Followers

Monday, August 13, 2012

Nasi Beriani Sabtu lepas.

Juadah simple hari Sabtu lepas.

Salam minggu akhir Ramadan.

Hari ini kerja macam biasa sahaja.
mood Semangat adalah kategori lemah (malas...hahaha).
Aaaaaaaa rasa hendak balik rumah sahaja.

Jom cuci mata dengan Nasi Beriani yang hubby tersayang masak.
Sabtu lepas kan aku kerja until jam 1pm.
Otw balik rumah itu aku singgah pam minyak Mobil beli dua Soya kotak besar untuk berbuka.
Senang kan.
Aku kalu minum soya kotak, mesti tambah dengan air putih separuh.
Sedap dan nyaman minum soya cair.

Sampai rumah lepas itu aduhai amat penat bagai semuanya.
Aku lepak dulu dengan anak-anak.
Masuk jam 3 petang, aku memang sudah tidak boleh tahan lagi.
Naik atas dan tidur.

Macam biasa aku mesti bangun dalam jam 5 petang.
Tapi bukan tidur nyenyak pun tidur dua jam itu.

Anak-anak yang comel lote duk rajin main.
Buka pintu almari, duduk dalam almari.
Pung pang pung pang.
Kejap kan lari sana-sini.
Kejap lagi Qeqeem sudah sampai tepi aku, maklumlah sudah pandai panjat katil.
Itu belum lagi yang menangisnya, bergaduhnya.
TV sama naik juga, kartun sahaja.
Sabar dan sabar lagi lah kan.
Cukup masa macamana pun, kena buka mata.
Dapur kena asapkan juga.
Makanya dengan longlai, pergi mandi dulu.

Sampai di dapur tengok hubby tengah sibuk.
Erm, nampaknya hubby rajin petang itu.
Aku pun biar kan sahaja hubby di dapur sorang.
Malas hendak kaco.

Serius sampai ke berbuka I dunno menu apa hari itu.
Aku cuma nampak lauk Ayam Masak Merah sepinggan atas meja.
Layan sahaja. Hendak bertanya pun tidak larat.
Aku tidak cerewet.

Dan dan lepas baca doa berbuka.
Baru aku tahu rupanya hubby masak Nasi Beriani.
Maveles.
Guna rempah segera MAGGI, seperti biasa.
berSelera aku.
Begitulah kami, itu juadah berbuka.
Itu juga juadah untuk bersahur.
Senang, semua masak mesti kena banyak.




4 comments:

Ina Hashim said...

wah...boleh suruh Ray buka kedai makan camnih

Ms Haslina said...

hehehe, biasa-biasa je tu kak.
buat makan family sahaja.

Eliss said...

wah , rajinya encik suami . eliss pun x pernah buat nasi beriani even pakai perencah pun :p

Ms Haslina said...

alhamdulilah.

encik suami mmg ringan tulang.
saya pun tak pernah buat lagi nasi beriani tu sebab hubby da biasa buatkan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails