Semalamkan aku story pasal 'kepayahan' aku menacari tudung yang aku idamkan. Mai tengok pic tudung bawal yang aku memang pakai kalau pergi kerja. Aku memang hendak yang macam gini punya.
Aku memang suka yang ada sulam sikit. Totally mesti yang tiada butir-butir batu tu.
Sungguh tidak suka, nanti batu tu boleh hilang. So nanti tudung tidak cantik.
Tudung bawal color coklat, beli di Kuala Terengganu juga.
Memang aku teramat simple orangnya. Bukan aku buat-buat pun sikap begitu. Sudah darah yang mengalir dalam diri aku ini semestinya darah En. Mohamed my abah. Abah memang seorang yang sangat-sangat simple dan penjimat orangnya.
So aku pun ikut sama begitu. Aku ambil yang basic sahaja dalam berpakaian.
Dan aku tahu juga hubby memang tidak suka cara aku yang terlalu simple. Hatta hendak buat macamanakan. Memang itulah aku. Sungguh selesa.
Lagipun aku memang tidak minat pakai yang ala-ala satin ataupun yang berlace bagai. Rasa macam kulit aku alegik dengan material macam itu.
Tudung yang ini emak yang bagi.
Datang dari S'pore.
Mungkin asal dari Indon kot.
Ada keinginan hendak mencuba tudung alaf baru ini. Asyik tidak berkesempatan sahaja.
Namun memang tabik spring dengan kawan-kawan yang gigih mencuba pelbagai trend tudung sekarang ini.
Dasatlah uoll.
5 comments:
cantik color peach pink mcm tu kan
dik oya - betul tu. payah sikit kan nak cari color2 gitu dgn harga yg berpatut kan.
saya pon dah lama tak pakai bawal ni...tp skrg tudung bawal ni dah trend balik kan :)
skg dah macam2 tudung...tapi bawal ttp di hati...hehehe
liza - tq singgah di sini.
ooo, tp tapi tudung bawal masih dalam simpanan lagi tak?.
saya mmg dulu, kini dan selamanya dgn tudung bawal.
atia - tetap di hati kekal. namun x pasti klu nak berubah nanti.keinginan itu mmg ada.
Post a Comment