Followers

Friday, October 31, 2008

love him so much..

25 oct 2008 merupakan hari jadi abah tercinta yg ke 69 tahun. Tapi aku tak dapat balik kg hari sabtu tu...kerana terpaksa menyiapkan keja tanda menanda sepanjang cuti 3 hari tu. Sedih jea kan...
Alhamdulilah syukur pada allah, abah masih sihat (cuma lately ni abah masih demam, ialah cuaca tak menentu sekarang nie kan) dan masih bekerja sekarang nie. Wlu pun umur abah da camtu..tp still kerja jea. Xde siapa paksa abah bekerja, duit yg ada tu da cukup tapi masalahnyer abah tu mmg x leh duduk diam pun. Klu ada kat umah pun...ada jea kerja dia buat...mesin rumput kea...potong2 dahan kayu pokok rambutan lah....x pun abah ada kat stor barang2 construction kat umah tu. Sentiasa ada jea...kerja2 yg nak dibuat. Abah mmg cannot duk diam gitu2 jea. Sebab tu aku rasa abah sentiasa murah rezeki sebab abah tak pernah jemu usaha dalam mencari rezeki. Alhmdulilah company abah yg aku rasa da masuk 25 tahun lebih ditubuhkan sentiasa ada kerja jea.

Sehari sebelum raya ari tu abah bawa balik kereta baru. Erm...aku pun terkejut gak. Ialah abah ni suka berahsia orang nyer (sama ngan aku...heheheh). Cuma abang ngah dan adik aku jea yg tahu pasal abah beli kereta baru. Itu pun adik (adik aku keja kat JPJ) tahu sebab abah call adik bertanyakan no plat kereta yg 'cantik' utk kereta baru nie. Tapi dek kerana masa terlalu pendek..adik cakap buat masa tu no plat 'cantik' x de. Erm..tp abah ok jea. X kisah lah klu x de...tp at list ada no 88 khas utk kereta baru abah tu.

senarai no plat kereta yg aku ingat -semua tu plat negeri sembilan :)
7588
9896
9411
3457
8859

Picture kat atas tu ialah barisan kereta yg abah beli sendiri secara tunai. Ada sebuah kereta dan sebuah lori yg tidak termasuk dalam picture tu. Abah yg minta gambar semua kereta nyer diambil masa 1 syawal hari tu. I'm so proud of my father.
Abah mmg orang nyer x suka berhutang. Klu dia nak aper2 mesti dia simpan duit siap2...pastu duit da ada barulah dia pi beli.
Lorry tu antara memula kenderaan yg abah beli masa memula business dulu. Abah start beli keta Honda masa tahun 1994. Masa tu both of my brother da kerja ngan abah. My sister still study kat US, myself baru masuk UTM jb and both of my brother masih sekolah lagi. Pastu abah belikan kakak kereta Honda di US. Aku pula masa tahun akhir abah bg aku drive kereta proton saga sebab aku kena menyewa kat luar dari U. Bila aku grad, abah jual kereta proton tu dan belikan kereta WIRA sempena hadiah aku habis belajar dan kereta tu aku pakai until now. Sebelum aku bertunang dulu abah beli kereta Honda lagi dan masa tu juga rumah baru di kg tgh on construction. Dan aku ingat abah da ok da dgn keta baru tu...tp abah beli lagi kereta Honda yg sampai one day before hari raya. Ada juga beberapa buah motosikal abah beli utk adik beradik aku yg lelaki guna...x pasti pulak baper buah.
Syukur pada ALLAH sebab memberi rezeki melimpah pada abah...alhamdulilah...alhamdulilah.

3 pictures kat atas sekali ialah cenderamata abah n emak beli masa melancong ke luar negara. Itu mmg satu lagi hobby abah. Paling last abah melancong ialah ke SYRIA pada tahun 2006 aku rasa. Memandang kan tahun 2007 abah dapat 2 0rang cucu..sebab tu aku rasa abah da stop pi jalan2 jauh nie.
Erm...1st time abah sendiri ngan kawan2 business pi melancong ke Europe. Masa tu tahun 1992 rasanyer. Pastu abah da bawa emak klu pi melancong. Tahun 2002 aku, emak dan abah pi menunaikan umrah. In between 1996 until 2006 abah and emak pernah pergi with travel agency ke -

india
china
jepun
sepanyol
turki
vietnam
australia
jordan

erm...x pasti lagi..lupa da aku. Tapi masa emak dan abah pi jepun, diaorang sambut ulangtahun perkawinan kat situ....syok kan.
Wlu mcm mana pun kejayaan dan rezeki yg abah dapat, abah tetap low profile dan sentiasa mendahulukan family sendiri. Itu yg paling aku respect ngan abah aku nie. Cucu abah yg 4 orang nie pun abah da ada harta yg abah wariskan kat diaorang.

Aku ingat lagi masa aku pernah kerja ngan company construction kawan abah di kuala pilah. Company cina...boss dia tu kawan abah aku.
Dia cakap "u punya bapak manyak baek punya orang, dia meniaga tak ada belok2 pun, semua mesti lurus saja". Aku dengar camtu, lega hati aku....betapa macamana arwah datuk dan nenek aku dulu amat pemurah orang nye. Wlupun mereka orang berada. Memang kebanyakan orang tua2 di kg aku tu ckap arwah nenek dan datuk aku nie baik orang nyer. Itu juga yg abah buat sekarang..sama mcm arwah parent dia. Alhamdulilah juga my sister pun camtu (dia yg gaji paling besar between ktorang adik beradik). Juga semua adik beradik aku....kami tak kisah berkongsi. Lagipun rezeki yg kita dapat tu bukan semua hak kita. Kita cuma sebagai pemegang amanah jea..pastu rezeki tu akan sampai pada yg lebih berhak.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails