Pagi tadi sempat aku timbang berat.
Erm, turun lagi.
Hari itu turun 5 kg.
Kalau tidak silap memandang, aku turun lagi dalam 2 kg.
Ialah kalau makannya cuma lauk ikan bilis.
Lagilah dengan nasi yang sesenduk dua gitu.
Manalah hendak ada penambahan berat kan.
Kerja aku balik-balik ialah minum air then makan buah...sedap dan nyaman.
Pagi tadi lagi aku sahur makan Nasi Arab Kambing.
Ada satu bungkus sahaja nasi ini beli semalam.
Memandangkan ada makanan lain semasa berbuka, makanya nasi ini simpan dalam peti aislah.
Masa sahur itu aku panaskan sikit sahaja nasi dan sedikit daging kambing. Boleh sahaja aku makan nasi arab dengan lauk ikan bilis.
Minum sekali dengan segelas air teh o panas.
Alhamdulilah sedap sangat.
Last sekali mesti makan kurma sebiji.
Aku dengar di radio, manis kurma dalam mulut hendaklah di biarkan sahaja.
Tidak perlu bilas mulut itu.
Sebab kurma pun ada kebaikan pada gigi dan gusi.
Semalam juga aku cadang pada hubby belikan KFC untuk Haziq dan Haifa.
Kecian diaorang asyik makan nasi sahaja.
Happy sunggun bila dengar KFC.
Alhamdulilah kami drive thru sahaja.
Dengan order perisa ORI sahaja.
Sebabnya kalau hendak SPICY, kena tunggu lagi.
Dan juga kalau beli di kaunter, fuh panjang sepanjangnya beratur.
No comments:
Post a Comment