Followers

Wednesday, May 11, 2011

update comelku

Dalam kemasyukkan dan keboyotan membawa perut, aku terlupa gitu hendak update perkembangan dua buah hati aku Haziq dan Haifa.

Haifa Cassandra 1 tahun 3 bulan.
Gigi
Gigi anak dara aku ini sudah masuk 6 batang. 4 batang di atas dan masih maintain 2 batang di bawah. Punya-punyalah aku dan hubby lupa hendak check gigi Haifa. Kasihan dia, satu hari tu punyalah kejap-kejap tunjukkan arah mulutnya. Confuse kejap kitaorang, kenapa juga Haifa ni. Rupanya dia hendak beritahu gigi baru sudah tumbuh lagi.
Ialah sicomel aku ini memang belum pandai bercakap. So kalau hendak beritahu atau hendak apa-apa, mestilah dia main tunjuk jea.
Sorry sayang.

Sebutan
Alhamdulilah, Haifa memang boleh sebut mama dan baba.
Pandai tunjuk abang Haziq kalau aku tanya
"abang Haziq mana?".

Cuma yang lain-lain itu belum boleh lagilah. Pelan-pelan kami ajar dia sebut FISH dan juga CAT. Di sebutnya sekali sahaja, lepas itu dia buat tidak tahu jea.
Anak-anak....
Dia juga tahu tunjuk diri dia sendiri bila kami tanya dia mana Haifa Cassandra?.
Comel je gitu. Tunjuk-tunjuk dengan jari kecik mulus tu.
;))

Perkembangan lain
Paling kuat minum susu. Hinggakan kadang-kadang kalau susu dia sudah habis di minum dulu, mahu juga di ambil susu abang Haziqnya pula.
Sanggup itu, duduk depan abangnya, dengan harapan abangnya bagi dia susu itu.

Pandai naik turun tangga sendiri.
Kalau tangga di rumah itu memang macam tempat main dia sahaja.
Nampaknya memang terang-terang Haifa lebih cekap dari abangnya masa sebaya dia. Ialahkan Haifa ada abang Haziq sebagai cikgu.
Padahal dulu Haziq sendiri-sendiri sahaja.

Lately ini Haifa memang kerap bangun menangis waktu malam. Mostly memang hubby yang pujuk dia tidur semula. Kalau dengan aku dia baring sekejap then dia cari hubby semula.
Kadang-kadang Haifa menangis sebab hendak susu. Kadangnya macam mengingau kot gitu.

Rambut sudah panjang bergulung-gulung sana sini. Hubby yang rajin ikatkan rambut Haifa. Bukan apa kalau aku yang ikat, comfirm lepas tu dia terus tarik ikat rambut tu.

Kalau dengan hubby dua-dua orang takut.

Muhammad Haziq 3 tahun 10 bulan
Kalau bercakap memang cukupppppppp pandai. Jenuh sungguh kami melayannya.

Lawaknya since Haifa macam pandai nyanyi sendiri ikut dari iklan di TV. Haziq pun konon-konon macam nyanyi juga. Tapi bunyinya keras habis.

Rambut masih seperti biasa panjang dan panjang lagi.

Amat-amat kurang selera makan. Payah hendak pujuk kalau time makan. Sampai semua orang bising kenapa Haziq nampak kurus sangat.

Sekarang ini kerjanya ialah main games di komputer. Juga menonton cartoon bagai di you tube. Dia boleh duduk berjam mengadap komputer.
Ish risau aku.
Tapi tetap kami pantau dia, jangan terlalu dengan komputer.

Sudah pandai mandi sendiri. Hatta pintu bilik air dibukalah. Kena ajarlah hendak sabun disana sini.
Part gosok gigi masih hubby yang gosokkan.
;))

Seriusly kulit Haziq memang cantik.
Turun habis kulit hubby pada Haziq.











4 comments:

lizz said...

best kan melayan kerenah anak membesar didepan dengan pelbagai kerenah dan celoteh manja dieorang...anak2 saya pun sama takat ngan daddy dier kalau ngan saya dierang buat dek jer..kadang geram gak..

velasrizal said...

yang penting semuanya sihat dan selamat..

Ina Hashim said...

lin,

tepeklah gambar 2 beradik tu kat sini...

bab main komputer tu kene kontrol jugak...mmg ada side efeknya kalo dibiar lama sgt

haslina said...

lizz - betul tu. macam2 kerenah. klu anak ramai lagi tak tahulah camna..kan.
tq

dik rizal - amin amin amin.
tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails