Aku 1/2 day hari ini.
Lebat betul hujan pagi tadi tu.
Fikir-fikir mesti syok kan kalau dapat sambung tidur.
Hahaha.
Insyallah petang ini kami akan pulang ke kg aku di Kuala Pilah.
Cadangnya hendak berbuka di kg sekali.
Aku ambil cuti hinggalah Khamis depan.
Hari Jumaat tu dah mula bekerja, insyallah.
Company bagi festive leave pada hari Rabu.
Seronok lagi hari ini dan semalam pengguna PLUS akan dapat rebet 30%.
Juga pada 22,23 dan 31 August nanti.
Tol aku perlu bayar untuk sehala perjalanan ialah RM8.20. After less dapatlah RM5.74
Alhamdulilah.
Serius rasa macam tidak sabar sangat-sangat dan sangat lagi hendak makan masakan emak untuk hari raya nanti.
Teringat-ingat betapa sedapnya makan ketupat dengan kuah lodeh.
Kemudian campur lagi dengan rendang ayam atau rendang daging.
Fuh sungguh maveles...nikmat.
Laginya makan lemang yang memang tiap-tiap tahun di bakar oleh mentua abang aku.
Lembut sahaja lemangnya, tiada kerak.
Makan pula dengan rendang daging kerisik.
Daging pula daging fresh.
Eeee sungguh tidak sabar sangat.
Kuah lodeh ini selalunya emak masak pagi-pagi raya.
Untuk mengekalkan kerangupan campuran sayuran rasanya.
Rempah ratus emak memang sudah siap tumbuk malam sebelumnya.
Ialah walaupun juadah tetap sama setiap hari raya, namun nikmat di hari kebesaran membuat rasanya tetap menjadi idaman.
Selamat Hari Raya pada kawan-kawan semua.
Mohon maaf zahir dan batin.
3 comments:
Selamat hari raya akak...wah seronok ek da cuti nak balik kampung...
Hello Kak, here's wishing you and family the very best of hari raya.
Selamat hari raya.
With best regards, you keep a song in your heart.
Lee.
akma - alhamdulilah. selamat hari raya.
balik mana?
uncle lee - thank you.
Post a Comment