Followers

Thursday, February 5, 2015

Balik Kuala Pilah Isnin lepas.

Menghitung jam dari dalam kereta, supaya sampai kg hari belum malam. 
Hendak main basikal

Bismillah.
Alhamdulilah. Hari Isnin lepas saya ambil cuti. Ialah sempena cuti Thaipusam on Tuesday. Biarlah cuti berangkai berhari-hari kan.
Sabtu dan Ahadnya memang duduk rumah sahaja. Punyalah tidak mahu kemana. Entahlah, saya memang bukan kaki jalan. Minta maaf lah.
Hari Isninnya anak-anak dan HC sudah bising-bising, perlu keluar dari rumah. Perlu pergi kemana-mana pun lah.
Saya terus cadang, jom balik kg. Balik pun memang tidaklah ada planning bagai. Maklumlah kg dekat. Suka hati sahaja kan.

Alhamdulilah jalan pun clear. Kami bahagia dan selamat sampai di kg.
Cuaca di kg tidaklah panas sangat. Tapi sempat membasuh kain dekat 4 rounds.
Malam itu dalam jam 11 semua orang sudah tidor.

Entahlah, cuaca pun tidak panas dengan rancangan tv yang ntah apa-apa. Astro pun tiada gunanya sekarang ini.
Penat picit dari 101 sampai 119, sambung 701 ke 70x. Langsung tiada yang menarik. Ialah memanglah ambil package yang biasa sahaja. Tapi tetap membayar bill juga seperti orang lain. Memang macam tidak puas hati. Di kg, mungkin package lebih banyak channel dari rumah sendiri di KL. Namun begitulah juga.
Sudah-sudah rasanya memang jelas lagi bersuluh, anak-anak yang selalunya tengok tv. Menonton 611,610 dan 617.
Saya dan HC lebih sibuk dengan business online masing-masing. Fuh.

Hari Selasanya dalam jam 5 petang sudah balik ke KL. Jalan tetap clear. Syukur sangat. Rasa sangat tidak sanggup menempuh jem.

Sampai kg sudah petang, sebab bertolak pun lepas zuhur rasanya. 
Layan mee goreng di Pilah Perdana aka Jalan Bukit.
Mahu makan mee goreng kerang, tapi katanya kerang habis. Ok

 Kalau balik kg, macam wajib makan rojak. 
Tak kiralah rojak di kedai mana pung.

Waktu sudah mahu balik.  

Sayup kg abah.

2 comments:

Eliss Mie said...

kita cuti lepak rumah jer. weekend ni br nak balik kg melawat mentua yg sakit..skang satu channel jer kita suka kat astro #FYI 736..hehehe..byk rancangan deko2 rumah :)

Ms Haslina said...

merehatkan badan kan eliss. semoga mentua cepat sembuh.

kami macam da sepakat bagi je astro pada anak2 tgk cartoon. redha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails