Followers

Thursday, July 11, 2013

Ayam Masak Pedas with resepi. Berbuka hari pertama ramadhan.

Ayam Masak Pedas.

As salam, alhamdulilah selamat berbuka puasa pada hari pertama semalam. Dan selamat menjalankan ibadah puasa pada hari ke dua hari ini. Semoga puasa kita semua diterima ALLAH. amin amin amin.

Biasalah semua orang rasanya mesti kongsi resepi pada waktu berbuka kan. Hehe, saya pun hendak join gambar lauk yang di masak oleh HC iaitu Ayam Masak Pedas dan Ayam Grill Kabshah. Boleh refer resepi Ayam Grill Kabshah di sini Ayam grill kabshah.
Haifa dan Qeqeem memang suka makan ayam grill itu. Haziq pula suka makan ayam masak pedas. Tugas saya cuma goreng sayur campur sahaja.

Ayam Grill Kabshah.

Kan saya sudah beritahu hari itu, tidak perlu pun ada pan untuk grill yang ada lekuk-lekuk itu. Mahal pun iyea. Setakat dengan non stick pan pun sebenarnya sudah boleh buat ayam grill ala-ala ayam golek gitu. Boleh sahajalah kan, daripada tiada gitu. Rempah ratusnya, saya belum tanyakan lagi dengan cik abang sayang. Tapi tahulah HC memang perap ayam itu sebelum di masak. Masak pun tidaklah lama sangat. Yang penting tekan-tekan sikit di semua bahagian masa memasak.


Picture taken masa jam 6 lebih. 

Story anak kesayangan saya ini. 
Alhamdulilah Haziq yang baru masuk umur 6 tahun ini sudah selamat berpuasa penuh semalam. Ini kiranya tahun pertama Haziq mula berpuasa. Di tadikanya kata Haziq ramai juga yang berpuasa. So kalau time makan memang semua yang tidak berpuasa akan makan di dapur sahaja. Compare waktu biasa memang makan di kawasan belajar.
Memang Haziq bangun sama bersahur bersama saya dan HC. Tapinya manja, makannya bersuapkan dari HC. Sebenarnya Haziq tidaklah lembik sangat macam dalam gambar itu. Sahaja Haziq buat muka gitu masa itu. Haziq ok seperti biasa, bermain-main. 
Saya memang salute dengan Haziq sebab 1st time puasa and dapat buat puasa penuh. Alhamdulilah. Mama doakan Haziq dapat buat puasa penuh 30 hari. Amin amin amin.

p/s 
Saya dulu pun masa umur macam itu, memang baru takat puasa 1/2 hari.
Tidak pasti, mungkin HC memang mula puasa penuh seawal umur itu. Sebab itu HC memang sudah warning dengan saya supaya jangan bagi Haziq buka puasa separuh hari.

Resepi Ayam Masak Pedas
Oleh - Azie Kitchen.
Ayam 1/2 ekor.
150 gm Cili kisar @ Cili boh.
*5 Ulas Bawang merah.
*3 Ulas Bawang putih.
*2 Inci Halia.
*5 sudu besar Sos cili.
(* bahan Kisar )
1 biji Bawang besar Dihiris
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 Biji limau Kasturi
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak
Ayam diperap dengan garam,kunyit & limau kasturi. ( goreng & asingkan )
Tumiskan bahan-bahan yg telah dikisar hingga nak bau. 
Kemudian Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak. 
Masukkan sos cili & bawang besar
kemudian masukkan garam & gula
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi..
Bila ayam goreng & bahan yg di tumis tadi dah sebati 
Boleh matikan api .
Ayam masak pedas sudah sedia untuk dihidangkan,....

7 comments:

Eliss said...

saya bulan puasa suka percik ayam :) nuha semalam puasa sekerat hari ajer. ok la mencuba jugak :) tanya nak makan megi, terus nak buka :p keh keh keh

Ms Haslina said...

ayam percik mmg sinonim dengan bulan puasa kan eliss.

budak2 mmg fav. kan makan megi. lagilah klu di offer kan.
x pe, pelan2 ye Nuha.

aliaaroslan said...

harini saya tak sempat join masak2 kat dapur sebab balik lambat ada meeting kat office. cuma sempat buat cekodok pisang je..

Ms Haslina said...

oo, habis lambat ek meeting. kitaorang jumaat lepas, masuk jam 6 baru nak terhegeh habis meeting.

okieslah cekodok pisang pun best pea.
selamat berpuasa sister.

mamaarifakeemaisy said...

Waah tahnah bjat haziq, 6 thn dh puasa penuh..syabas... mogq dpt lalui 30 haripuasa ye haziq..

Unknown said...

grill ayam kabshah tu takde resepi ke? ke kena beli rempah dia?

nampak mcm sedap..hehe..

Ms Haslina said...

ka0ri - hehehe, itu suami yg buat, nanti tanyakan dengan dia.
mudah dan mmg sedap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails