Followers

Wednesday, July 31, 2013

Kedai Gambar di Kinrara, Puchong.

Nama kedai.

Fuh bengalnya kepala akibat dari gusi yang berdenyut. Pagi tadi ngam jam 2.30am saya terbangun, aduhai sakitnya. Terus pergi makan ubat dan masuk bilik air dan kumur-kumur sekali. Then baru lega sikit, dan sambung tidur. Jam 4.30pm bangun lagi, untuk makan sahur pula.
Alhamdulilah pagi ini tadi saya bagi test sahaja pada student. Makanya tidak perlulah berteriak dalam kelas kan. Memang saya sudah planning, minggu ini semua subject mesti bagi test sahaja. I cannot talk much sangat. Baguskan teaching plan saya.
Insyallah esok baru hendak ke klinik. Sebab belah petang barulah saya tiada kelas. Barulah juga boleh bernafas lega sambil nyanyi-nyanyi lagu Raya.

Keadaan kedai memang oldies sungguh.

Dalam awal puasa lepas, saya dan HC mencari kedai gambar di area Bandar Kinrara, Puchong. Pendapat saya, hanya kawasan lama sahaja yang mesti masih wujud kedai gambar macam dulu-dulu. Kan area situ macam bandar lama/bangunan lama sikit. 
Cari sekali jalan selepas ambil Haziq dari Tadika nya. Tidak lama pun kami mencari, terus nampak kedai ini. Ia terletak berdepanan dengan jalan besar. Dan kalau tidak silap berdepanan juga dengan Kem TUDM.
Gambar ukuran pasport adalah untuk pendaftaran Sek Agama. untuk Haziq.
Ingatkan foto perlu di ambil esok harinya. Maklumlah sudah lama tidak guna khidmat kedai gambarkan.
Op tidak yea. Guna alat yang di pegang oleh tuan kedai itu, proses cuma berjalan sekejap sahaja. Terus lepas itu siaplah 4 keping gambar ukuran pasport. Harga ialah RM 12.
Canggihkan. Saya dan HC siap beritahu pada tuan kedai itu, kami tidak pernah tengok alat ini. Ceh.


Proses memprint gambat ukuran pasport guna alat kecik itu. 

 Prices. 
Tidak tahu valid lagi atau tidak.




4 comments:

Ina Hashim said...

Lin,

skrg amik gambar kat kedai mmg siap terus...hihi

Ms Haslina said...

ooo, iye ke kak. maklumlah sudah lama tak pergi kedai gambar. hehe.

gee ryder said...

Antik kedainya.
Has tinggal.mana?
Macam dekat2 jer kita ni

Ms Haslina said...

mmg antik gee.
hehe rumah kita kiranya tidak jauh pun. saya duduk di Puncak Jalil, PUJ 2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails