahan bulan August baru ini, saya dapat sms. SMS biasa dari Wyeth sebab saya memang rajin mendaftar sebagai ahli untuk semua jenis susu. Maklumlah, saya ada 3 orang anak yang masih minum susu. Takat 1kg susu memang bertahan untuk beberapa hari sahaja.
Botol susu Hafiy, Haifa dan Haqeem.
Mula-mula baca SMS malam itu, memang tidak ada buat apa-apalah.
Hari esoknya saya baca sms itu sekali lagi.
Antara kandungannya ialah, "reply this sms and get 1.5 months stock for first 300"
So mencubalah tapi sebenarnya tidaklah faham sangat, yang saya faham mungkin dapat free susu S-26 untuk satu kotak sahaja.
Diaorang ini memang pantas, dalam masa terdekat saya dapat call dari Wyeth, congrats sebab antara 300 peserta pertama.
Ingatkan diaorang hendak minta address rumah untuk send susu sekotak itu. Rupanya saya dapat susu free untuk satu carton which is 12 kotak x 600g.
Esoknya ada call lagi, untuk confirmkan tarikh untuk mengambil susu.
Susu ini di redeem dalam masa seminggu sahaja, kalau tidak silap dari 22 August until 23 August. Saya redeem pada hari pertama yang boleh redeem. Semangat gitu.
Tempat ambil pun tidak jauh dari rumah, iaitu di area Bandar Sunway.
Ya ALLAH, syukur sangat. Allah mendengar hambanya yang memohon rezeki yang lebih untuk anak-anak.
Dulu masa Haziq, memang minum susu Wyeth sampai umurnya 3 tahun. Lepas ada Haifa kami tukar ke Dutch Lady. Alhamdulilah semua anak-anak serasa dengan Dutch Lady.
Susu free ini untuk Haqeem dan Hafiy sahaja. Haifa masih dengan Dutch Lady flavor madu. Haifa memang tidak suka susu S-26 tu.
Minta ambil picture dengan pekerja di situ, siap beritahu yang saya ada blog.
Haqeem and Hafiy masih belum puas tengok susu banyak-banyak.
Saya ambil peluang ambil gambar kenangan dengan kotak-kotak susu yang akan di redeem oleh parents lain.
Tempat redeem susu.
Dikawasan kilang.
Senang hendak cari tempat ini.
2 comments:
Alhamdulillah rezeki anak-anak kan.
Happy mereka tgk susu yg byk gitu.
alhamdulilah.
Post a Comment