Followers

Tuesday, July 16, 2013

Karipap Kentang campur Ayam.


As salam, alhamdulilah sudah masuk  Ramadan ke-7. Semoga Ibadah kita di bulan ini di berkati dan di terima ALLAH hendaknya, insyallah. amin amin amin.

Bila cerita masak sendiri dirumah, rasanya semua orang mesti boleh masak. Masak maggi pun masak juga kan.
Tinggalnya hendak pilih menu dan masakan apa sahaja plus semangat kena kuat juga. Semangat ini selalunya akan datang juga bila kita fikirkan untuk sediakan juadah untuk anak-anak atau pun orang yang kita sayangi. Insyallah malas-malas pun mesti jadi rajin. So alasan tidak tahu memasak bukanlah yang terbaek sebenarnya buat masa sekarang ini.
Sebabnya klik sahaja di mana-mana dalam internet, semua resepi ada. Pilih sahaja hendak yang mana. Siap dengan step by step plus ada yang dengan gambar sekali.
Jadinya silalah pilih alasan lain kalau anda tidak suka memasak.

Dua orang pembantu peribadi saya yang sangt rajin.
kalau buat sorang-sorang memang lenguh tangan.

Hari Ahad lepas memang terfikir hendak buat kuih. Rasa hendak buat yang manis-manis gitu. Paling senang hendak buat yang kukus sahaja. Sadly bila tengok resepi best, mostly barang-barangnya tidak cukup sahaja di rumah. Hendak keluar membeli bahan lain, erm.Yang ada guna santan pula macam best juga, ish nanti berebut santan pula dengan HC yang hendak masak Kari Daging petangnya. Maka saya beralah part santan itu. Fikir-fikir, saya tukar menu. Saya buat karipap.
Alhamdulilah barang semua ada. Namun resepi saya ini adalah resepi sempoi sahaja. Asal jadi karipapnya, ok sahaja. Op, ini merupakan kali kedua saya membuat karipap. Hehehe. Kali pertamanya ialah semasa mengandungkan Haifa 3 tahun lepas, refer sini untuk story Karipap kentang+ayam.

Akibat sudah lama tidak membuat, makanya kesilapan saya ialah terletak air panas terlebih pada adunan. Makanya adunan jadi lembik. Saya terpaksa topup dengan minyak untuk elakkan adunan tidak melekat pada tangan. Tapi hasilnya kulit karipap adalah tidak rangup. Op tidak mengapa, next time saya akan alert part letak air ini.
Anyway karipap semua itu sudah selamat di makan. Alhamdulilah. I'm happy.

Bahan-bahan dan isi kentang yang siap di masak.

Bahannya.
Untuk Inti -
Ubi kentang 3 biji. potong dadu dan goreng hingga lembut.
Bawang putih 4 ulas di tumbuk lumat. 
Ayam dipotong kecik-kecik dan goreng.
4 sudu besar kari Babas.
Garam.

Cara memasak -
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan garam.
Masukkan ayam dan ubi kentang dan akhir sekali masukkan rempah kari.
Kacau rata.


Untuk kulit karipap - 
Tepung Gandum 3 cawan. 
Air panas atau air suam.
Minyak dalam 4 sudu besar.
Garam.
Gula.

Saya dapat dalam 33 biji karipap semuanya.

4 comments:

Unknown said...

uuhhh..rajinnya..saya ni malas betul la bab2 nak menguli tepung..haha..

Ayu said...

assalam Haslina,
wah ada karipap kentang capur ayam,
sedap tu..anak2 akak suka makan karipap..selalu guna daging lembu..then bubuh telur rebus..:)

inazamri said...

kuih karipap menjdi kuih kesukaan keluarga saya lgi dlm bulan posa ni.

Ms Haslina said...

as salam.

mama ka0ri - demi anak-anak sebenarnya itu. sebab tidak ke pasar ramadhan, so kenalah menguli sendiri.
;))

ayu - w'salam. ooo karipap macam di ikea tu kan, ada telur rebus. insyallah leh cuba nanti.

ina - huhu, mmg gitu kan. kuih tradisional sepanjang zaman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails