Followers

Friday, February 24, 2012

keropok pahit.

Salam hari Jumaat yang mulia.
Alhamdulilah.

Keropok belinjau saiz besar dan lebih tebal.

Dulu-duluan kala memang kegemaran aku makan keropok yang di goreng oleh emak. Kalau kalauan balik S'pore pula mesti ada sahaja stok keropok rak-rak dapur rumah makcik-makcik aku dengan keropok 'belinjau'. Gitulah sebutannya, ataupun senang panggil keropok pahit. Maka azalinya memang dari kecik-kecik lagi aku sudah diexposed dengan keropok ini. Selalunya masa itu memang makan yang saiz kecik dan tidak tebal itulah. Cuma sekala gitu dapat merasa yang saiz besar punya. Since sudah ada makcik orang Indonesia yang berjodoh kawin dengan Pak Ngah aku masa aku belajar di UTM JB (Pak Ngah kawin kali kedua setelah menduda selama berbelas tahun). Hatta 1st time juga aku merasa makan puas-puas keropok yang saiz besar dan tebal. Serius aku suka yang saiz ini. Rasa lebih lemak. Maveles. Cicah dengan cili sos...aduhai.
Storynya lagi, bulan lepas rasanya aku pergi pasar siang di Kg Bharu. Ada stall berdepanan Balai Polis di area pasar itu. Yang dekat area orang jual buah-buah itu. Di situlah aku beli bermacaman keropok termasuk keropok pahit ini. Pricenya aku terlupalah pula. Tapi ok lah banyaknya. Aku beli dalam 1/2 kg semua jenis keropok itu. Dalam 4 jenis keropok. Total semua RM30 sahaja. Ada juga aku goreng sekali sahaja di rumah. Yang lebih banyak itu, aku hantar balik kg. Sebabnya memang emak aku pun yang pesan untuk beli keropok untuk di goreng. Azalinya belah emak aku yang berketurunan Boyan, kalau buat kenduri semestinya sinonim dengan keropok dalam bekas di meja-meja. Gitulah kalau pergi kenduri kalau balik S'pore. Syiok makan keropok, macam-macam jenis lagi. Meriahkan. Kalau sudah tidak boleh berhenti mengunyah, boleh request bawa balik sebalang dua. Hahaha.
Lamanya juga sebenarnya tidak pergi kenduri di S'pore. Ataupun mana-mana anak-anak sepupu emak yang tidak berkenduri. Last cousin aku kawin, masa aku pregnantkan Haifa. Fuh sudah lama gitu. Moga di permudahkan jodoh cousin aku yang lain untuk naik pelamin. amin amin amin.

Saiz kecil

2 comments:

Eliss said...

aku pun terliur. aku suka masa dia belum jadi keropok lagi.

Ms Haslina said...

hahahaha. macam2 kao ni eliss.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails