Salam hari Khamis.
Alhamdulilah.
Semalam aku MC.
Tetiba sakit di perut belah kiri.
Kiranya dua harilah sakit itu.
Risau semestinya.
Makanya hari Rabu semalam baru terkial-kial ke klinik.
Ialah amat kesibukan hari Selasanya itu.
Doc cakap aku mempunyai angin yang berlebihan. Ala-ala gastriklah itu.
Okies silap aku rupanya. Sedap sangat makan tempe goreng.
Dua hari asyik dengan lauk itu.
Hatta dengan keadaan diri aku bergastrik ini, memang aku tidak boleh makan banyak sangat kacang buncis juga kacang panjang.
Maka lagi ini, aku memang juga tidak boleh makan tempe berbanyakan.
Di sebab aku sakit di area yang berkemungkinan aku pregnant.
Makanya Doc tidak henti tanya bila last P.. aku itu.
Then Doc siap beritahu yang aku tidak mengandung luar rahim.
Huh....begitu sekali.
Aku bukannya pregnant pun. Itu aku pun tahu.
Lauk tempe.
Tempe 3 keping di goreng.
Tumbuk 2 ulas bawang putih+3 ulas bawang merah+ikan bilis+cili api.
Tumis bahan yang di tumbuk.
Sudah naik bau, masukkan sesudu dua ciliboh dan secubit garam.
Biarkan sebentar, masukkan udang. Sikit sahaja.
Then sudah sebati semuanya. Masukkan tempe yang telah di goreng.
Done.
Story lain.
Lepas settle hal-hal berbangkit semalam.
Aku sempat ke Public Bank Puchong.
Masa itu sudah jam 3 pm.
Fulamak.
Ramai sungguh orang dalam bank.
Macam hendak pergi 'berperang' aku tengok.
Memandangkan aku cuma hendak berjumpa customer service.
Aku hendak membuat internet banking.
Rupanya kan kita perlu membawa buku bank, IC dan card bank untuk service itu.
Dalam itu aku pun mencubalah menekan nombor.
Okies, jarak nombor yang aku dapat dengan nombor yang sedang berjumpa pegawai bertugas ialah seramai 40 lebih orang.
Aduhai. Aku tidak mahu menunggu panjang.
Aku terus balik rumah.
Lagi gembira.
Pilihan lain untuk service ke Public Bank yang tiada orang sangat ialah berdekatan Mydin Putrajaya.
Disitu ada juga service untuk deposit machine sekali.
Satu lagi ialah di Kajang. Tidaklah masuk bandar Kajang lagi.
Yang itu aku tidak pernah pergi.
11 comments:
take care sis!
mcm pelik ajer baca ayat2 entry ko hari ni. mcm lain dr biasa. hehehe.
tapi tempe tu aku nak try lah. pedas tak?
aliaa kalau angin, memang kne urut sendiri perut kalau tak memang rasa badan tak sedap
dik luvida - welcome dear. lama x dengar citer.
tq.
eliss - fuh...mungkin sebab aku fenat kot ;((
semua menda jadi lain macam.
tempe tu tak pedas juga. sebab sikit je ciliboh dan cili api tu.
lagipun anak2 aku leh makan.
alia - betul tu alia. akak ni tawakal makan ubat doc bagi.
x leh makan tempe byk plak ye..
limited gak la kan public bank..
dik oya - itulah, apa2 berkaitan kacangan...sedih je kan.
a'ah, stress gak dgn public bank nie.tp nak wat camana kan.
tak suka mkn tempe,,he~
take care n hope baik2 saje ye..
eina - sama ngan hubby saya pun x berapa suka makan tempe.
ok dear.tq.
Lin,
preggie ek?tahniahhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!
hehehe. tak lah kak.
Post a Comment