Followers

Monday, February 28, 2011

Zzzz sudah

Aku tengah boring dan boring. Mata memang mengantuk, tapi belum tahap pulut lagilah. Kalau ikutkan hati memang aku start kereta aku balik rumah....tidur.
Penat weh mak buyung ini. Memang dasarnya aku ini bukanlah rajin orangnya tambah-tambah lagi lembik pula itu. Makanya masa mengandung ini bertambah lagi tahap kolestrol lembik aku itu.

Ceritanya hari Sabtu, tetap pagi lagi sudah bangun. Mandi manda semua dan breakfast di kedai mamak dekat rumah. Asalnya hendak makan nasi lemak bungkus comel di situ. Tapi kelambatan pula kami sampai, sudah tiada nasi itu di atas meja.
Kecewa aku hendak, makan apa pula kena fikir lagi.
Usha mamat sebelah meja, macam sedap sahaja nasi lemak dia order dengan topping telor mata ala-ala separuh masak itu.
Maka aku pun minta hubby orderkan...kononnyalah.
Erm sampai semua orang sudah habis makan, nasi lemak aku masih begitu. Sedikit sahaja berkurangan. Suku sahaja aku makan, rasa macam perut sudah penuh.
Hatta last sekali hubby juga yang habiskan. Kecian gitu, semua makanan mesti hubby juga kena habiskan.
Berpeluh juga pagi-pagi itu.
Gambar ehsan internet.


Hari Ahadnya pula, aku kerja...ok.
Sempat aku singgah stall pagi itu sebelum masuk office. Aku beli breakfast untuk aku juga untuk semua di rumah. So kena patah baliklah hantar makanan kat rumah.

Sudah petang-petang itu, aku ajak hubby ke Taman Bukit Jalil. Ialah anak bujang aku itu suka sangat hendak tengok fish dekat tasik disitu. Alhamdulilah semalam tidak hujan bila kami sampai disana.
Punyalah ramai orang. Bagus juga orang Malaysia ini rajin berjogging.

Selama aku pernah pregnant sebelum ini, aku rasa itulah pertama kalinya aku pergi berjalan naik bukit turun bukit masa tengah boyot ini. Kandungan aku sudah hendak masuk 18 minggu.
Alhamdulilah tidak ada kaki krem atau pun sakit-sakit badan malam tadi.
;))

Jeles tengok pasangan pengantin duk sesi ambil gambar di kawasan taman itu. Sebab apa aku jeles. Dulu masa aku kawin memang ada sudah pasang niat hendak bergambar di luar rumah bagai.
Tapi hendak buat macamana gitu. Aku sakit, kena gastrik terukkk masa hendak kenduri, so aku kawin dengan keadaan aku yang kurang sihat...sedih..kan.
whuaaaaaaaaa.

2 comments:

mamalieyna said...

waah ke taman bukit jalil ke?...oooh lama eina tak ke sana..hu~

kt sana cantik kan..mmg cun pengntin ambik gamgar di sana..ooh samalah kita..time kawen tak dpt berphotoshoot kt luar..cuma bezanya..eina sbb hari hujan..hU~

haslina said...

mmg cantik..sesuai utk bersiar bersama keluarga...kan..

itulahkan...rasa macam tidak lengkap klu tidak dapt abadikan pic kawin di luar rumah...
;((

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails