Followers

Friday, February 10, 2012

Red Velvet Cake again.

Salam Pagi Jumaat.
Alhamdulilah.

Pagi ini mari melihat kek Baldu Merah order dari my sister masa cuti Sabtu lepas.
Ianya untuk birthday ke 5 tahun anak buah aku itu.

Makanya kek seperti biasa di bakar sehari sebelum kejadian.
Esoknya barulah cantik molek untuk di frostingkan dengan cream chees.
Kenapa tunggu sehari?.
Sebaiknya kek akan jadi lembap dan tidak kering setelah di biarkan sehari.
Bukan tidak boleh buat frosting right away setelah kek sejuk.
Tapi kek masih dalam keadaan kering dan mudah berderai masa itu apabila buat crumb cooating iaitu lapisan nipis sebelum lapisan tebal untuk keseluruhan kek.
Hehehe, sedikit ilmu yang aku ada. Aku kongsikan bersama-sama.
;))

Harap makluman.
Setakat ini, aku cuma pernah pergi kelas sekali sahaja. Itu pun kelas untuk membuat kek biasa sahaja. Tujuan aku ke kelas itu adalah untuk warming up skill yang aku sedikit dalam membakar kek.
Alhamdulilah dulu-duluan aku pernah membantu emak dalam membuat kek kalau hendak beraya.
So skill itu yang aku asahkan kembali.
Cukup rasanya bagi aku dengan kelas yang sekali itu.
De rest buttercream, ganache, nozel, piping, alatan bakery, bahan-bahan bakery dan cara menghias kek.
Yup semuanya aku belajar sendiri. Internet kan ada. Buku pun banyak.
Sikit-sikit aku belajar semua itu sendiri.
Lawaknya aku rasa masa bulan Dec 2011 dan January 2012 hari itu aku sudah macam hendak ambil exam sahaja.
Malam-malam kerjanya membaca dan membaca lagi. Everything pasal kek dan kek lagi.
Overkan.
Bagi diri aku ini, rasanya tidak berbaloi kalau ke kelas kek secara keterlaluan.
Belajar kek itu belajar kek ini dengan harga yuran sampai mencecah RM350. Fuh.
Cukuplah sekali dua ke kelas.
Bagi aku duit itu lebih baik beli buku-bukaan dan perkara lain yang boleh aku buat.
Itu pendapat akulah.
Kita jangan lupa, ilmu yang kita dapat itu haruslah kita gunakan.
So kalau sudah terlebih ilmu, macamana itu?

Back to my RV cake.
Resepi still sama macam sebelum ini.
Cuma kali ini aku guna loyang 8 inci.
Makanya kek menjadi sedikit comel.

Yang merah itu aku gunakan buttercream.

source - joyofbaking
Red Velvet Cake
terjemahan.

Bahan-bahan.
1 1/2 cawan @ 113 gram mentega (unsalted)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1 1/2 cawan @ 300 gram gula kastor (aku kurangkan ke 220 gram)
2 biji telor gred A
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 1/2 cawan @ 250 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh esen vanilla. (teaspoon)
1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
1 1/2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh cuka putih (aku guna cuka buatan cap TAMIN)
1 sudu teh soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
200 g mentega
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar gula aising, diayak

Cara-cara
Sediakan buttermilk dahulu.
Satukan 1 cawan (guna baking cup) @ 250ml @ 8 oz susu segar (aku guna satu kotak susu fresh cream
250 ml) + 1 sudu makan cuka putih.
Biarkan dalam 10 minit sehingga susu menjadi pekat.
Cuka juga boleh di gantikan dengan jus lemon ataupun cream of tartar.
Masukkan 1 1/2 sudu makan pewarna merah. Kacau sebati.

Panaskan oven 175C dalam 15 minit. (suhu itu bergantung pada jenis oven masing-masing, selalunya adunan yang mempunya serbuk koko akan lebih mudah crack di bahagian permukaan kek. normally aku rendahkan suhu oven selepas 30 ke 40 minit kek di bakar).
Gris loyang 8 inci dengan mentega.
(Memang ada lebihan adunan kalau guna loyang ini, makanya aku bakar dua kali dengan lebihan itu.)
Ayak tepung, garam dan serbuk koko. Kacau dengan whisk supaya bahan dapat bergaul dengan sebati.

Didalam mixer, pukul mentega dalam 1-2 minit.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.

Dengan kelajuan perlahan masukkan bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk.
(tepung biar sebenter, adunan buttermilk biar sebentar, tepung biar sebentar, buttermilk biar sebentar dan tepung)
Didalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan cuka hingga berbuih habis (ada bunyi Fizz)
Masukkan dengan kadar segera kedalam adunan dan kacau sebati.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Cucuk lidi di tengah kek (oven boleh sebaiknya boleh di buka selepas 30 minit di bakar). Sekiranya lidi bersih dan licin, kek sudah masak sepenuhnya.
Tahniah.

Setelah masak, sejukkan kek yang telah dikeluarkan dari dalam loyang ke atas pinggan atau redai.
(aku tengok kek yang disimpan dalam peti ais mempunyai color merah yang cantik dan sekata).
Aku memang prefer biarkan kek dalam satu hari. Then baru aku buat frosting.

Cream cheese frosting
Putar creamcheese hingga lembut.
Masukkan butter dan putar lagi.
Perlahankan kelajuan masukkan esen dan gula asing.
Pukul lagi hingga lebih lembut.
Sapu pada kek yang telah dipotong. (aku potong 3 untuk kali ini)
Hiaskan kek.
Simpan dalam peti ais.

De cake.
Loyang 8 inci. Price RM 55.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails