Followers

Wednesday, August 29, 2012

Sehari sebelum Raya 2012.

Rendang Daging Kerisik.
Belum kering lagi ni.

Story sehari sebelum Raya.
Kisah biasa-biasa saje.
Memang macam ni lah tiap-tiap tahun.
Hari terakhir berpuasa.
Rutin mesti bersihkan ayam, mungkin 3 ekor kot or 4 ekor kot.
Lupa hendak tanya emak.
Senanglah sebab ayam itu semua sudah siap di potong di kedai.
Makanya tugas aku ialah bersihkan bulu-bulu yang tinggal tu.
Dan potong kecik mana bahagian yang macam terbesar itu.
Aku memang, kalau buat kerja sedia ulitnya.
Dekat berapa jam ntah aku kejap bersila, kejap lagi berlunjur.
Duduk pula tak nak tepi-tepi.
Mesti tempat orang lalu lalang di dapur, heh heh.
Last-last hubby yang tolong bersihkan sama sudah hujung-hujung itu.
Dia kecian tengok aku, punyalah lama mengadap ayam.
Sebelum itu sempat kupas bawang merah dan bawang putih sekali.
Banyak juga.

Ialah cuma aku dengan emak sahaja di dapur.
Aku tolonglah.
Yang lain itu, lelaki sahaja.
Tapi aku memang tabik dengan emak.
Dengan umur 69 tahun, masih sihat dan kuat memasak itu ini.
Alhamdulilah.

Cerita pasal rendang, picture di atas nun.
Syiok, sebab ada dua rendang sebenarnya.
Kalau perasan lah kuali di sebelah tu sekali.
Satu ialah daging lembu.
Satu lagi ialah daging kerbau.
Sodap.
Bezanya, daging kerbau ini rasanya kesat sikit.
Kalau daging lembu kan macam lembut gitu.
Daging kerbau, abah beli 2kg jea. RM 22 kalau tidak silap aku harganya sekilo.
Daging lembu pula, dalam 4 kg rasanya.

Wajib, mesti ada nasi impit.

Tengah masak.
Periuk yang sama setiap tahun.

Tolong cuci bekas.

Emak yang rajin kumpul kayu api.
Hubby tengah tolong tambah kayu untuk masak nasi impit.
Ganti-ganti jaga api nie.

6 comments:

leeds said...

selamat hari raya to u too haslina :) maaf zahir batin...

Ms Haslina said...

dear leed - tima kasih dik.
p/s really miss ur writing.

maidatul said...

seronok kan akak bila beraya di kampung....
mcm2 nak buat...

Ms Haslina said...

akma - betul tu. terasa seronoknya berhari raya.

oya said...

sedapnya makanan tu..makan pun sodap..


Ms Haslina said...

dik oya - alhamdulilah, masakan emak kan. mesti sodap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails