Followers

Friday, July 24, 2015

Throw backs hari raya pertama 2015

Picture ini masa malam raya. 
Haifa testing baju raya yang baru beli siangnya.

Adus, post aku lately ini memang entah kemana. 
Hari-hari tengok sepi baca blog aku sendiri.
Maklumlah semester baru bermula pada minggu pertama bulan ramadhan lepas. Sudahnya dengan kredit workloads mengajar sudah cecah 19 kredit. Adus lagi. 
Kelas sudah menjadi 6 subjects. Sebiji pula subject baru!!!
Tidak pernah zaman, aku mengajar Kejuruteraan Alam Sekitar.
Memandangkan lecturers sudah tidak kecukupan. Aku tetiba jadi antara selected lecturers yang mendapat workload macam-macam bunga api hari raya.
Status mak ialah redha. ALLAH bagi kita rezeki lebih, ambillah. Jangan banyak kisah.
Nanti tiap akhir bulan dapatlah aku buat extra claims. Alhamdulilah.

Raya pertama. Masa ini semua sudah lepak depan tv. 
Salam dan acara makan-makan sudah selesai. 
Macam biasa, sudah berkali-kali takes.

Kisah raya aku sama sahaja macam tahun sebelum lepas
Balik kg, tiap-tiap malam mesti kena keluar beli barang dapur yang memang asyik ada minta di tambah.

Kali ini kami balik awal sikit sebab hendak bersama emak abah merasa berbuka puasa bersama.
Hendak buat macamanakan, ramadan kali ini 2 kali Ahad aku ada kelas master.
Sudahnya memang tidak sempat hendak balik kg.

Aku start cuti hari Selasanya. 
Siang dah masuk petang baru bertolak balik Pilah. Bestkan, masa itu hendak balik, masa itu juga hendak kemas baju segala bagai.

Alhamdulilah kg dokek. 
Sampai rumah dalam jam 5pm rasanya. Jalan pun clear. Cuma tidak puas hati dengan lori-lori yang drive laju-laju dari arah Pilah ke Bukit Putus.
Aku tengok pun seram.

Kami duduk kg until Isnin depannya. 
Kiranya ambil cuti 3 hari sahaja.
Hari Khamis sebelum raya itu, company bagi festive leave sehari.
Selasa 21 July, aku sudah mula bekerja.

Tahun ini berpuasa terasa penat amat. 
Ialah hari-hari kelas. 
Kering tekak bagi lecture.
Lepas itu hari-hari duk pulun ais batu. 
Tak tahu jadi apa dah aku ni. 
Padahal sebelum ini memang aku pantangnya minuman berais.



Kali ini langsung out tidak membeli apa-apa untuk persiapan hari raya. 
Mahu HC mahupun aku. penat.
Macam baju Hafiy warna kuning, kaklang bagi baju Ariq tahun lepas punya. Ok lah. Ariq umur 3 tahun.
Haqeem pula pakai baju melayu Haziq yang lepas-lepas. Cuba-cuba bajunya terlondeh kena lipat lagi, kasihan pula aku tengok Haqeem gitu. Sudah badannya kurus, nampaknya baju pinjam. Ada dalam 3 helai rasanya baju melayu untuk Haqeem. 2 helai Haziq punya, satu lagi kaklang bagi.
Sudah-sudah malam raya, kami beli baju melayu baru untuk Haqeem di Giant.

Baju melayu Haziq beli di pekan Pilah je. Haifa pun sama, sepasang baju kurung moden color kuning dan sepasang baju kurung cotton jalur pink.
Part selipar dan kasut raya, langsung tidak sempat hendak membeli untuk budak-budak.
Maklumlah shopping di Pilah je kan. Pilihan adalah seadanya.

Aku dah HC, macam biasa pakai apa yang ada.
Rasanya dekat 5 tahun juga kami berdua sudah tidak membeli baju untuk sambut hari raya.
Tidak mengapalah, yang penting untuk anak-anak ada yang baru.
Aku pakai baju kurung arwah bik Oja (adik emak). Baju ini aku dapat lepas bibik meninggal masa awal tahun 2010. Alfatihah untuk arwah makcik Fauziah. Semoga rohnya dalam rahmat ALLAH, diletakkan dalam golongan orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya, ameen.
Tapinya baju ini jarang aku pakai. Sebab itu masih nampak baru.
HC pula pakai baju melayu kuning yang di beli sebelum kami nikah. Lagi lama kan. Nikah tahun 2006. Fuh lama seh.
Pun sama macam aku, baju itu jarang di pakai. HC ada banyak helai juga selections baju melayu.

Gigih berbaju raya petang hari raya pertama. 
Sementara hendak pergi beraya di rumah pak teh di serting hilir.

4 comments:

Eliss Mie said...

eliss pun tahun ni beli sorang sehelai jer baju raya dan satu baju utk hari kedua. sempoi jer..musim2 gawat ni..hehehe. Selamat hari raya :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Lee said...

Hi Haslina, this coming to you from Canada. Nice pics of your family, and you have great looking kids. Handsome hubby too.
Have a nice day.
Lee.

Ms Haslina said...

Eliss Mie - Selamat Hari Raya Eliss dan family. Betul tu zaman gawat ini memang kena calculation yang betul.

Dewi Aja - TQ

Lee - TQ

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails