Penat badan aku ini. Asyik menekan pedal minyak kereta ke sana sini. Ada sahaja urusan yang perlu di selesaikan segera. Erm. Memangnya, semua urusan mesti hendak cepat kan.
Sempat aku telan panadol sebiji tadi tengahari sebelum keluar rumah. Kepala aku macam pening.
Aku teringat dan mungkin memang betul juga cakap Cik Ros aku masa malam aku call dia dulu. Masa malam aku di hospital. Mengira detik-detik, untuk aku bersalinkan Qeqeem.
Cik Ros beritahu aku mungkin sebab Qeqeem tidak mahu keluar dari perut aku adalah sebab Qeqeem hendak mama dia ini berehat lama sikit. Qeqeem sayang mama dia yang asyik bersalin dekat-dekat sahaja jaraknya. Qeqeem tahu mama dia penat. Sebab itu dia duduk lama sikit dalam perut mama dia.
Makluman aku overdue until last date yang Doc bagi iaitu 10 hari dari tarikh sebenar yang aku perlu bersalin.
Kasut comel Haziq yang sudah berumur dekat 5 tahun sudah bertukar tuan.
Bukan setakat kasut.
Dari baju, seluar dan stokin sekali.
(Betullah, kalau beli barang mahal sikit, insyallah tahan lama)
Bukan setakat kasut.
Dari baju, seluar dan stokin sekali.
(Betullah, kalau beli barang mahal sikit, insyallah tahan lama)
Namun apa yang boleh di lakukan ialah redha dengan apa sahaja situasi yang mendatang. Dan cuba dengan sebaik mungkin hadapinya dengan tenang. Insyallah ibarat lagu Maher Zain.
Yup, aku memang sentiasa ingat dan tanam dalam hati ini yang ALLAH is always by my side.
Yup lagi, mata aku berair bila dengar bait-bait lirik lagu Insyallah ini. Moga ALLAH sentiasa memberi taufiq dan hidayah pada kita umatnya amin amin amin.
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way
2 comments:
tu la barang berkualiti kan tahan..comel3..
hi dik oya ku - tq dear.tu lah kan. alhamdulilah.
Post a Comment