Followers

Monday, February 28, 2011

Zzzz sudah

Aku tengah boring dan boring. Mata memang mengantuk, tapi belum tahap pulut lagilah. Kalau ikutkan hati memang aku start kereta aku balik rumah....tidur.
Penat weh mak buyung ini. Memang dasarnya aku ini bukanlah rajin orangnya tambah-tambah lagi lembik pula itu. Makanya masa mengandung ini bertambah lagi tahap kolestrol lembik aku itu.

Ceritanya hari Sabtu, tetap pagi lagi sudah bangun. Mandi manda semua dan breakfast di kedai mamak dekat rumah. Asalnya hendak makan nasi lemak bungkus comel di situ. Tapi kelambatan pula kami sampai, sudah tiada nasi itu di atas meja.
Kecewa aku hendak, makan apa pula kena fikir lagi.
Usha mamat sebelah meja, macam sedap sahaja nasi lemak dia order dengan topping telor mata ala-ala separuh masak itu.
Maka aku pun minta hubby orderkan...kononnyalah.
Erm sampai semua orang sudah habis makan, nasi lemak aku masih begitu. Sedikit sahaja berkurangan. Suku sahaja aku makan, rasa macam perut sudah penuh.
Hatta last sekali hubby juga yang habiskan. Kecian gitu, semua makanan mesti hubby juga kena habiskan.
Berpeluh juga pagi-pagi itu.
Gambar ehsan internet.


Hari Ahadnya pula, aku kerja...ok.
Sempat aku singgah stall pagi itu sebelum masuk office. Aku beli breakfast untuk aku juga untuk semua di rumah. So kena patah baliklah hantar makanan kat rumah.

Sudah petang-petang itu, aku ajak hubby ke Taman Bukit Jalil. Ialah anak bujang aku itu suka sangat hendak tengok fish dekat tasik disitu. Alhamdulilah semalam tidak hujan bila kami sampai disana.
Punyalah ramai orang. Bagus juga orang Malaysia ini rajin berjogging.

Selama aku pernah pregnant sebelum ini, aku rasa itulah pertama kalinya aku pergi berjalan naik bukit turun bukit masa tengah boyot ini. Kandungan aku sudah hendak masuk 18 minggu.
Alhamdulilah tidak ada kaki krem atau pun sakit-sakit badan malam tadi.
;))

Jeles tengok pasangan pengantin duk sesi ambil gambar di kawasan taman itu. Sebab apa aku jeles. Dulu masa aku kawin memang ada sudah pasang niat hendak bergambar di luar rumah bagai.
Tapi hendak buat macamana gitu. Aku sakit, kena gastrik terukkk masa hendak kenduri, so aku kawin dengan keadaan aku yang kurang sihat...sedih..kan.
whuaaaaaaaaa.

Atas atau bawah?

Semenjak TV dalam main bed room siap di baiki. Ditambah juga hubby baru sempat belikan wi-fi untuk komputer. Wah wah wah seronok sungguh kami sekeluarga 'berkampung' di tingkat atas sahaja. Barulah dapat berkumpul semua sekali sama-sama. Bila hubby buat kerja mengadap komputer at list dia cuma berada di bilik sebelah sahaja. Haifa dan Haziq pun seronok juga bermain-main dari bilik ke bilik. Alhamdulilah juga kawasan rehat tingkat atas boleh di katakan luas juga.
;))
Sebelum ini kalau aku naik tidur awal, mesti hubby masih di bawah buat kerja dengan desktop. Rasa tidak syok pula sebab ada yang di atas, ada juga yang di bawah.
;((
So Sabtu Ahad baru ini semua orang ada di atas. Lawak sahaja, tingkat bawah macam tiada orang, segala bagai off line gitu.
Rasa macam ada 'dua' rumah pula...hikhik.

Friday, February 25, 2011

Saka Jentayu

Aku tidaklah fav. drama ini, tapi sudah tiada cerita kekadang menontonlah juga. Baguih juga, malam tadi itu siri akhir drama Saka Jentayu ini. Tamat sudah satu drama seram di tv.
Lepas ini confirm mesti ada drama seram lain ganti slot malam Jumaat ini...kan.

Tapikan setahu akulah, saka bagai ini memang sudah hendak di buangkan@dikeluarkan dari tuan punya badan. Adalah seorang kawan ini, lelaki. Dia mengaku memang ada saka keturunan. Katanya, memang macam gitulah, sama macam drama itu. Bila duduk dalam bilik sorang-sorang, ada sahaja 'tetamu' yang tidak di undang. Yang peliknya dia yang tidak tahu bersilat, tetiba boleh terer gitu masa itu.
Laginya, memang sekarang ini dia tengah berubat.
Sebabnya dia susah sangat hendak dapat jodoh. Umur sudah jauh tapi kalau hendak commit, hendak kawin. Ada sahaja halangannya, katanyalah.
Kasihan kan.

Jentayu dengan hero drama

Aku minum pula air barli sekarang. Sebab kawan-kawan blog sudah suggest yang air limau tidak elok gitu. Makanya inilah air yang aku minum kalau di office.
Sodap.
Pic ehsan internet.tq 

Wednesday, February 23, 2011

selera orang pregnant

Air limau untuk di minum (picture ehsan internet). Sebelum ini aku asyik minum air asam jawa. Sedapkan, kalau time pregnant ini minum air masam. Tapi aku tidak boleh minum air masam sedap yang lain. My perut sensitif.


Namun bila aku tengok kandungan gula pada botol air asam itu, makanya aku rasa aku perlu hentikan minum air itu. Bahayakan, orang pregnant minum air yang mempunyai kandungan gula yang tinggilah juga.
Hatta baru-baru ini aku layan minum air limaulah pula. Limau nipis suam gitu. Sudah katanya orang pregnant tidak elok minum minuman berais, so aku ikut sahajalah.
Kenapa ya tidak elok minum air berais, ada sesiapa ada jawapannya?.

Malam tadi pergi JJ satu familylah. Selesai beli barang, aku terus cakap dengan hubby yang aku hendak makan sushi. Bukan di kedai sushi, tapi sushi JJ itu sahaja. Makanya belilah yang paling sikit sebabnya, aku sahaja yang hendak makan. Ini kali keduanya aku makan sushi ini. Sungguh selera orang pregnant ini, tidak sabar-sabar hendak makan. Makanya masa hubby berhenti isi minyk kereta, aku sudah makan 4 biji sushi yang saiz kecil itu. Sodap.
Yang lebihnya aku makan di rumah lepas mandi bagai semua. Ingatkan sekecik dua orang itu tidak mahulah makan sama.
Sangkaan aku meleset.
Boleh anak dara dan anak bujang aku duduk depan aku tidak bergerak-gerak. Ingatkan hendak rasa sikit, rupa hendak makan sama.
Sabar sahajalahkan, makanya empat sushi saiz besar  seperti dalam picture di bawah dikongsi beramai-ramai. Tetiba semua orang hendak makan sushi kecuali hubby lah.
Erm..
So memang itulah dinner aku malam tadi. Kenyang.
Fikir- fikir, mesti mahu makan lagi malam ini, tengoklah keadaan macamana.
;))

Sushi JJ

Monday, February 21, 2011

Briyani FAIZA

Makanya semalam dapat juga aku makana nasi briyani. Homecook gitu. But not by me.
;)
Hubby yang masak.
TQ sayang.
Semalam itu aku kan kerja, satu hari lagi.
Briyani itu tetap guna rempah instant gitu. 1st time guna rempah briyani FAIZA. Peh...memang aku puji..sedapppp.
Color nasi seperti pic di bawah. Itu pic ehsan internet sahaja.
Hubby masak lauk ayam masak merah sahaja.
Oklah, sempoi sahaja. Tapi memang puas hati gitu.


Sebelum ini memang guna rempah instant MAGGI. Dan nasinya ialah warna kuning. Namun selepas guna rempah FAIZA ini, aku memang rekomenlah. Lebih lemak.
Instruction ikut sahaja yang tertera di plastiknya.
Jangan lupa guna beras berasmathi FAIZA juga ya...baru best.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails