Followers

Tuesday, July 30, 2013

Saya kurang sihat dan story balik kg.

 
1st time membeli seluar yang ada ikon comel di punggung.

Assalamualaikum and Hi.
Di kedinginan aircond dalam office yang memang tengah high sentiasa sekarang ini. Saya cuba juga untuk cairkan otak supaya dapat update kan blog.
Tambahnya lagi dugaan dengan gusi / gigi on off dan on off lagi berdenyut. Ya ALLAH ringankan beban hambamu ini Ya ALLAH. amin.

Alhamdulilah sudah masuk 21 Ramadhan kita berpuasa hari ini.
I'm feel so blessed sangat today sebenarnya bila HC sms beritahu  rezeki dari berniaga yang ALLAH beri pada kami sekeluarga adalah seperti yang telah di rancangkan.
TQ Ya ALLAH atas rezeki mu.

I'm feeling lucky sangat juga kerana Allah telah memilih hambanya yang kerdil ini musibah/demam last week dalam bulan yang mulia ini.
Hari Khamis saya dapat MC. Demam cecah 38 degree. Memang dari Isninnya saya kurang sihat. Tapi saya cuba tahankan sahaja, sebab tidak mahu cancel kelas. Langsung hari Khamis itu, memang sudah panas badan dan tidak larat.
Sakit memang campur-campur, selsema+demam+batuk. Tapi yang paling tidak tahan ialah bengkak gusi/sakit gigi. Sampai hari ini on off gusi dan gigi beri impact tinggi pada rutin harian saya. Namun lepas berbuka saya telan ubat tahan sakit atau kurangkan bengkak.
Serius saya mungkin sudah kurang sangat-sangat kandungan kalsium dalam badan. Ironinya perjalanan hidup saya yang mengandung dan bersalin ke empat-empat anak dalam masa kurang 6 tahun. Semestinya sistem badan saya belum cure sepenuhnya.
Susu tepung memang sudah beli sebelum puasa lepas. Tapi minumnya sahaja asyik di tangguh-tangguh.
Ya ALLAH, semoga saya meredha kan ujian ini. Sesungguhnya sakit itu adalah penghapus dosa.

Alhamdulilah.
Lepas sudah tanggungjawab saya sebab sudah balik ke kg berbuka puasa minggu lepas. Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat, saya gagahkan juga demi emak dan abah.
Kami cuma balik hari Jumaat petang hingga Sabtu malam sahaja.
Dengan tambahan sedikit lawak Ramadhan dari saya dan HC semasa balik ke kg lepas. Kami tidak sedar pun yang bekas pakaian anak-anak dari Haziq hingga ke Hafiy semuanya adalah tertinggal di rumah. Bekas yang saya kemas dan lipat elok semua pakaian akhirnya terletak di situ sahaja.
Memang tidak sedar langsung. Alih-alih masa di kg, masa hendak tukar baju Haify. There, pakaian tiada.


Baju tertinggal di rumah.
Please imagine this situation.
Jam masuk dekat jam 3 petang. Pintu grill di buka. Qeqeem pun sama hendak keluar. Kejap lagi Haifa and Haziq pun ikut sama. Saya sibuk angkat barang dan masukkan kedalam bonet dan juga kereta. HC sedang uruskan baby Hafiy yang menangis minta di dukung. Suddenly Qeqeem menangis, Nak susu. Saya stop sekejap. Bancuh susu and Haifa pun hendak susu juga. Bancuh lagi. Tengok jam sudah hendak jam 4 pm. Op saya remind HC tidak mahu terlambat keluar dari rumah, takut terjoin orang Purajaya balik dari kerja pula nanti. Jalan mesti sesak
Sebenarnya bonet kereta memang kejap di tutup kejap di buka. Ada sahaja barang yang hendak di masukkan lagi.
Akhir sekali saya buka pintu pagar. Bahaya, saya tidak mahu anak-anak berada di luar rumah lagi. So Haziq and Qeqeem sudah di suruh masuk dalam kereta. Kasihan, panas. HC bergegas hidupkan enjin kereta dan terus dia duduk sekali dalam kereta with Hafiy. Haifa pun masuk sekali. Saya masih dalam rumah lagi dan hidupkan lampu garage serta matikan lampu dalam rumah. Kunci pintu. Done.
Either me or HC langsung terlupa untuk check bonet or dalam rumah untuk kali akhir. Padahal selalunya kami mesti double hingga tripple check sebelum keluar.
Masuk kereta Haziq tengah berebut tempat duduk dengan Haifa. Qeqeem pun sama, menangis sebab hendak duduk dengan saya. Bingit seh.
So in the end, saya dan HC mulakan perjalanan di cuaca petang yang panas dengan dengan pemikiran yang blank.

Masa itu baru jam 9 malam. Barulah perasan yang baju tiada di bonet, HC, Haifa dan Haziq keluar ke pekan bersama emak. Mahu atau tidak, Haziq dan Qeqeem dapat sepasang baju jersey. Haifa pula dapat baju jersey dan baju tidur.
Nasib juga saya ada siapkan beg kecil yang sentiasa si letakkan dalam kereta. Dalam beg itu ada baju sepasang untuk Haifa, Qeqeem dan Hafiy. Tetiba, emak pula keluarkan satu plastic dengan beberapa pasang baju lama Haziq. Oklah. Cukup bekalan kami untuk semalam di kg.
Sebenarnya itu adalah kelebihan orang seperti saya yang mempunyai anak-anak yang rapat umurnya.
Baju boleh tukar-tukar bila masa darurat begitu. Alhamdulilah.
Hehe, siangnya Hafiy pakai seluar pendek abang Qeqeem. Comelnya dia.




5 comments:

Ina Hashim said...

Lin,

sian x sihat ya.gusi yg bgkak/sakit jangan dibiarkan,nnti melarat lagi teruk jadinya

Ms Haslina said...

terima kasih kak. insyallah nanti pergi klinik bila waktu tiada kelas.
jadual kelas saya padat ;(

mamaarifakeemaisy said...

Hikhik..boleh jd gitu ye..
Nasib la cuma semalam^_^

Unknown said...

siannya sakit gigi..get well soon yer..ni la jadila bila anak ramai kan..saya pon kdg2 terasa jugak..tu yg supplement calcium tak pernah tinggal sbb tak minum susu..huhu..

saya pon selalu jgk alami perkara yg sama..tertinggal baju..seb baik mmg kat umah mak ade spare baju diaorg 2,3 pasang..haha..

Ms Haslina said...

eina - gitulah klu banyak diversion.
pening mak bapak.

mama ka0ri - tima kasih dear.
ooo makan supplement yea. boleh bg suggestion tu.
bagus cadangan tu, nanti nak tinggalkan baju anak2 kat umah emaklah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails