Followers

Tuesday, August 14, 2012

birthday boy


Alhamdulilah hari ini genap 1 tahun Qeqeem yang comel, handsome dan sentiasa murah dengan senyuman.
Syukur pada ALLAH.

Inilah anak aku yang tidak mahu keluar dari perut masa Ramadan tahun lepas.
Yang overdue 10 hari.
Itu pun lepas masuk ubat dan dengan paksaan bersalin.
Ingat lagi, aku siap cakap pada hubby masa di labor room yang aku tidak mahu pregnant lagi.
Sebabnya aku tidak sampai hati dengan keadaan aku yang tidak boleh bersalin.
Dengan heartbeat baby terus down bila aku ada contraction.
Ialah ruang untuk baby dalam perut aku sudah terlalu sempit.
Sedih sungguh masa itu.
Aku memang sentiasa pujuk baby dalam perut supaya cepat keluar.

Until hari ini Qeqeem cuma baru boleh bertatih selangkah dua.
Hendak buat macam mana kan, saiz badan Qeqeem memang besar berbanding abang kakak dia.
So tidak mungkinlah seawal 9 bulan sudah boleh berjalan kan.

Walau bagaimana pun, Qeqeem tetap yang pandai berdikari compare kakak abang dia.
Kecik-kecik sudah pandai tidur sendiri.
Memang senanglah kalau babysit dia.

Mama doakan Muhammad Haqeem sentiasa sihat dan happy.
Jadi anak yang soleh dan mendengar kata.
amin amin amin.

3 comments:

Ina Hashim said...

cepatnya dah setahun umonya...muka mmg muka Lin...agaknya bukan dia takmo kuar dari perut...tapi mabe lin silap kira tarikh period kut...

Eliss said...

happy btday qeqeem :) sekejap jer dh setahun kan. nuha dulu sebab badan dia semangat setahun 1 bulan br jalan.

Ms Haslina said...

kak ina - anak emak la nie kak.
;))

eliss - tq dear. mungkin sebab yg sama kot lambat jalan kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails