Followers

Wednesday, January 16, 2008

Larangan Dalam Islam.

Copy dan copy from mr petai..tq so much...perkara2 di bawah ni da mmg selalu orang tua2 pesan utk keberkatan hidup kita.Yang part tak basuh pinggan tu dan guna selipar dalam bilik air mmg betullah.Aruah atuk aku mmg da sampaikan pesan itu pada emak dan emak turunkan kepada kami.

Larangan Dlm Islam...Utk Keselamatan Kita....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nantirezeki mahal (susah)(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumahtanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalamperjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yangberlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelapdiselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datangbila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalahciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.

1 comment:

Anonymous said...

Excellent site you have here but I was wondering if you knew of any message boards that
cover the same topics talked about here? I'd really love to be a part of community where I can get feed-back from other experienced people that share the same interest. If you have any suggestions, please let me know. Thank you!

Stop by my page - cheap temporary car insurance

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails