Followers

Thursday, August 27, 2009

Yang simple-simple sahaja.

Salam ramadhan ke enam hari ini.
Alhamdulilah aku sihat dan masih dapat meneruskan ibadah puasa pada hari ini.
Walaupun muntah itu masih tidak mahu berpisah dengan aku di bulan ramadhan yang mulia ini.

Hari-hari aku cuma dapat berbuka dengan portion yang kecil sahaja. Perut tidak dapat menerima suapan yang banyak. Itu pun punyalah payah untuk mencari selera untuk makan waktu berbuka. Cukup sekadar segelas air panas dan nasi sesenduk bersama potongan kecil ayam goreng atau daging dicicah bersama cili sos. Itu juga menu aku kalau bersahur. Sebab itu aku cuba makan 2 ke 3 ketul kurma untuk pengalas perut.
Walaupun tekak ini mesti hendak minum air sejuk jugakan. Aku minum sikit-sikit sahaja buat penghilang dahaga.

Semalam aku sempat buat popia simple gitu untuk berbuka. Simple sahaja resepinya, dari adik ipar aku. Masa di tawau hari itu, memang antara minum malam kitaorang ialah popia ini. Makan ramai-ramai ketika panas..sedap.
So aku followlah resepi ini. Guna mix vegetable campur dengan daging atau ayam cincang. Panaskan sedikit minyak, serbuk kari daging adabi atau mana2 serbuk kari yang disukai dan masukkan daging atau ayam cincang. Kemudian masukkan mix vegetable. Kacau dan campurkan sedikit air. Biar sehingga semua adunan rata dan lembut.
Kalau tidak silap 30 biji lebih popia semalam sempat aku gulung, sehingga habis semua adunan isi yang ada. Aku guna kulit popia yang biasa sahaja.
Mudahkan!!!!...

6 comments:

Eliss said...

simple tapi kiter masak memang makan adalah heaven..dijamin tahap kebersihannya :)

hr ni first time aku nak masak..weehooo

Unknown said...

salam bulan ramadhan..amboi rajin jugak menggentel popia..akak jugak yang tak rajin..semuga baby dalam perut sehat dan take care..

A.H.A.D said...

weken ni jugak saya nk buat popia tu hehe...dlu² saya selalu buat inti karipap ltk dlm popia..kentang suma tu..lecehla..

Ms Haslina said...

eliss ~ semoga jadi isteri mithali..masak utk berbuka selalu yea utk keluarga..


kak ina ~ tq kak..salam ramadhan buat akak sekeluarga juga..
idaklah rajin kak..dah cik abang hendak, saya gagahkan diri jea buat..lagipun simple jea menda tu..

gee ~ betul tu gee, bt yg simple2 jea..kan senang...

aryllia said...

popia pun sodap....taruk udang kering tuh sesedap rasa..jd sedap lah bila kita makan...p jgn lupe..byk kan mkn yg ber asid folik take care selalu..

Ms Haslina said...

arylia ~ popia mmg sedap pun..
terima kasih...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails