Followers

Monday, June 13, 2011

kata-kata 'hikmah'

Aku ini paling-paling kekadang baca babycenter.com. Ialah untuk menambah ilmu yang masih kurang. Tapi aku jarang baca apa citer di situ, malas.
huhu.
Yang aku suka ialah tengok gambar baby dalam perut yang ada di situ. Macamana position baby ikut minggu keberapa gitu. Siap ada picture 3D sekali.
Oklah juga boleh aku bayangkan bagaimana muka baby aku, kononnyalah. Lagipun aku ini memang manjang tiada masa untuk pergi scan.
Kurang-kurang selalunya mesti 2 kali sahaja selama-lama itu.
Sekali masa check heartbeat dan sekali masa umur kandungan 8 bulan, semata untuk tengok jantina.
;))

Bestnya setiap kali habis citer pregnancy untuk setiap minggu di situ mesti ada kata-kata 'berhikmah' sekali seperti dibawah ini.
Aku ini sebenarnya tidak pernah perasaan pun sebelum ini menda itu.
Hatta akibat kebosanan sungguh tingggi seminggu dua ini, maka aku terbacalah pula since last week dan this week.

Untuk minggu ke 32 itu, sah memang sama. Namun tidur aku ok sahaja. Cuma kerap terbangun, semestinyalah untuk tukar posisi tidur. Dari kekiri dan kekanan sekali sekala aku akan terlentang sekejap.
But depend juga pada keadaan dalam perut. Tegang atau tidak.

week 32

Huhu, mak yong ini memang sudah penat kekadang sekarang ini. Aku suka statement Barbara ni. Sungguh aku rasa macam tidak sabar untuk pegang anak no 3 aku ini.
Part kicking, tidak perlu cerita panjang. Alhamdulilah semua anak-anak aku memang pakar sepak menyepak ini semasa dalam perut. Active!!!

week 33

Seronok benar bila aku fikir-fikir. Ialah anak aku nanti akan masuk 3 orang.
Memang langsung tidak pernah terfikir aku akan ada anak dan berkawin masa dulu-dulu tu.
Namun kuasa ALLAH, kita memang tidak tahu kan.
Tahun ini gitu nanti barulah masuk 5 tahun usia pernikahan aku dan hubby tapi bilangan anak bertambah-tambah.
Syoknyer, raya tahun lepas 2010 kami raya berempat.
Tup tup, raya tahun ini September 2011, kami sudah berlima.
Amazing.
ALLAH maha besar.
ALHAMDULILAH.

2 comments:

velasrizal said...

raya 2012 nati ber 6 pula la ye..

haslina said...

huhu.
mana2 pun boleh dik rizal.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails