Alhamdulilah.
Burp juga dengan sarapan sesenduk nasi goreng, telo mata, sedikit kuah kari, sedikit kacang kacangan rebus dan sebiji sosej comel.
Pagi tadinya 1st time aku menghantar Haziq pergi ketadika.
Selalunya hubby yang menghantar.
Makanya baru aku tahu yang anak bujang aku yang sekarang ini aku tengok bertambah hensem sudah rupanya seorang yang independent gitu.
Sebabnya setelah sampai di kawasan tadika. Haziq minta tangan aku untuk di cium.
Then aku hendak cium pipi-pipi dan dahinya, Haziq macam mengelak. Erm..aku rasa Haziq malu kot mama dia cium dia lebih-lebih. Takut kawan-kawan dia nampaklah agaknya.
Then Haziq terus suruh aku balik. Dia tidak bagi aku terus menghantar dia ke pintu bangunan tadika.
Walaupun aku tetap tunggu tengokkan dia. Separuh jalan, Haziq pusing lagi dan suruh aku balik.
Teringat aku tentang kaklang masa masuk sekolah umur 7 tahun. Samalah macam Haziq itu, dia suruh emak aku balik. Tidak perlu tunggukan dia di sekolah.
Berlainan dengan aku yang kerjanya tiada lain melainkan menangis sahaja kalau di suruh kesekolah dulu.
Seriusly aku sungguh terharu.
Memang Haziq seorang yang bersikap abang-abang.
Dia pandai pujuk Haifa kalau Haifa menangis.
Begitu juga kalau dengan Qeqeem, sambil betulkan kedudukan susu Qeqeem sambil sebelah tangan tepuk-tepukkan. Supaya Qeqeem lena tidur.
Brotherly sungguh.
de writing on de cake.
Back to the title.
Yup hari Sabtu lepas aku siapkan order kek birtday untuk anak kawan sekolah aku dulu.
Yatt order kek Red Velvet ini.
Makanya berat kek untuk loyang 9 inci bulat ialah dalam 3kg.
Setelah di letakkan frosting makanya berat menjadi 4kg.
Fuh.
source - joyofbaking
Red Velvet Cake
terjemahan.
Bahan-bahan.
1 1/2 cawan @ 113 gram mentega (unsalted)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1/2 sudu teh garam (teaspoon)
1 1/2 cawan @ 300 gram gula kastor (aku kurangkan ke 250 gram)
2 biji telor gred A
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 sudu besar @ 15 gram serbuk koko (di ayak)(tablespoon)
2 1/2 cawan @ 250 gram tepung kek (diayak)
1 sudu teh esen vanilla. (teaspoon)
1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
1 1/2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh cuka putih (aku guna cuka buatan cap TAMIN)1 cawan @ 240 ml buttermilk (kalau tiada boleh ikut arahan di bawah)
1 1/2 sudu besar pewarna merah (tablespoon)
1 sudu teh soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
400 g mentega
500 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
6 camca besar gula aising, diayak (aku guna 3 camca besar sahaja)
Cara-cara
Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan (guna baking cup) @ 240ml @ 8 oz susu segar + 1 sudu makan cuka putih. Biarkan dalam 10 - 15 minit sehingga susu menjadi pekat. Cuka boleh di gantikan dengan jus lemon ataupun cream of tartar.
(Tapi aku tengok 15 minit campuran masih kurang pekat sangat. Next time aku kena ikut pesanan kaklang supaya tunggu until 30 minit)
Panaskan oven 175C dalam 15 minit. (suhu itu bergantung pada jenis oven masing-masing, selalunya adunan yang mempunya serbuk koko akan lebih mudah crack di bahagian permukaan kek. normally aku rendahkan suhu oven selepas 30 ke 40 minit kek di bakar)
Gris loyang 9 inci @ 23 cm dengan mentega. (Kalau guna loyang 8 inci perlu masa lebih lagi untuk membakar).

Ayak tepung, garam dan serbuk koko. Kacau dengan whisk supaya bahan dapat bergaul dengan sebati.
Buttermilk yang sudah disediakan, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
Didalam mixer, pukul mentega dalam 1-2 minit.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Tambahkan gula kastor dan esen vanilla dalam 2-3 minit sehingga kembang dan gebu.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati.
Dengan kelajuan perlahan masukkan bahan-bahan yang di ayak berselang seli dengan buttermilk.
(tepung biar sebenter, adunan buttermilk biar sebentar, tepung biar sebentar, buttermilk biar sebentar dan tepung)

Didalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan cuka hingga berbuih habis (ada bunyi Fizz)
Masukkan dengan kadar segera kedalam adunan dan kacau sebati.
Kadar segera juga masukkan adunan kedalam loyang.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
Cucuk lidi di tengah kek (oven boleh sebaiknya boleh di buka selepas 30 minit di bakar). Sekiranya lidi bersih, kek sudah masak sepenuhnya.
Setelah masak, sejukkan kek yang telah dikeluarkan dari dalam loyang ke atas pinggan atau redai.
Bila kek sejuk sepenuhnya, wrap kek dengan plastic dan simpan dalam peti sejuk dalam satu jam.
(aku tengok kek yang disimpan dalam peti ais mempunyai color merah yang cantik dan sekata).
Cream cheese frosting
Putar creamcheese hingga lembut.
Masukkan butter dan putar lagi.
Perlahankan kelajuan masukkan esen dan gula asing.
Pukul lagi hingga lebih lembut.
Sapu pada kek yang telah dipotong. (aku potong 2 sahaja)
Hiaskan kek.
Simpan dalam peti ais.

Sedap sungguh.
2 comments:
kalo dekat kompem akak order...nnti cuti sekolah bulan 3 insyaallah balik kl..leh la akak tempah
kak ina - hehehe, sila kak. tima kasih.
Post a Comment